Saturday, September 12, 2009

Minggu Remaja DBP

Tanggal 13 September 1985 bersamaan hari Jumaat, tercatatnya sejarah diadakan Minggu Remaja.Bersempena dengan Minggu Remaja itu dilancarkan buku "Bunga Pelangi" dan 'Biarkan Aku Sendiri".Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan tanah air, terhasil kumpulan karya yang seluruhnya ditulis oleh penulis remaja sendiri.Bunga Pelangi (Kumpulan Sajak),Biarkan Aku Sendiri (Kumpulan Cerpen).
Cawangan Remaja, Bahagian Penerbitan Umum, DBP merasa perlu diusahakan kumpulan karya oleh penulis-penulis berbakat yang terdiri daripada para remaja sendiri.Selama ini sastera remaja ditulis oleh orang dewasa, daripada kaca mata dan nilai yang dirasakan sesuai untuk sasaran pembaca.Majalah Dewan Siswa sejak terbit pada Januari 1979, telah menjadi wadah kreatif golongan penulis remaja yang berbakat besar.Apalagi pada waktu-waktu kebelakangan ini majalah itu mengambil inisiatif menyediakan lebih banyak halaman kreatif selain daripada memberi bimbingan kepada mereka.Hasilnya mengagumkan sekali.Kini pada setiap hari DS menerima hitung panjang 20 buah sajak, 600 buah sebulan, 7,200 setahun.Sidang editor menrima tidak kurang 5 buah cerpen sehari, 150 buah sebulan atau 1800 buah setahun.Sebahagian besar karya ini dikirimkan oleh penulis remaja sendiri.Cawangan berkenaan telah meneliti perkembangan kira-kira 100 orang penulis remaja yang memperlihatkan bakat dan kesungguhan yang baik di dalam bidang penulisan cerpen dan sajak.Berdasarkan pertimbangan mutu, mereka telah ditawarkan untuk menyertai kumpulan ini.Seramai 50 orang penulis cerpen telah telah diminta mengirimkan cerpen terbaharu dan belum pernah disiar di mana-mana.15 orang penulis remaja telah dipilih untuk kumpulan yang diberi judul Biarkan Aku Sendiri.Demikian juga, sejumlah 33 orang penulis telah ditawarkan menyertai kumpulan sajak Bunga Pelangi.Sebhagian besar sajak di dalam kumpulan ini telah tersiar di dalam majalah Dewan Siswa.
Di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pelancaran dua buah buku ini dilakukan oleh Prof.Datuk Ismail Hussein, Ketua I GAPENA.
Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan 48 orang penulis yang karyanya tersiar di dalam kedua kumpulan itu dari seluruh negara, sebagai anak angkat.DBP mengaturkan beberapa rancangan untuk mereka selama berada di Kuala Lumpur seperti lawatan, majlis dialog dan sebagainya.Ini dilakukan dengan kerjasama Unit Kegiatan Satera, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, juga kerjasama GAPENA, PENA dan Syarikat Utusan Melayu dan The New Straits Times.Antara penulis remaja yang karyanya termuat dalam Biarkan Aku Sendiri, ialah Ahmad Faizal Ahmad Radzi. Feridah Abdullah, Haliza Awang, Mohd.Sallehudin Mohd.Nahar, Nor Liza Hashim, Nor Shamilah Haji Taib, Nor Zaili Mohd Ish.Pausiyah Abd.Hamid, Roselawati Maidin, Salwati Othman, Siti Khuzan Zailani,Sharidatul Akma Abd.Rasit, Yusmarina Mohamed Yusoff,Zarihah Hassan, Zurina Shafie.
Manakala Kumpulan 'Bunga Pelangi" adalah Amaruszati Noor Rahim, Arazmi Seman,Azhar Ahmad, Chu E Liang, Fahmie, Tuan Faridah Syed Abdullah, Halilah Mohamad, Hamie, Jamilah Alias, M.Jasni Majed, Mas Ayu, Nismaya, Norfaizah Moha.Nor, Noryati Salleh, Noridah Awang, Noormah Milatu, Nur Din Zakaria, Nurhayati NM , Rose Ahmad, Rosli Jaya, Rodziah Ali, Rostina Moha.Ali, Rozaman Ismail, Suyuzi HB, Shukri Matt Ali, Saifuddin Awang, Tan Chin Siong, Tasliana, Wahidah Abu Bakar Sidek, M.Wari, Zainal Palit, Zulkeflee Zakaria, M.Shahid Abid,
Atur cara minggu remaja 13-16 September 1985
Jumaat, 13.9.1985
8.00 pag-12.00 tengah hari-Pendaftaran di wisma belia
12.00-1.00 ptg -makan tengah hari
1.00-2.00 ptg sembahyang jumaat
2.00-2.30 ptg-rehat
2.30 ptg bertolak ke DBP
3.00-5.00 petang-Majlis pelancaran buku Bunga Pelangi dan Biarkan Aku Sendiri di Sudut Penulis, DBP.
5.00 petang-bertolak balik ke Wisma Belia
5.30 ptg- 7.30 malam rehat, sembahyang asar dan maghrib
7.45 malam -Bergerak ke Bangunan MCOBA
8.00-10.00 malam-Majlis makan malam dan majlis suaikenal di Clubhouse lounge, MCOBA,Tingkat 5
10.00 malam-Balik ke Wisma Belia
Sabtu, 14.9.1985
8.00-8.30 Pagi -Sarapan di Wisma Belia
9.00 pagi-Majlis Pelancaran buku Tamadun Islam oleh YB.Encik Anwar Ibrahim di Balai Seminar, DBP.
11.00 pg-12.30 tgh-Taklimat DBP di Sudut Penulis dan lawatan ringkas
12.30 tgh-1.00 petang-Makan tengah hari di Sudut Penulis, DBP.
1.00-2.00 petang-Rehat dan sembahyang Zuhur di DBP.
2.00 ptg-Bertolak ke Utusan Melayu
2.30-4,15 petang-Lawatan di Utusan Melayu
4.15 petang Bertolak balik ke Wisma Belia
4.15 ptg-7.00 malam rehat dan sembahyang Asar
7.00 malam- Bertolak ke DBP
7.15-8.00 malam-Makan Malam di Ruang Legar DBP
8.00 -10.00 malam-Forum "Arah, Matlamat dan Masa Depan Penerbitan Remaja," di Sudut Penulis DBP
10.00 malam.Bertolak balik ke Wisma Belia
Ahad, 15.9.1985
8.00-9.00 pagi - Sarapan
9.00 pagi-Bertolak ke DBP
9.30pag-12.00 tgh-Majlis Apresiasi Buku-buku Remaja di Sudut Penulis DBP
12.30 tgh-1.00 ptg- Makan tengah hari di DBP
1.15 petang-Bertolak balik ke Wisma Belia
1.45-2.30 petang-Sembahyang Zuhur
2.30 petang-Bertolak ke Muzium
3.00-5.00 ptg-Lawatan di Muzium Negara
5.00 petang-Bertolak balik ke Wisma Belia
6.00 ptg-7.45 malam-Rehat, sembahyang Asar dan Maghrib
7.45 malam Bergerak ke Bangunan MCOBA
8.00-10.00 malam-Majlis Perpisahan di MCOBA
Isnin, 16.9.1985peserta pulang.

Saya rasa bertuah kerana menjadi salah seorang perintis pada Minggu Remaja kali ini apatah lagi dapat bertemu penulis hebat dan penyusun buku Biarkan Aku Sendiri iaitu Ali Majod.Manakala Ahmad Razali menyelenggara Bunga Pelangi.
Saya merasa teramat bertuah apabila buat kali kedua diadakan Minggu Remaja, saya terpilih sekali lagi menyertainya.Minggu Remaja Kedua telah diadakan pada 7 hingga 11 April 1986.Sekumpulan penulis remaja telah terpilih menjadi anak angkat DBP,Pada waktu itu Ketua Cawangan Remaja merangkap Pengerusi Minggu Remaja, 1986, En.Johan Jaafar,berpendapat bahawa Minggu Remaja akan memberikan satu kenangan kepada penulis remaja kerana mereka sama-sama menjadi sebahagian daripada peristiwa sastera yang penting itu.Antologi Impian Murni telah diterbitkan pada 7 April 1986 oleh Datin Masnah Rais.Dua kali berpeluang menyertai Minggu Remaja DBP membuatkan saya teruja dan berterima kasih pada DBP yang bersedia menerima saya untuk terus menjadi penulis.Memang rezeki dan tuah datang bergolek.Kenangan pada Minggu Remaja 1986 tidak dapat dilupakan.Apatah lagi dapat berkenalan dan bertukar pandangan.

4 comments:

Lily Haslina Nasir said...

salam...
kak zurina...
tak sangka jumpa di sini..
ingat lagi kita? lily haslina nasir...

amir said...

Aduhh...segalanya tersimpan dalam lipatan kenangan

Guru Ugama Terlatih said...

Salam, postingan Tuan Sabri Yunus membawa saya ke sini. Mencari penulis lirik lagu Aku Hanya Serangga (BPR) iaitu Norhayati (Noryati Salleh) yang merupakan salah seorang peserta di dalam program yang diceritakan di atas. Beliau diberitakan telah kembali ke Rahmatullah pada tahun yang sama. Lagu AHS memang menjadi siulan kaum remaja tetapi maksud tersirat lebih kepada kecintaan sufistik terhadap rabbul 'alamin. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas arwah Noryati Salleh.

amir said...

Innalillah ..moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhaNya. Hati terasa rindu dan sayu saat sesekali kenangan Minggu Remaja singgah di kotak ingatan. Masih harumkah 'Bunga Pelangi' atau 'Biarkan Aku Sendiri' telah terbiar hilang entah ke mana... Moga ada rakan2 peserta Minggu Remaja DBP 1985 yang membaca blog yang dilhamkan oleh sdri Zurina Shafie ini dapat menulis sepatah dua kata di sini dengan harapan jalinan yang terputus dapat disambung semula walau seketika ketika usia semakin senja.

Post a Comment