Friday, December 31, 2010

Akhir Disember 2010







catatan pertama:Hari ini merupakan penutup bagi tahun 2010....PM telah mengisytiharkan cuti umum hari ini (Jumaat). cuti ini diberi kerana Malaysia telah berjaya menumpaskan pasukan bola sepak Indonesia untuk menjulang Piala Suzuki AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta dengan agregat 4-2 pada 29 disember lalu...tentulah penantian selama 14 tahun berakhir apabila Malaysia menjadi juara. Pastinya kegemilangan era bola sepak negara bangkit semula setelah zaman supermokh berlalu!
Catatan Kedua: Tentulah saya menjadi orang yang paling gembira untuk akhir disember ini kerana malam tadi (30 disember) diadakan majlis makan malam 2010 bertempat di glenmarie ballroom, holiday inn kuala lumpur meraikan persaraan en.adi satria , nathan & idris.Pengacara jemputan adalah shamsul ghau ghau....manakala artis jemputan adalah siti nurhaliza....bertemakan retro warna-warni....ramai yang bergaya sakan....yang menunjukkan bakat dalam seni suara ....cabutan bertuah untuk 13 orang...
semestinya cabutan yang ditunggu-tunggu sebelum penutup majlis.................... hadiah ketiga!!! en.yazid mencabut nama bertuah...beliau membuat lawak mengatakan namanya yang terpilih......rupanya hisham ...apabila en. zamri mengambil giliran mencabut nama....alhamdulillah rezeki untuk saya sendiri mendapat hadiah tempat kedua....manakala untuk tempat pertama cabutan bertuah en. adi telah mencabut nama izmee tetapi dibatalkan kerana tiada di dalam dewan ...apabila dibuat cabutan semula....nama haswati terpilih.............
...................saya sentiasa bersetuju dengan pepatah yang mengatakan" tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu......"syukur dan pasrah!!

Sunday, December 26, 2010

Putu Perak


Apabila balik ke kampung, makanan yang saya akan cari adalah Putu Perak. Putu Perak sejenis kuih lama yang popular dan berbeza dengan putu lain....
Putu Perak memang sedap....tidak hairanlah salah seorang pengusahanya adalah Fauzilah Harun di Chenderung Balai, Perak. Beliau mewarisi resipi ini daripada keluarga turun-temurun.

********************************************************************************

Saturday, December 25, 2010

permainan tradisional bersama Upin & Ipin




Kini fenomena Upin & Ipin begitu digemari kanak-kanak...Lihat sahaja pelbagai barangan berjenama Upin & Ipin termasuk kasut, beg, baju dan pelbagai lagi berada di pasaran...


Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, konda-kondi, galah panjang dan lain-lain. Permainan tradisional bukan sahaja seronok dimainkan beramai-ramai, malahan memupuk semangat, kerjasama dan setiakawan, meningkatkan daya kreativiti dan secara tidak langsung mengeratkan siraturahim. Disebabkan perubahan zaman dan teknologi, permainan tradisional semakin dilupakan. Kini Upin & Ipin dan kawan-kawan tampil dengan setem permainan tradisional dengan harapan dapat memperkenalkan permainan ini kepada generasi baru dan mengimbau kembali zaman kanak-kanak golongan dewasa..

Tuesday, December 14, 2010

Tulisan Jawi Tetap Unik






Masih tentang tulisan jawi......tidak terlambat untuk kita kembali mencintai tulisan jawi yang unik ini.....jangan ianya menjadi lupus .....
dan satu perkara yang perlu diingat bahawa"kerja penulis bukan hanya menulis".................

Sunday, December 12, 2010

cintailah tulisan jawi


Ini adalah keratan akhbar Utusan Melayu terbitan 19 Mac 1990.....saya masih menyimpannya...suatu ketika dahulu saya sering melanggan akhbar Utusan Melayu setiap hari Isnin hingga Sabtu manakala hari Ahad pula adalah Utusan Zaman. Kini akhbar Utusan Melayu sekadar menjadi sisipan di dalam akhbar Utusan Malaysia setiap Isnin. Saya sendiri mengagumi Pak Matlob yang sentiasa berusaha menghidupkan tulisan jawi di ruangan pembaca muda yang ramai pengikutnya...salah seorang pengikutnya adalah saya...kini semuanya menjadi kenangan...jasa Pak Matlob yang sering mengetengahkan saya dengan tulisan jawi juga amat saya hargai sehingga ke akhir hayat...
Saya sendiri telah menjadi anggota kumpulan utusan sejak Oktober 1997.Banyak pengalaman yang saya timba dan sudah tentunya saya bersyukur kehadrat Ilahi di dalam segala perjalanan kehidupan bersama kumpulan utusan..... amin.....

12122010


Ketenangan hidup di dunia diperuntukkan kepada orang yang zuhud dan sebaliknya orang bakhil dan tamak akan menjadi pemburu yang sentiasa gagal mendapatkan hakikat dunia ini iaitu ketenangan........

Tuesday, December 7, 2010

7 disember 2010 -1 muharam 1432


Istimewanya hari ini kerana awal muharam telah menjenguk kita....alhamdulillah....memang azam tetap membara.....saya sendiri sememangnya punya banyak rancangan...terutama membentuk perubahan demi perubahan....dan saya selalu menyetujui perkara ini bahawa:ada banyak perbezaan antara kawan dengan sahabat...kawan mudah ditemui manakala sahabat mungkin satu dalam seribu.....dan juga saya menyetujui bahawa...kita kena ingat, tidak semua yang kita tempuhi dalam hidup ini sentiasa baik atau menjadi sebagaimana yang kita harapkan.Tidak semua yang kita mahukan, kita akan mendapatnya dan bukan semua perkara diukur dengan keadilan......dan saya mengharapkan hijrah ini benar-benar dapat dihayati ......dan dalam banyak perkara saya bersyukur kehadrat Ilahi........moga saya bisa bangun ....lebih berani....lebih yakin lagi.....

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha & 17 November 2010



bersalaman tanda keikhlasan................ikhlaskah kita???


laksa masakan yatie ...memang best





nasi dan daging paprik.......... masakan bos...umph!sedapnya

############################################################

Hari ini 17 November...umat Islam menyambut aidiladha....banyak yang istimewa hari ini...di beberapa tempat ibadah korban dilaksanakan....alhamdulillah dapat ke masjid hidayah di seksyen 18 di shah alam- solat aidiladha....dengar khutbah yang cukup mengesankan...terharu!hari ini tidak balik kampung sebab tak bercuti...!Bos pula jemput ke rumahnya...dia pun tidak balik kampung...dia pun jamu saya nasi dan daging paprik...sup tulang dan bihun sup...semuanya umphh!memang air tangannya bukan sebarangan....bukan senang nak dapat merasa masakan bos......!sejak seminggu ini bos memang baik betul......tapi saya dah rapat dengan bos selama sebelas tahun......syukur!jadilah insan yang mengerti.....

bukan setakat itu saja.....kawan saya di jalan duta..yatie pun menjemput ke rumahnya...dia pula menjamu saya laksa.....sedap.........terima kasih daun keladi kerana meraikan saya.......raya tetap raya..........






Tuesday, November 16, 2010

Suatu hakikat perjalanan...........


kereta api sedang menanti....semua orang di dalam gerabak tidak sabar meneruskan perjalanan

suasana di luar...






selamat tinggal kereta api mahu berangkat ni...


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Ramai orang berkata, "Mengapa engkau diam pada hal engkau dimusuhi?" Lalu kukatakan kepada mereka, "Menanggapi suatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh merupakan kebajikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat! Harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika ia diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu menggonggong."
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Saturday, November 13, 2010

terpahat di sanubari


dari kiri effa, aida, latif, wadi,lee, naz,zu,sheila, zira ....duduk di depan dari kanan- sham, man,iddris & leeros..........5 november 2010 di kayns resort port dickson....



mana boleh berpisah dengan kimi



di kolam kayns resort port dickson...bos....jomlah terjun.... gerenti basahlah!!!!



Bergambar di depan kereta kebal di muzium tentera di port dickson negeri sembilan pada 6 november 2010....dari kiri zira, isteri dan anak latif, zu......



bersama kimi melawat Planetarium Negara pada 24 Oktober 2010.......tunggu...kita posing dulu ya.....




Sunday, November 7, 2010

7 November

bersama fadzilah katan............





zira tersenyum mesra



Saya memang menyukai angka 7 ....tidak kiralah sama ada ianya 7, 17 dan 27.Memang angka ini cukup istimewa dan ianya menjadi pilihan saya....apa pun november juga punya kenangan tersendiri...pada hari ini saya tidak lupa mengucapkan selamat hari ulang tahun kepada rakan sekerja zira...hari ini 7 november memang istimewa untuknya...dia juga banyak menolong saya dari segi kerja....untungnya dia sebab sebuah kedai serbaneka tetap mengabadikan tarikh keramat ini...tak percaya? ..sana-sini ada 7 eleven........terima kasih



Tanggal 5 dan 6 november...saya menghabiskan masa di kayns resort port dickson...meraikan persaraan bang deris yang banyak berjasa di grafik...acara yang dirancang memang berjalan lancar....saya dan kimi berjam-jam di kolam renang....letih tetapi menyeronokkan.....sebenarnya port dickson bukanlah asing bagi saya...Masa darjah 6 saya bersekolah di sekolah rendah kg.gelam port dickson...dan meneruskan persekolahan menengah di sekolah menengah kebangsaan port dickson...rasanya masih ramai kenalan sepermainan dan sepersekolahan yang masih tinggal di port dickson biarpun mereka sudah berumah tangga...seperti azizah yang sering saya bonceng basikalnya untuk pergi sekolah...di samping memetik bunga di rumahnya untuk diisi dalam bekas bunga di atas meja cikgu fatimah....kalau berjalan kaki ke sekolah pun boleh tetapi penatlah sedikit....ingat lagi saya pada siti aishah yang merdu suaranya apabila mengaji...bila ada musabaqah...dia akan mendapat tempat pertama manakala saya akan mendapat tempat kedua....begitu juga saya teringatkan cik pora, norizan, zalina, fadzilah , melati, suriani, sariah, melor, salim, shamsul dan beberapa orang lagi....namun cuma pada 6 november, saya berkesempatan bertemu fadzilah katan yang masih mesra apabila bertemu saya..biarpun pertemuan singkat...saya dibawa meronda-ronda kg.air meleleh tempat tinggal saya dahulu..memang dah banyak perubahan terutama pondok polis tempat saya tinggal dulu sudah tiada...dan hanya rumah kawan-kawan yang sudah ketiadaan ibu bapa....sunyi....dan terasing....

Monday, October 25, 2010

betul katanya...renungilah..


sedalam kawah bekas gunung berapi.....
renungilah kata-kata dr.hm tuah iskandar al-haj di dalam motivasi minda membina jati diri gemilang..........
selalunya kita berasa berhutang pada seseorang yang berbakti kepada kita dengan cepat-cepat mengucapkan terima kasih tapi dengan TUHAN, kita tidak rasa berhutang apa-apa sedangkan setiap saat udaranya kita ambil untuk terus hidup. Ini dibuktikan dengan tidak sembahyang, melewat-lewatkan sembahyang tanpa alasan, atau terus gemar membuat dosa. Apakah kita cakap serupa bikin?
kita kata akan hidup seadanya apabila Allah memberi sekian-sekian kepada kita, tapi apabila yang kita hajatkan itu telah tercapai, selalunya kita jadi lupa diri malah kadang-kadang mencabar ALLAH. Apakah kita cakap serupa bikin?
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Wednesday, October 20, 2010

detik akhir 20102010

Bersama AG hotfm
Bersama Faizal hotfm
Masa hendak pergi makan tengah hari.....terserempaklah dengan AG dan Faizal yang sedang mempromosi HP nokia jenis baru bagi pihak maxis...berhampiran Digital Mall , Petaling Jaya.....sebagaimana peramahnya mereka di radio, di luar pun nampaknya begitulah......peramah dan berbudi pekertinya mereka.... hmm.........

20102010


Hari ini sudah masuk hari yang keduapuluh bulan sepuluh tahun duapuluh sepuluh....apa yang istimewanya hari ini.....seperti pepatung yang bersendirian di atas batu di tepi sungai ini.....ya, sampai masa...semuanya pasti bersendirian....
saya tertarik dengan ungkapan dr.hm tuah iskandar al-haj di dalam motivasi minda membina jati diri gemilang...yang dikatakan beliau:"bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu."jika adalah orang yang demikian itu, maka dia pastinya seorang yang sangat baik.dia pastinya seorang yang sangat disenangi oleh semua orang.sumbangannya tentu banyak dan dia pastinya berasa cukup dihargai..bagaimanapun apabila manusia mula bergaul, dia sudah pasti tidak terlepas daripada memperolehi sesuatu yang buruk daripada pergaulan itu.dia mungkin mendapat semua kebaikan tetapi dia juga mungkin mendapat semua keburukannya.risiko berada dalam dunia pergaulan akan menjelma dalam dua keadaan, baik atau buruk.yang baik pun daripada pergaulan , yang buruk pun datangnya dari situ.pergaulan juga menyebabkan seseorang itu berada di tengah-tengah, baik tidak, jahat pun tidak.....kadang-kadang dia dilihat amat baik, kadang-kadang dilihat amat jahat...............................

Tuesday, October 19, 2010

cerita pendek................

Bukan ini kupinta...
Semuanya tidak akan berubah.Memang betul!Jika tidak kita mengubahnya sendiri...Tiada apa lagi yang boleh dilakukan jika perubahan itu tidak datang daripada diri sendiri.Kalau kita tidak membuatnya lebih awal, kita pasti akan terlambat untuk memperbetulkan pelbagai kesilapan yang telah kita lakukan.Semuanya tidak akan bermakna jika tidak dapat diteruskan.Selagi kita masih pada tahap lama tanpa kesedaran diri, kita sebenarnya tidak menemui arah perjalanan yang betul.Antara kemahuan, kehendak dan nafsu.
Sudah berapa kali kita mahu menduga atau bermuhasabah tentang diri sendiri?Kita hanya menganggap diri kita betul dan sedikit pun tidak berasa serba salah atas kesilapan yang telah kita buat.Kita buat tidak tahu sahaja.Malah kita sudah sampai tidak ketahuan tentang matlamat serta target kita.Kalau ditanya kepadaku, bertubi-tubi persolaan yang timbul yang begitu sukar dijawab.Benar, aku dilihat tenang, punya wang dan tidak punya masalah .Biarpun ada suara-suara sumbang terus kedengaran di cuping telingaku sehingga meragut rasa pilu yang teramat sangat.Benar juga kau bukanlah alim yang kuat diuji segala perasaan dan diuji segala-galanya.Sebab?Dijadikan sebagai wanita yang tegap mudah tersentuh dengan asakan persoalan dan tuduhan.Segala kesalahan dituding jari ke arahku seperti segalanya terbeban kepadaku.Mereka tidak tahukah bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.......................................................................

Sunday, October 17, 2010

renunganmu




siapa tidak kenal adik Muhammad Ahmad Zaid ini ....dia merupakan antara finalis akademi quran ke 4.Biarpun sekadar naib juara....tapi suaranya lemak merdu ketika mengaji....malah pernah juga mengikuti solat tarawih yang diimamkan beliau....Tengoklah renungan mata Muhammad....begitu tajam...Begitu juga renungan si manja saya ni...kimi...mudah-mudahan si manja saya ini turut ikut jejak Muhammad....
*********************************************************************************
"orang yang dekat itu ialah orang yang mencintai sekalipun dia jauh dan orang yang jauh itu ialah orang yang tidak mencintaimu sekalipun dia itu dekat (sebagai kerabatmu)."

Sunday, October 3, 2010

motivasi

Buku motivasi santai Dr.Fazley Yaakob ini memang ringkas tetapi cukup menarik.Bahasa yang digunakan begitu mudah difahami.Buku ini ternyata sesuai untuk para pelajar untuk menjadi lebih berdisiplin dan mempunyai matlamat dalam dunia pembelajarannya.Lakaran di dalam buku ini juga menarik dengan pelbagai idea dilontar Dr.Fazley.Pemuda yang berbakat ini begitu terserlah di dalam program motivasinya.Peminatnya begitu ramai tambahan pula beliau juga berminat di dalam bidang seni suara dan lakonan.Malah boleh juga mengacara pelbagai rancangan.Bagi saya buku ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar, malah ibu bapa atau orang dewasa juga amat sesuai memiliki buku ini kerana kita dapat menyelami perasaan para pelajar itu sendiri di dalam mengharungi pelbagai keadaan terutama mengikuti pembelajaran.....Kata Fazley:"Berfikirlah dengan akal atau berfikir dengan emosi?Satu persoalan yang wajib difikirkan semula oleh setiap individu.Jika akal digunakan sepenuhnya untuk membuat keputusan, berkemungkinan besar hasilnya sempurna.Namun jika keputusan dibuat dengan penuh emosi atau perasaan, seringkali hasilnya tidak seperti diharapkan.'Stress' atau tekanan menjadi punca kepada setiap masalah yang timbul di dalam kehidupan kita seharian.Kebijaksanaan dan kemampuan manusia mengawal emosi telah terbukti memberikan banyak kebaikan dan manfaat................... "


Sunday, September 26, 2010

catatan ...........xxxxx

bukan main comel si nia ini......pandai bergambar....kiranya si nia ini adalah cucu saya....rupa-rupanya diri ini sudah semakin berusia...............buat nia....selamat mengharungi kehidupan ini dengan penuh ketabahan.....jadilah anak dan cucu yang solehah....

######################################################################
"Tidaklah seseorang menyembunyikan rahsia hatinya, melainkan akan tampak pada lisannya dan terlukis pada wajahnya."
################################################################

Friday, September 10, 2010

syawal



1 Syawal muncul kembali......sedihnya meninggalkan Ramadan...Sebagaimana biasa Syawal disambut dengan penuh kesyukuran...Alhamdulillah...sebagaimana biasa dapat menunaikan sola sunat aidilfitri di masjid....macam biasa juga akan menziarahi pusara abah dan adik..Biasanya kunjungan ke rumah saudara terdekat dan beberapa teman....seronoknya jika pada hari raya masih ada yang rajin buat laksa utara sebagai hidangan....hmm!!!!!!!

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

"Seorang Muslim yang sebenarnya adalah yang bersyukur kepada Allah ketika dalam keadaan makmur dan bertawakal atas kehendak-NYa dalam kesengsaraan."

"Jika kulitmu gatal, garulah dengan kukumu sendiri.Kerana itu bererti kau telah menyelesaikan tugasmu sendiri.Jika engkau bercita-cita, gapailah cita-citamu itu dengan segenap kemampuanmu."

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Tuesday, August 31, 2010

merdeka......


Ini adalah penutup catatan bagi bulan Ogos.....31 Ogos 2010 adalah ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke 53..Sana-sini orang mengibarkan bendera..Ibu saya sendiri bersikap patriotik kerana sejak awal-awal lagi telah mengibarkan bendera di halaman rumah .Ini dilakukannya saban tahun.Saya sendiri amat bangga berada di tanah air yang aman damai.Banyak perkara boleh dilakukan dengan senang biarpun cabaran menimpa-nimpa.Jika terdengar pelbagai tragedi yang menyedihkan itu adalah dari kesilapan manusia yang tidak pernah menghargai erti kemerdekaan yang sebenarnya.Usahlah lagi membuat onar dan tidak menyenangi orang lain.Yang kaya biarkan dia kaya, manakala yang miskin cubalah dibantu sedaya-upaya.Usah ada sikap dengki atau iri hati.
Pada ulang tahun ke 40 bendera Malaysia dinamakan Jalur Gemilang....
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.
Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda agama Islam- agama rasmi Malaysia.Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna DiRaja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Aku menganggap diam sebagai perniagaan.Meskipun tidak ada untungnya, paling tidak aku tidak merugi.Aku bersetuju bahawa diam ibarat barang niaga yang membawa segudang keberuntungan bagi pemiliknya.................
Ya!Allah...........................moga kutemui apa yang kucari dan harapkan...........amin
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Saturday, August 28, 2010

bukan senang menyedarkan orang lain.......


Gambar ini diambil tika pertama kali memasuki petrosains di klcc........
saya suka berfantasi biarpun belum sampai menjejak kaki ke bulan....

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
sejak dari kecil , saya memang meminati membaca buku cerita pengembaraan, penyiasatan atau fiksyen.....Saya memang meminati cerita kanak-kanak sejak dari kecil sehinggalah meningkat dewasa....biarpun bila sudah dewasa , saya terdedah dengan membaca kisah masyarakat termasuklah kisah cinta.....tapi saya tetap cenderung menulis cerita kanak-kanak dan rakyat....sama ada dikategori berbakat atau tidak, sudah banyak cerita kanak-kanak , saya tulis....yang diterbit pun ada....
kisahnya pagi tadi saya dihubungi oleh sebuah penerbitan......beliau menghubungi saya kerana telah menerima sepucuk surat daripada saya menyatakan kekesalan kerana tidak menerima apa-apa bayaran apatah lagi buku percuma atas hasil yang ditulis.Bukan sekali , malah sudah berulang kali seorang penulis yang tidak bertanggungjawab iaitu mengaut keuntungan dari hasil lelah penulis seperti saya...pihak penerbitan juga terkejut kerana penulis seperti saya menghasilkan karya, hasilnya jatuh ke tangan penyelenggara yang suka menganiaya orang....penerbit sendiri pun tidak tahan dengan sikapnya......Mungkin penulis ini tidak berminat membaca blog saya....sebabnya pada beliau, saya ini tidak kisah selama saya bergelar penulis hanya mengejar nama....hasilnya tidak perlu...Itu pada kiraan beliau.....untuk pengetahuan beliau, saya pasti ada pembalasan yang setimpal sebab saya tidak pernah menghalalkan!
Pada bulan mulia ini saya bukan hendak memperkatakan yang negatif!!!.....sekadar hendak menyedarkan dirinya sebab saya pun bukan sentiasa ada "mood" untuk menulis...........sehingga menulis di diari yang menjadi amalan setiap hari pun semakin longlai....bayangkan sepuluh tahun dahulu, saya sanggup mencoret di kad ucapan raya lebih 50 keping berbanding dengan hari ini sekadar mencatat 2 keping pun amat payah.....Pastinya yang sekeping itu tentulah pada Pak Matlob....memang istilah untuk bergelar penulis itu mahal..............bukan senang hendak dapat....dan saya pun tidak dapat dalam tempoh sehari biarpun tidak dinobatkan oleh sesiapa pun......................

Saturday, August 21, 2010

impian..............menjelajah





Gambar ini diambil tika berada di puncak tembok besar negara china pada 1.9.2006.Antara yang berjaya ke puncak ini adalah dari kiri aznor,sham, reza,shahril, rozudin,dodi,sham johan,zamri & isteri,idris, rahmat, ikram, effa, rok & zu.......gambar kenangan ini menguatkan hati dan kaki untuk menjelajah tempat yang lebih jauh.........Mungkinkah???????????????
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Aku akan pergi jauh merantau.Akan kucapai cita-citaku atau aku akan mati di negeri orang.Jika aku mati, kepada Tuhan aku kembali.Namun jika aku selamat, aku akan kembali ke kampung halamanku...
dan aku amat mempercayai bahawa pergi merantau adalah mencari kemuliaan kerana dalam perantauan itu ada lima yang tersirat iaitu menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa dan dapat bergaul dengan orang ramai.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Tuesday, August 17, 2010

masih diraikan



Hari ulang tahun masih diraikan.....saya terharu apabila menerima cenderahati daripada aisha , iza dan rok pada hari ini.....mereka sentiasa ingat untuk memberi kenang-kenangan yang sentiasa saya hargai dan simpan.....bagi yang dekat di mata dekat di hati yang memberi ucap selamat termasuklah cik sue, zil, fusya, mieda, haswati.......manakala rakan-rakan jauh di Malaysia yang mengirim ucap selamat antaranya termasuklah Abd.Rahman (saban tahun tidak lupa), Siti di Chenor dan Hanisah .Manakala ju pula yang berada di Aceh , Indonesia di mana negaranya menyambut hari ulang tahun kemerdekaan hari ini tetap menghubungi mengucap selamat......
Pada malam berbuka puasa , saya diraikan pula di Bangkok House Petaling Jaya dengan menu yang enak sekali.Terima kasih atas kesudian azie, sheila, zira dan zuraini yang mahu meraikan saya ....dan penutupnya disaji dengan kek secret recipe.......
...............budi kalian tetap dikenang..........................................................

Ulang tahun .....hari jadi





Hari ulang tahun datang kembali.....saya amat menyukai kata-kata penyair seperti rosli hassan tentang persahabatan....dan saya sendiri memang menghargai persahabatan...tanpa prasangka....Hari ulang tahun memang istimewa dalam kehidupan seseorang...dari sehari ke sehari kita sebenarnya bukan semakin muda....pun apakah tercapai matlamat hidup kita....??????mengerti tentang perjalanan kehidupan dan mengerti tentang orang lain .....saya sebenarnya sudah bosan dengan prasangka.....terima kasih banyak kepada sahabat-sahabat yang tidak lupa menghulurkan ucapan "tanda ingatan".......dan bagi saya hadiah paling berharga daripada sahabat adalah sebuah pengertian dan kejujuran ...
Hadiah paling bererti yang pernah saya terima ialah apabila pada tanggal ulang tahun saya ini...saya telah disahkan dapat pergi menunaikan fardu haji pada tahun 2008.Pada hari itu juga sahabat baik saya belanja makan di sebuah restoran......Dan untuk tahun ini istimewanya kerana jatuh dalam bulan ramadan....dan saya berdoa agar saya dapat menemui malam yang penuh keberkatan.....Amin...Amin...Ya!Allah!
"Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat, dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka."

Sunday, August 8, 2010

tanda ingatan

zu & rok
kawan-kawan

fusya, zira,asma,yati&zu
aisha,kyati,zu,adlina& rok



gambar saya bersama rokiah (atau nama manjanya rok) diambil tika pihak utusan media mengadakan trip 4 hari 3 malam ke Hatyai & Songkhla pada 26 jun 2003-29 jun 2003...setiap kali trip diadakan kami sering digandingkan bersama terutama ditempatkan sebilik....dan kali terakhir kami digandingkan bersama tika melawat tembok besar negeri china pada awal september 2006-rok yang sentiasa lurus memang amat dikenali oleh semua kakitangan lain...dan pada 8 ogos 2010 ini saya tidak lupa mengucapkan selamat hari ulang tahun kepadanya....@@@@@selamat hari ulang tahun rok!memang ogos amat istimewa kerana saya sendiri menyambut ulang tahun pada bulan ini..bertambah menarik sambutan saya bersamaan dengan ulang tahun hari kemerdekaan negara indonesia....