Saturday, December 19, 2009

Harapan Baru

Sempena Maal hijrah 1431, saya dengan rasa rendah diri memohon agar segala yang kita lakukan akan menuju ke satu matlamat....buat keluarga yang sering mengerti, moga kehidupan kita terus dilimpahi rahmat dan hidayahNya.Buat sahabat yang ada kala mencalar perasaan,moga terus sukses....ada masa saya juga tersilap membuat percaturan......percakapan dan hatta tindak-tanduk.Buat dia yang saya hormati selama ini dan kagumi....mungkin di sini berakhirnya catatan dan noktah......saya beralah dan mengaku kalah......biarpun rasa sayang tak pernah pudar...Pergilah dengan rasa bangga!Pergilah tanpa merasa apa-apa!semuanya akan jadi episod kenangan dalam babak tanpa penyudah.

Ingatan kembali




















Setiap penulis yang berjiwa penulis, tidak patah semangat untuk menulis. Barangkali biarpun tidak menjadi penulis hebat, namun penanya tidak tumpul. Itulah yang sering disebut-sebut oleh Johan Jaffar (sekarang bergelar Dato') terhadap kaum penulis remaja.

Bermula menulis dari rebung sehinggalah menjadi buluh.Begitu cepatnya masa berlalu...dan semestinya pertemuan yang diadakan hari ini menjadi sejarah bagi penulis minggu remaja dahulu dan terkini.Ini bukan masalah dilupakan....atau terlepas pandang, semestinya penulis yang kental akan tetap merasa kagum kerana ramai penulis hebat telah dilahirkan dari hasil usaha DBP yang banyak berjasa.Pendayung ada di tangan kita.Ke arah mana kita pergi......

Terima kasih daun keladi..........Jadilah penulis yang berwawasan dan berbudi pekerti......


Sunday, December 13, 2009

Berkaitan Teater


Bagi saya teater adalah suatu persembahan yang menarik bagi khalayak yang meminatinya.Persembahannya secara langsung dan hidup adalah kepuasan bagi khalayak untuk mengahayati secara mendalam.Ternyata teater merupakan suatu persembahan yang asli dan bersahaja dipersembahkan di hadapan khalayak untuk dinilai sejujur-jujurnya .Panggung Sari di Istana Budaya telah mempersembahkan teater Natrah buat tatapan umum mulai 30 November sehingga 9 Disember 2009.Pun atas sambutan yang luar biasa, pementasan itu berlanjutan sehingga 13 Disember 2009.Para pendukung watak terdiri daripada Maya Karin, Umie Aida, Remy Ishak, Samantha Schubert , Sofia Jane adalah nama besar yang berjaya menjiwai watak masing-masing.Ini ditambah dengan pengarah berkaliber Eirma Fatima.Saya tertarik membeli buku tulisan Fatini Yaacob seorang penulis hebat sejak menulis di Dewan Masyarakat.Buku yang berjudul Natrah (1937-2009) Nadra@Huberdina Maria Hertogh@Bertha Cinta.Rusuhan.Air Mata terbitan UTM Press begitu syahdu dibaca.Ini menguatkan lagi apa yang dipersembahkan di dalam teater amat menyentuh hati.Bersama Sheila dan Zira (Pada 7 Disember) yang menjadi peneman menonton teater, saya sering mengambil peluang untuk mendapatkan autograph pendukung watak teater natrah ini sebagai kenangan.Suatu masa saya terfikir untuk menjadi penulis hebat skrip untuk pementasan teater.Mungkin saya akan meminta penulis hebat seperti Rahimidin Zahari yang sudah banyak menulis untuk teater seperti Suzana@6o dan Mahsuri (sekadar menyebut dua sahaja) untuk memberi tunjuk ajar.

Sunday, December 6, 2009

apa kata hati


Tentu kita saban hari akan terasa sibuk sahaja.Apakah tiada masa terluang untuk sesuatu yang lebih terbaik?Membaca misalnya adalah satu tabiat yang baik.Majalah Muslimah misalnya adalah bahan bacaan yang begitu bermutu biarpun tidak terserlah begitu hebatnya.Tidak tahu di mana silapnya majalah ini seperti tenggelam dan terpinggir.Dahulu apabila diterajui oleh insan bernama Ruhana Ahmad...majalah ini memang begitu disegani....Isinya lain daripada yang lain.Bukan calang-calang tokoh diperkenalkan....Ini termasuklah Dr.Rosnani Hassan, Prof.Madya Pn.Asma Bee Md Noor, Ustazah Ros Izanuri , Ustaz Zahazan Mohamed,Maizura Mohd Ederis dan beberapa orang lagi yang sudah ternama.Suatu ketika dulu Ustaz Zulkifli Yusof (sekarang Dato' Prof. Dr) sering menulis dengan Muslimah.Biar pun sudah berada di atas tetapi Dr.Zul tetap peramah seperti dahulu.Biarpun telah diambil alih oleh Nik Fauziah Nik Hussin, majalah ini memang tetap unik dan lain daripada yang lain.....Di tangan Nik Fauziah, majalah ini kembali bercahaya apabila dibantu penulis berdedikasi seperti Jamilah Aini yang saban waktu juga mencari bahan tanpa jemu.Saya kagum dengan insan berdua ini yang saban waktu kembali menyajikan bahan di majalah Muslimah biarpun umpama "hidup segan mati tak mahu."Bukan senang untuk mendapat kepercayaan orang ramai.Dalam dunia yang serba moden, cubalah kita membantu menjadi insan pembaca yang tidak lokek untuk mengorbankan wang membeli majalah yang bermutu.Mungkin sambutan di luar dugaan akan kembali menyinar majalah ini dengan kesungguhan pembaca menyokong usaha yang murni.Harap-harap segala yang ikhlas akan terus berkekalan.
Bila saya disuruh menulis cerpen, ada satu cerita bertajuk Pedasnya cili....masih dalam ingatan Antara dialog yang tidak boleh saya lupakan berbunyi...
"Betulkah doktor tak dapat mengesan penyakit kawan saya itu?" soal dia dengan cemas.
"Betul!Inilah penyakit yang pertama kali berlaku tanpa dapat dikesan."
"Agaknya doktor tu masih baru, tak dapat mengesan apa penyakit pesakit?"Dia bertanya dengan jururawat itu dengan ragu-ragu.
"Ohh!Dialah doktor pakar di sini.Tak ada sesiapa yang dapat menandingi kebolehannya."
"Kalau dah pakar kenapa tak dapat dikesan?" tanya dia kepada jururawat itu lagi.
"Itulah yang peliknya penyakit kawan awak tu.Tapi doktor ada menjumpai sebiji cili padi di kerongkongnya."
"Cili padi?"
"Ya cili padi.Mungkin cili padi telah merosakkan segala sistem badannya.Mungkin cili padi itu menjadi punca segala-galanya."
"Tidak mungkin.Kawan saya dah bertahun-tahun makan cili padi itu.Dia tidak merasa sakit.Tidak pernah mengatakan cili itu pedas biarpun di kalangan kawan-kawan akan mengatakan cili itu teramat pedas.Lidahnya kebal.Perutnya kebal.Malah dia tidak pernah merasa sakit gara-gara memakan cili padi....Tidak mungkin......"

Beginilah kehidupan, apabila saya bertemu dengan Nik,saya sering mendoakan agar dia tidak patah semangat dengan tujuan yang murni.Pada 30.11.2009, apabila bercerita kisah lama.....Nik asyik menyebut nama Lily Haslina.Saya tahu sudah berpuluh tahun saya tidak bersua muka dengan yang empunya diri.Tika Nik memberi nombor telefon bimbit Lily, itulah pertama kali saya mengirim mesej padanya......Seperti orang lain yang menanti, saya tetap menanti balasan sms itu........masa mungkin tidak mengizinkan.....pada hari yang sama .....saya tidak pernah lupa untuk berjumpa seseorang ............wassalam

Saturday, November 28, 2009

Kimi

































Member di Tawakal ini ramai.....Doktor pun sudah kenal
siapa saya.Tidak percaya???

Waktu ini Kimi ditahan di wad Hospital Tawakal.

Friday, November 27, 2009

Reaksi Si Manja


Tengoklah Si Manja Kimi ni tengah minum susu masih sempat beraksi.....Kejap lagi Si Comel akan kata...jom...pergi taman....

ulang tahun




















Hari ini Sheila sambut hari jadinya.Bukan senang saya hendak bergambar dengan dia (bos saya ) ini.Itupun kerana Kak Wan yang suruh, jika tidak jangan haraplah kami dapat bergambar......Hah! tengok........kejap lagi bos bagi warning......kalau hati terguris pun terpaksa pendamkan juga.....maklumlah nak dapat merit..........sekurang-kurangnya dapatlah magie goreng......atau sambal tempoyak maklumlah orang Melaka dan Perak memang hantu tempoyak......He....he.....he...
























Tahun ini hari raya haji jatuh pada hari jumaat iaitu tanggal 27 november 2009 bersamaan 10 zulhijah 1430.......dah setahun rupanya berlalu....tahun lepas bila di Tanah Suci ...rasa gembira sangat berada di Padang Arafah....Entah bila lagi dapat ke sana......Terasa betapa agungnya kebesaran Allah.....

Bersama insan seni








Dari kiri Am, Emak,Abah,Amir, Miza....Pelakon No.5 Persiaran Satu
Rasanya siri drama radio keluarga No.5 Persiaran Satu begitu popular suatu ketika dulu.....Sebaik sahaja siarannya berkumandang.....terngiang-ngiang lagi Di mana rumah No.5 Persiaran Satu?Oh!rumah kembar dua tingkat tu. ..?Di sebelah kanan masjid di depannya mini supermarket....maka teringatlah kita dengan watak emak , abah, amir , am dan Miza serta Berahim....sesekali ada watak anti Mei Ling......Rasa bertuah juga tika itu, saya dapat menjadi penulis skripnya.......dapat pula berkenalan dengan pelakon dan penerbitnya.....

Wednesday, October 28, 2009

Foto dalam simpanan

Bersama Keris Mas di Minggu Penulis Remaja 1986
Bersama penyair Siti Zainon Ismail di Sekayu, Terengganu 1988


Sedang Interview Zubir Ali di Pusat Kebudayaan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 1996

Selepas interview bergambar dengan Editor Dewan Sastera Rozninah Abd.Azib di DBP,KL 1995



Bergambar dengan Ogy Ahmad Daud sekitar tahun 1995





Bergambar dengan Pak Matlob (empat dari kiri) di KUSZA, Kuala Terengganu 1988 Hari Puisi Nasional




Terdapat beberapa keping foto di dalam simpanan.Ini termasuklah tika bersama Zubir Ali, Rozninah Abd.Azib, Pak Matlob, Ogy Ahmad Daud, Siti Zainon Ismail.Semua yang dipaparkan nama ini berbakat di dalam bidang masing-masing.Pak Matlob misalnya adalah insan yang banyak berjasa kepada saya di dalam bidang penulisan.Sejak dari Utusan Pelajar lagi hinggalah ke Berita Minggu.Matlob nama sebenarnya Muhammad atau Mokhtar bin Talib lahir pada 5 Julai 1937 di Kampung Laut Semerah, Batu Pahat , Johor.Matlob dikenali oleh kanak-kanak dan pelajar seluruh tanah air dengan panggilan "Pak Matlob" atau PM kerana khidmatnya menulis dan memimpin beberapa rungan untuk kanak-kanak dan pelajar di akhbar-akhbar sejak tahun 1959 di Malaysia dan Singapura.Beliau memimpin ruangan Mari Berfikir di Utusan Kanak-Kanak (Januari 1959-1961), Taman Kanak-Kanak dan Ruangan Pelajar di Mingguan Malaysia (1965-67),Taman Sains di Utusan Pelajar (1971-1984), Mingguan Pelajar dan Gedung Ilmu dalam Berita Minggu (1984-1988), Ruangan Pembaca Muda di Utusan Melayu dan Utusan Zaman (mulai 4 Januari 1988------)Matlob juga menjadi pengasuh kepada penulis-penulis muda melalui Persatuan Penulis Sekolah (SM Semerah bersama Ismail Haji Adnan-Isbiha), ceramah kerjaya dan penulisan, ruangan-ruangan yang dipimpinmya di akhbar-akhbar.Penulis-penulis seperti Johan Jaafar, M.Hanafiah Samad, Rahimy, Mohd Ismail Sarbini, Zailani Taslim, Zurina Shafie, Ghazali Ngah Azia,A.Rauf Ahmad (hanya sekadar contoh) adalah di antara penulis muda yang mendapat asuhan dan dorongannya dalam peringkat awal mereka berkarya.

Bersama Sahabat


Memang indah kalau kita mengekalkan sebuah persahabatan sehingga kini.Bercakap mengenai sahabat , saya berterima kasih dengan Siti Roslinah Syed Abdullah kerana begitu setia menjadi sahabat saya sehingga kini.Siti begitu mengambil berat biarpun di tengah malam.Biarpun kini kami hanya bersms tetapi Siti bersedia mendengar segala apa yang saya ceritakan atau luahkan.Kami berkenalan tika saya bekerja di Majalah Muslimah.Siti sebenarnya berbakat besar di dalam penulisan sajak.Bagi saya sajaknya begitu puitis dan sudah banyak tersiar iaitu bermakna sajak-sajaknya diterima media dan pembaca.Siti Roslinah walaupun sibuk, begitu bersungguh-sungguh mencintai dunia penulisan seperti saya.Apa yang pasti hanya penulis yang mengenal kehidupan penulis.Beruntunglah Siti kerana mempunyai semangat waja di dalam dunia penulisan yang penuh cabaran.Begitu juga dengan sahabat saya yang lain seperti Suhailah yang pakar di dalam jahitan.Jubah yang dijahit untuk saya masih disimpan di dalam almari biarpun ianya sudah usang kerana sudah hampir sepuluh tahun tersimpan.Jamilah Aini yang sering berceloteh dan mengeluarkan pendapat...........ohhh ini gambar lama yang masih tersimpan......Siti Roslinah yang bercermin mata paling belakang itu, tersenyum simpul aja....orangnya begitu manis.....Uhmm...

Bersama Penulis Tersohor Adibah Amin & Khadijah Hashim




keluarga

Dari kiri Hasnah, Mariam, Ruhani (mak), Shafie (abah), Zurina, Azman


















Keluarga adalah penting dalam kehidupan ini.

Sejak dari kecil ikatan kekeluargaan yang harmoni mencerminkan kebahagiaan yang abadi. Masa terus berlalu.Gambar ini diambil pada tahun 1985di mana waktu itu Shazwan Hasifi (anak buah) baru berusia lima tahun.Waktu ini kami pergi melawat ke Pulau Pinang.Turut serta Mak cik Non, adiknya dan anaknya Ina. Masa ini emak baru berusia 48 tahun.

Sunday, October 25, 2009

Lumrah Kehidupan

Saya menyingkap majalah Mastika keluaran April 1990.Biarpun tidak memenangi hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank, sekurang-kurangnya tersiar juga karya di dalam majalah yang punya ramai pengikutnya sehingga kini.Nama Mastika begitu unik dan pengikutnya tetap setia.Sebagai salah seorang yang menghargai majalah Mastika dan juga pengarang yang sentiasa memberi ruang untuk orang seperti saya berkarya, memang ucapan terima kasih sahaja yang dapat dilontarkan.Apa yang indahnya antara penulis dan pengarang bukan saling mengenali.
Lumrah Kehidupan
Seringkali kita bermain kata-kata
ia hanyalah menjadi api
yang membakar segenap penjuru
kedukaan yang sedia ada
kerana setiap ingatan kita
kerap bercabang dan longlai
sesepi kedinginan yang menerjah
dalam hujan malam ini.
Belum pun aku mengatur bicara
terasa ucapan yang terangkum
mulai membelenggu amat mendalam
dan menghilangkan segala bahasa khabar
yang sepatutnya kucatat
bersama perjalanan waktu
kerana aku pun menyedari
kehidupan ini telah dilumrahkan
untuk memerangi perasaan sendiri

Wednesday, October 21, 2009

sahabat akrab

Tiba-tiba sahaja menjelang tengah malam ini terutama untuk detik 12.00 tengah malam 22 Oktober 2009, hati ini bertanya "Siapa sahabat akrabku sebenarnya?"Sepanjang hari setelah sibuk bekerja pada 21 Oktober, hati ini mula mengajukan persoalan sendiri.Hahah! betulkah saya ini ada sahabat akrab yang boleh bercerita itu dan ini.Kelmarin saya demam dan buat pertama kali minta MC daripada doktor.Saya hendak balik berehat dan tidur secukupnya dan tidak mahu berfikir apa-apa........Tidak mahu berfikir?Huh!banyak rupanya yang saya fikirkan.Silapnya saya selalu fikirkan orang yang tidak patut saya fikir.Bila tengah sunyi saya fikir balik.Saya ini lebih sesuai berada dalam suasana apa yang saya minat.Saya tidak rela dijadikan "Quran buruk" dalam apa juga keadaan..Saya sudah cuba menjadi yang terbaik dengan orang yang saya sayangi tetapi apakan daya "kasih manusia tidak berpanjangan" sebab nilaian hanya dikira dari sudut yang saya sendiri kurang pasti.Target saya menyiapkan sebuah novel terbaik sebagai kenang-kenangan dalam hidup dan memberi pengajaran kepada semua orang.Kita sebenarnya semakin tua sebelum diambil kembali oleh Ilahi.Saya pun tidak berani meletakkan nilai sahabat akrab itu, sebabnya saya selalu membaca catatan di dinding yang berbunyi "sahabat akrab itu adalah orang yang tidak berubah biarpun suasana berubah dan bersedia berkorban untuk kita tanpa mengungkit apa-apa".Lalu saya pun berkata di dalam hati...........kita menilai seseorang dengan mata hati dan pengertian!

Saturday, October 17, 2009

begitu pantas

musim haji 1430 hijrah akan muncul.Kelmarin sewaktu masjid tun abdul aziz petaling jaya mengadakan jamuan raya pada 11 oktober 2009 ,saya sempatlah berkunjung untuk menjamu selera.terserempaklah dengan umi dan katanya dia akan berangkat menunaikan fardu haji pada 23 oktober 2009.Nampak ceria sungguh umi.begitu juga dengan haji din yang akan berangkat ke makkah lagi.beberapa kenalan juga akan turut berangkat.seronoknya kalau dapat lagi ke tanah suci.terasa begitu pantas masa berlalu......entah bila dapat berkunjung lagi ke sana.

Saturday, October 3, 2009

lily haslina nasir

kawan-kawan di minggu penulis remaja


zu (pertama dari kiri) lily 4 dari kiri

Sebenarnya saya terharu apabila dalam catatan yang pendek seorang insan bernama lily haslina nasir menyapa di dalam blog saya ini.Biarpun saya tidak berhubungan lebih akrab selepas minggu penulis remaja, antara ramai penulis wanita, saya memang mengagumi hasil karya lily.Saya memang ikhlas memuji seorang insan ini sejak dulu dan dia memang berpotensi sebagai penulis yang mempunyai idea yang bernas.Ini terbukti dengan pelbagai hasil karyanya dan saya percaya dia boleh pergi jauh lagi.Jika hendak dibandingkan dengan saya, saya bersedia duduk di hadapannya mendengar lily memberi ceramah atau tunjuk ajar untuk menjadi lebih berjaya.Bila dulu lily di majalah jelita, bila kawan-kawan beli majalah atau novelnya, saya akan kata, "lily ini kawan saya, dia memang best, " Dengan kata lain, saya tahu lily berjiwa besar sebagai penulis yang bercita-cita tinggi.Semoga lily terus berjaya buat selama-lamanya.Syabas


Wednesday, September 30, 2009

september

Hari ini adalah penghujung September.Sebenarnya kalau difikirkan tentunya banyak peristiwa yang dilalui.Banyak yang saya rancangkan tidak menjadi.Bukan salah siapa segalanya tidak menjadi, salah sendiri juga maklumlah tidak bersungguh-sungguh.Jika bersungguh-sungguh tentu semuanya akan membuahkan hasil.Bosan dan malas memanglah pembunuh segala usaha yang ada.Sukarnya untuk mendapat semangat seperti suatu masa dulu tika baru belasan tahun.Ada sahaja idea untuk dibuat.Biarpun perancangan tidak menjadi namun semangat tidak mudah patah.Syawal masih belum berakhir.Jemputan raya masih tidak berakhir lagi.Malah ada jemputan yang tidak dapat dihadiri.Makanan hari raya yang digemari tahun ini adalah laksa.Tahun ini mak tidak membuat laksa sebab keadaan tidak mengizinkan.Pun hari raya ketiga saya dapat melepaskan kempunan memakan laksa juga bila sahabat saya masakkan.Diam tidak diam sudah tiga tahun berlalu.Saya teringatkan sewaktu melawat Negara China.Paling mengagumkan dapat mendaki tembok yang dikenali, The Great Wall pada 1 September 2006.Tidak sangka dapat juga sampai ke puncak melihat panorama yang indah.Biarpun ada orang kata tempat yang saya sampai itu tidak setinggi mana pun.Janji dapat juga merealisasikan kenyataan daripada impian.Selama ini hanya mendengar cerita sahaja yang mengatakan tempat inilah antara tujuh benda ajaib di dunia.Siapa tidak kagum!Kalau dapat peluang lagi, teringin pula merasa waktu salji turun!Semuanya tunggu durian runtuh...........

Monday, September 21, 2009

lagu

Saya sebenarnya bukan kaki mendengar lagu.Pun ada juga saya mendengar bila sesekali memasangnya.Malah di pejabat saban hari suasana di sekeliling akan terdengar lagu-lagu berkemundang di radio.Ada yang buka sinar fm, ada yang buka siaran hot fm.Bila tiba waktu, saya akan membuka radio ikim untuk mendengar mengaji dan azan berkumandang.Ada juga lagu yang merdu didengar dan menusuk di kalbu.Saya sendiri banyak membeli koleksi lagu-lagu nasyid kumpulan Raihan.Pun sejak vokalis utama nazrey keluar dari Raihan, saya tidak lagi membeli koleksi kumpulan Raihan.Saya sudah beralih arah membeli koleksi nasyid kumpulan Rabbani.Merdu sungguh suara ustaz asri ibrahim mengalunkan suaranya.Setiap albumnya saya beli.Saya amat meminati munajat, pergi tak kembali, hidayah malah boleh dikatakan keseluruhannya menusuk kalbu.Saya tidak tahu apakah setelah ustaz asri ibrahim meninggal pada 13 ogos 2009, apakah saya akan membeli koleksi album kumpulan ini, entahlah........Yang terbaru saya lihat album kenangan ustaz asri 1969-2009.Sehari selepas pemergian beliau ke rahmatullah, saya nukilkan dua buah puisi dan saya hantar ke penerbitan .Tidak tahulah tersiar atau tidak (semasa catatan dibuat).
Semasa catatan ini dibuat, saya baru sahaja pulang beraya dari Ipoh.Kononnya hendak beraya di Kuala Lumpur pula.Semasa memandu saya berhenti di perhentian Behrang. Sepanjang perjalanan tadi saya mendengar siaran hot fm yang dikendalikan liya.Tergerak pula hati saya menghantar sms meminta tiga buah lagu iaitu ketentuan, ayat-ayat cinta dan cuba kau cuba ke talian hot fm.Semasa memandu tika itu pukul 12.50 tengah hari, sms yang dibuat secara suka-suka itu mendapat layanan pertama kalinya di radio.Liya menyebut nama saya dan menyiarkan lagu cuba kau cuba nyanyian faizal tahir.Bagi saya seni kata lagu ini cukup mendalam dan hanya orang yang menghayati tidak akan tersasar kenapa dia menyukai sesuatu itu.Memandu bersendirian memang meletihkan.Namun saya sudah biasa menghadapinya.Pun sebelum saya berangkat, saya sudah singgah ke rumah teman lama yang saya kenali lebih kurang dua puluh tahun lalu.Teman saya ini pun sudah ketiadaan bapa.Segala-galanya berubah dari semasa ke semasa.Bila kakak ipar teman saya bertanya, berapa orang anak?Saya menggelengkan kepala dan cepat-cepat pula dia membuka cerita lain.Saya pun terpaksa ikut rentak.Tambahan raya aidilfitri terlalu banyak dipenuhi dengan hiburan di tv.Memang tidak pernah berubah dari dulu.Kelmarin saya menonton drama sedih lakonan rosyam nor berjudul salam terakhir.Lagu nyanyian sudirman memang menusuk.............seperti drama, kita juga melalui kehidupan realiti. Amin.

Saturday, September 19, 2009

Aidilfitri



Aidilfitri akan menjelang.Inilah hari yang ditunggu-tunggu setelah sebulan berpuasa.Saban tahun kita berdoa agar Aidilfitri mempunyai erti yang begitu bererti.Sudah lima tahun abah meninggalkan kami.Biarpun waktu saya banyak dihabiskan di ibu kota mencari rezeki, namun tempat kelahiran tidak dilupakan.Justeru sebagaimana biasa, saya akan balik ke Ipoh beraya bersama keluarga.Memang tidak banyak juadah yang dibuat sebab saya bukan jenis yang pandai memasak kuih tradisional atau kuih raya.Jadi terpaksalah beli sahaja di kedai.Beberapa tahun kebelakangan ini tradisi mengirim kad raya sudah tidak diamalkan.Hanya sekadar mengirim menerusi SMS.Kawan-kawan yang jauh dan dekat tidak dilupakan.Paling manis bila penulis yang saya anggap hebat seperti Shamsudin Othman mengirim ucap selamat menerusi SMS.Sudah lama tidak bertemu di majlis sastera sebab saya teramat sibuk.



Lama juga saya tidak menjenguk KEMUDI biarpun saban waktu Abu Hassan Ashari sering mengirimkan surat dengan pelbagai aktiviti.Rasa malas begitu menular sehingga saya rasakan kalau saya ada pun bukan menguntungkan sesiapa juga.Entahlah !sampai begitu sekali saya berfikir kerana sehingga saat ini, saya sering merasakan diri ini kerdil.Namun di sudut hati ini tidak sedikit pun melupakan KEMUDI dan Juga Kelab Sastera Dewan !Semuanya bagai terkubur di jiwa.Mungkin juga saya sendiri sudah kehilangan semangat untuk menghadiri majlis sastera setelah sekian lama aktif.Biasanya saya tetap tidak ketinggalan menonton teater Mahsuri pada 27 April 2009.Teater Mahsuri diarah oleh Fauziah Nawi dan skrip ditulis oleh Rahimidin .Selepas menonton teater Mahsuri , saya SMS pada Rahimidin Zahari menyatakan tidak kepuasan menonton teater itu macam tiada penyelesaian saja.Katanya apa nak buat, dia sendiri menontonnya.Selepas itu saya sendiri tidak bertanya dia ada menonton teater itu pada saat akhir.Begitupun Rahimidin itu "Kecil-kecil cili padi."
Ehh! tadi saya bercerita tentang raya.Apa yang menarik tentang raya adalah keseronokan berjumpa sanak-saudara dan kawan-kawan.Anak-anak saudara saya semuanya seronok beraya dan mereka pun saya tidak galakkan bermain bunga api.Orang yang paling rajin saban waktu adalah emak saya.Biarpun usianya telah lebih 70-an, tetapi dia masih gigih memasak dan macam biasa biasa akan berleter pada kami yang asyik leka dengan pelbagai hal.'Masakan emaklah yang paling sedap.Mungkin tiada tandingannya.Seorang lagi yang saya anggap pandai memasak adalah kawan baik saya Sheila.Dia memang pandai memasak serba-serbi.Saban waktu bila ada makanan , dia akan menjemput saya menikmatinya.Wow! semuanya sedap.Saya akan cakap pada sesiapapun yang saya ini hanya pandai "mengarang' dan menyusun kata-kata di dalam warkah.
Catatan;Saya bergambar bersama Amirul Hakimi yang saya panggil kimi atau mi sahaja.Ibunya Sheila berkata bolehlah jadi ibu angkatnya.

Saturday, September 12, 2009

Minggu Remaja DBP

Tanggal 13 September 1985 bersamaan hari Jumaat, tercatatnya sejarah diadakan Minggu Remaja.Bersempena dengan Minggu Remaja itu dilancarkan buku "Bunga Pelangi" dan 'Biarkan Aku Sendiri".Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan tanah air, terhasil kumpulan karya yang seluruhnya ditulis oleh penulis remaja sendiri.Bunga Pelangi (Kumpulan Sajak),Biarkan Aku Sendiri (Kumpulan Cerpen).
Cawangan Remaja, Bahagian Penerbitan Umum, DBP merasa perlu diusahakan kumpulan karya oleh penulis-penulis berbakat yang terdiri daripada para remaja sendiri.Selama ini sastera remaja ditulis oleh orang dewasa, daripada kaca mata dan nilai yang dirasakan sesuai untuk sasaran pembaca.Majalah Dewan Siswa sejak terbit pada Januari 1979, telah menjadi wadah kreatif golongan penulis remaja yang berbakat besar.Apalagi pada waktu-waktu kebelakangan ini majalah itu mengambil inisiatif menyediakan lebih banyak halaman kreatif selain daripada memberi bimbingan kepada mereka.Hasilnya mengagumkan sekali.Kini pada setiap hari DS menerima hitung panjang 20 buah sajak, 600 buah sebulan, 7,200 setahun.Sidang editor menrima tidak kurang 5 buah cerpen sehari, 150 buah sebulan atau 1800 buah setahun.Sebahagian besar karya ini dikirimkan oleh penulis remaja sendiri.Cawangan berkenaan telah meneliti perkembangan kira-kira 100 orang penulis remaja yang memperlihatkan bakat dan kesungguhan yang baik di dalam bidang penulisan cerpen dan sajak.Berdasarkan pertimbangan mutu, mereka telah ditawarkan untuk menyertai kumpulan ini.Seramai 50 orang penulis cerpen telah telah diminta mengirimkan cerpen terbaharu dan belum pernah disiar di mana-mana.15 orang penulis remaja telah dipilih untuk kumpulan yang diberi judul Biarkan Aku Sendiri.Demikian juga, sejumlah 33 orang penulis telah ditawarkan menyertai kumpulan sajak Bunga Pelangi.Sebhagian besar sajak di dalam kumpulan ini telah tersiar di dalam majalah Dewan Siswa.
Di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pelancaran dua buah buku ini dilakukan oleh Prof.Datuk Ismail Hussein, Ketua I GAPENA.
Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan 48 orang penulis yang karyanya tersiar di dalam kedua kumpulan itu dari seluruh negara, sebagai anak angkat.DBP mengaturkan beberapa rancangan untuk mereka selama berada di Kuala Lumpur seperti lawatan, majlis dialog dan sebagainya.Ini dilakukan dengan kerjasama Unit Kegiatan Satera, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, juga kerjasama GAPENA, PENA dan Syarikat Utusan Melayu dan The New Straits Times.Antara penulis remaja yang karyanya termuat dalam Biarkan Aku Sendiri, ialah Ahmad Faizal Ahmad Radzi. Feridah Abdullah, Haliza Awang, Mohd.Sallehudin Mohd.Nahar, Nor Liza Hashim, Nor Shamilah Haji Taib, Nor Zaili Mohd Ish.Pausiyah Abd.Hamid, Roselawati Maidin, Salwati Othman, Siti Khuzan Zailani,Sharidatul Akma Abd.Rasit, Yusmarina Mohamed Yusoff,Zarihah Hassan, Zurina Shafie.
Manakala Kumpulan 'Bunga Pelangi" adalah Amaruszati Noor Rahim, Arazmi Seman,Azhar Ahmad, Chu E Liang, Fahmie, Tuan Faridah Syed Abdullah, Halilah Mohamad, Hamie, Jamilah Alias, M.Jasni Majed, Mas Ayu, Nismaya, Norfaizah Moha.Nor, Noryati Salleh, Noridah Awang, Noormah Milatu, Nur Din Zakaria, Nurhayati NM , Rose Ahmad, Rosli Jaya, Rodziah Ali, Rostina Moha.Ali, Rozaman Ismail, Suyuzi HB, Shukri Matt Ali, Saifuddin Awang, Tan Chin Siong, Tasliana, Wahidah Abu Bakar Sidek, M.Wari, Zainal Palit, Zulkeflee Zakaria, M.Shahid Abid,
Atur cara minggu remaja 13-16 September 1985
Jumaat, 13.9.1985
8.00 pag-12.00 tengah hari-Pendaftaran di wisma belia
12.00-1.00 ptg -makan tengah hari
1.00-2.00 ptg sembahyang jumaat
2.00-2.30 ptg-rehat
2.30 ptg bertolak ke DBP
3.00-5.00 petang-Majlis pelancaran buku Bunga Pelangi dan Biarkan Aku Sendiri di Sudut Penulis, DBP.
5.00 petang-bertolak balik ke Wisma Belia
5.30 ptg- 7.30 malam rehat, sembahyang asar dan maghrib
7.45 malam -Bergerak ke Bangunan MCOBA
8.00-10.00 malam-Majlis makan malam dan majlis suaikenal di Clubhouse lounge, MCOBA,Tingkat 5
10.00 malam-Balik ke Wisma Belia
Sabtu, 14.9.1985
8.00-8.30 Pagi -Sarapan di Wisma Belia
9.00 pagi-Majlis Pelancaran buku Tamadun Islam oleh YB.Encik Anwar Ibrahim di Balai Seminar, DBP.
11.00 pg-12.30 tgh-Taklimat DBP di Sudut Penulis dan lawatan ringkas
12.30 tgh-1.00 petang-Makan tengah hari di Sudut Penulis, DBP.
1.00-2.00 petang-Rehat dan sembahyang Zuhur di DBP.
2.00 ptg-Bertolak ke Utusan Melayu
2.30-4,15 petang-Lawatan di Utusan Melayu
4.15 petang Bertolak balik ke Wisma Belia
4.15 ptg-7.00 malam rehat dan sembahyang Asar
7.00 malam- Bertolak ke DBP
7.15-8.00 malam-Makan Malam di Ruang Legar DBP
8.00 -10.00 malam-Forum "Arah, Matlamat dan Masa Depan Penerbitan Remaja," di Sudut Penulis DBP
10.00 malam.Bertolak balik ke Wisma Belia
Ahad, 15.9.1985
8.00-9.00 pagi - Sarapan
9.00 pagi-Bertolak ke DBP
9.30pag-12.00 tgh-Majlis Apresiasi Buku-buku Remaja di Sudut Penulis DBP
12.30 tgh-1.00 ptg- Makan tengah hari di DBP
1.15 petang-Bertolak balik ke Wisma Belia
1.45-2.30 petang-Sembahyang Zuhur
2.30 petang-Bertolak ke Muzium
3.00-5.00 ptg-Lawatan di Muzium Negara
5.00 petang-Bertolak balik ke Wisma Belia
6.00 ptg-7.45 malam-Rehat, sembahyang Asar dan Maghrib
7.45 malam Bergerak ke Bangunan MCOBA
8.00-10.00 malam-Majlis Perpisahan di MCOBA
Isnin, 16.9.1985peserta pulang.

Saya rasa bertuah kerana menjadi salah seorang perintis pada Minggu Remaja kali ini apatah lagi dapat bertemu penulis hebat dan penyusun buku Biarkan Aku Sendiri iaitu Ali Majod.Manakala Ahmad Razali menyelenggara Bunga Pelangi.
Saya merasa teramat bertuah apabila buat kali kedua diadakan Minggu Remaja, saya terpilih sekali lagi menyertainya.Minggu Remaja Kedua telah diadakan pada 7 hingga 11 April 1986.Sekumpulan penulis remaja telah terpilih menjadi anak angkat DBP,Pada waktu itu Ketua Cawangan Remaja merangkap Pengerusi Minggu Remaja, 1986, En.Johan Jaafar,berpendapat bahawa Minggu Remaja akan memberikan satu kenangan kepada penulis remaja kerana mereka sama-sama menjadi sebahagian daripada peristiwa sastera yang penting itu.Antologi Impian Murni telah diterbitkan pada 7 April 1986 oleh Datin Masnah Rais.Dua kali berpeluang menyertai Minggu Remaja DBP membuatkan saya teruja dan berterima kasih pada DBP yang bersedia menerima saya untuk terus menjadi penulis.Memang rezeki dan tuah datang bergolek.Kenangan pada Minggu Remaja 1986 tidak dapat dilupakan.Apatah lagi dapat berkenalan dan bertukar pandangan.

Friday, September 11, 2009

teringatkan kawan-kawan

Seronoknya bila pertama kali menulis dan penulisan itu diterbitkan dalam majalah al-ulum iaitu satu-satunya majalah persatuan agama islam Sekolah Menengah Kebangsaan Port Dickson, Negeri Sembilan.Pada masa itu tahun 1979.Cerpen saya berunsur islamik sikit dan berjudul "Cahaya Keinsafan".Memang seronok berkarya.Pada waktu bersekolah ini, saya teringatkan kawan-kawan seperti fadzilah, melor, melati , hasnah, aishah, zalina, entah ke mana mereka sekarang.Mungkin masing-masing sudah ada keluarga dan kehidupan sendiri.Paling tidak lupa di Sekolah Menengah Kebangsaan Port Dickson ini ada ustaz handsome.Sebab tengok handsome sebab tengok muka ustaz itu terasa sejuk mata memandang.Ramai peminat rupanya ustaz Daud tu.Paling tidak kawan itu kata , memang ustaz itu baik, mungkin bakal menjadi abang iparnya.Entahlah.Dah berpuluh tahun saya tidak berjumpa kawan-kawan..Tapi bulan Ogos yang lalu saya dapat berbual mesra dengan kawan lama bernama fadzilah.Bayangkan berapa puluh tanun tidak berjumpa tetapi dapat juga berbual-bual mesra.Kalau boleh ingin saya bertemu melati yang kerap menghantar surat setelah saya berpindah sekolah di Sekolah Menengah Raja Ali Kuala Lumpur.Sebenarnya banyak yang ingin saya perkatakan tentang kawan-kawan seperti Jamatul Sabariah Abd Ghani yang dulunya bergelar cikgu.Kami rapat di Sekolah Menengah Raja Ali.Pun tidak tahu kenapa boleh putus begitu sahaja.Itulah bagi sesiapa yang ingin menjalinkan persahabatan, moga dapat diteruskan.

Tuesday, September 8, 2009

Menjaring Keyakinan

Saya menyemak fail puisi yang telah terbit pada 4 Oktober 1991 di Berita Harian bersamaan 26 rabiulawal 1412 hijrah berjudul menjaring keyakinan

Tatkala mencari ruang
kesilapan yang menerpa
ternyata kehambaran menyingkap
tabir naluri kesepian ini
dengan bahasa kebisuan
teramat janggal untuk dimengertikan
pandangan sepasang mata pasrah
melainkan cuba memahami
erti kehidupan hakiki
mengungkap segala perubahan
dengan keredaan Ilahi
tanpa merasa ragu lagi.
Tika menjaring keyakinan
seribu kekurangan yang mencengkam
serasa satu persatu gugur
di perhentian kelam
bersama sebuah pengharapan
yang tetap terpendam.

Begitulah bait-bait yang terungkap.Saya memang tidak dapat dapat lari dari hakikat bahawa saya tidak dapat dipisahkan dari dunia penulisan.Mungkin tidak sehebat kawan-kawan yang cemerlang di dunia penulisan.Pun masih ada rakan-rakan yang masih berhubungan.Terima kasih kenangan.

Saturday, August 29, 2009

Makkah










D Jabar Rahmah dgn Maz























bergambar dengan sepupu





















semasa lawatan ziarah ke ladang unta





penulis bergambar di ladang unta









dalam khemah semasa di Mina

Saya telah berangkat ke Makkah pada 21 Nov 2008 dengan penerbangan KT 58. Saya merasa bertuah kerana telah terpilih untuk menunaikan fardhu haji pada tahun tersebut. Saya mengikuti rombongan pakej haji Asia Oriental Travel. Pengalaman sampai di Makkah cukup mengharukan apatah lagi dapat menunaikan haji dalam usia yang muda.
Pelbagai kenangan dilalui semasa mengerjakan ibadah haji terutamanya semasa melontar
di tiga jamrah. Pun syukur kehadrat ilahi kerana saya berjaya menyempurnakan segalanya
tanpa ada halangan. Saya kembali ke tanah air pada 31 Disember 2008.


Wednesday, August 26, 2009

Pengalaman

Beratus surat bagai bermusim:
Saya sering teringatkan tentang aktiviti surat-menyurat.Saya akur bahawa dahulu saya "teramat" rajin mengutus berita kepada teman-teman, tetapi segala-galanya amat terbatas.Saya tidaklah seghairah dahulu dalam surat-menyurat.Keghairahan surat-menyurat itu dahulu telah mencetuskan idea dalam bentuk karya yang pernah tersiar dalam Dewan Siswa beberapa tahun yang lampau berjudul "Satu pencarian buat Arniah".
"Sewaktu aku menerima surat Arniah sebulan yang lalu, aku sengaja memerapkan suratnya tanpa mengirim balasan.Maklumlah ada ketika-ketikanya aku kehilangan modal untuk berbicara di dalam surat." Tulisku dalam kisah itu.
Ternyata karya "Satu pencarian buat Arniah" begitu mengesankan terhadap diriku sehingga saat ini.Walaupun aktiviti surat-menyurat dengan teman-teman agak berkurangan, tetapi tidak bermakna pula saya berhenti dari berkarya.Sekiranya boleh, saya akan menumpukan pada bidang penulisan sahaja.Entah kenapa saya sering menggunakan perkataan "PENCARIAN".Pastinya ada perkara menarik dalam istilah pencarian itu sendiri.Pada hakikatnya saya merasakan saya masih terus mencari sesuatu dalam kehidupan ini.Begitu pun saya yakin kenangan dalam hidup dan mencari keredaan Ilahi adalah amalan baik dan lebih bermakna dalam segala-galanya.
Dalam beberapa waktu ini saya masih merasa keseronokan dalam menjalani kehidupan.Namun perasaan adalah berubah-ubah bagai musim di dunia ini.Apakah perasaan kita pun macam empat musim?Musim yang bermusim.Persoalan yang tentunya ada jawapan.

Tuesday, August 25, 2009

kenangan

saya teringat catatan penulis yang saya kagumi iaitu Pak Matlob di dalam Utusan Zaman bertarikh 18 Februari,1990.Katanya kerja penulis bukan hanya menulis.Menarik bukan?Apa sah.aja yang kerja yang kita buat, elakkan diri daripada mengatakan kerja itu mudah.Tidak ada kerja yang mudah pun dalam dunia ini.Makan yang sudah sedia pun susah hendak dimakan .Ada berbagai syarat baru boleh mendapatkan manfaat.Kalau kita makan pastilah hendak memberikan manfaat.Selain dari itu kita seronok makan makanan yang sedap, Begitu jugalah dengan kerjaya menulis.Bahan-bahan yang perlu disediakan dulu, bahan-bahan ini hendaklah yang betul, benar dan bukan hanya diada-adakan.
kenangan seterusnya:
Waktu menuntut di Pusat Seni USM, saya ada menghantar karya ke Berita Minggu bertarikh 30 oktober 1988
Permintaan
Mahsuri, air mata telah lama berderai
dimakan waktu yang semakin terasing
dalam sejuta wajah nantinya kelainan
untuk meminta terus hidup, sesekali
dalam pernafasan yang amat berbeza
harapan setinggi gunung memendam
bara yang masih tersimpan - entah
bila akan menyala untuk membakar
segenap penjuru perasaan seorang
wanita yang masih tertekan
dengan kehambaran dan kepiluan

Saya teringat kawan-kawan yang berkursus di Pusat Seni USM seperti Rohaidah Yon , Norsaida Sadhana (Penolong Editor Mangga yang telah kembali ke rahmatullah).Maarof Seman, Salleh Yaacob, Rahimidin Zahari dan beberapa orang lagi.Di samping yang juga mengenali beberapa student USM, Pulau Pinang waktu itu seperti Achik, Zanariah, Ani, Wan dan ramai lagi.