Saturday, March 27, 2010

johnny depp


Lakonannya begitu menyerlah....

Buah kepayang buah selasih,
Buah keranji dalam cempa;
Kasih sayang dicari boleh,
Setuju di hati jarang berjumpa.

Kembang daunnya pokok sepulih,
Cantiknya macam bunga Cina;
Kasih sayang disebut boleh,
Cinta di hati sampai ke mana.

Selasih nama kayu tubi,
Sama tinggi dengan kemunting;
Kasihkan tuan dalam sembunyi,
Sepantun duri dalam daging.






































Tika dia




Bagaikan merenung jauh.....tentang perjalanan kehidupan ini...tika dia mengenali diriku....daku mengenali dirinya.Tatkala dia telah mula dapat melihat sekeliling......dan meminta apa yang sepatutnya...tika dia ketawa...tika dia menangis ...dan tika dia bertanya dan bertanya....sehingga diri ini berkata.....betapa besarnya Maha Pencipta....
Tika dia diam......dia tetap merenung jauh.....melihat air jernih yang mengalir
dan tika dia ingin bersuara lagi......... dia melemparkan senyuman dan membuatkan daku berteka-teki......

Thursday, March 25, 2010

masih berpuisi


Bergambar dengan Midah pada 10 Ogos 2008 di Jogja...........




Gambar ini diambil di bilik penginapan di Jogja pada 11 Ogos 2008.



Ada dua puisi yang masih dalam simpanan saya yang pernah disiarkan di Mingguan Malaysia pada 11 Disember 1988 berjudul Kehampaan dan Bicara telah tersiar di majalah Prisma pada Mei 1989.
Kehampaan
Dalam ketidakpastian
harapan telah terasing
dan kejauhan menafsir
menjadi kering dan bening
tiada keindahan
tiada keseronokan
melainkan bebayang kehampaan
satu persatu gugur
di perhentian runsing.
Bicara
Di persimpangan ini siapakah terbelenggu
dengan pelbagai rasa serba salah
yang mengikat diri tanpa disedari
biar perjalanan
dalam bebayang seringkali hilang
pada yang benar-benar mengharap
dalam ingatan yang malap
sesekali menafsir erti silap.

Wednesday, March 24, 2010

catatan perjalanan ii







perjalanan jauh memang menyeronokkan....biarpun terasa letih..tetapi kerana dapat menengok tempat orang..yang letih pun terpaksa digagahi..bukan senang dapat peluang begini terutama apabila semua perjalanan ditanggung beres....Jadi banyaklah aksi-aksi gambar diambil di Jogja terutama di Candi Borobodur pada tanggal 9 Ogos 2008...

koleksi paku-pakis









Terdapat beratus spesies paku-pakis di hutan hujan Malaysia.Paku-pakis ataupun nama lainnya pleridofit banyak dijumpai tumbuh meliar di Malaysia disebabkan iklim lembap dan panas yang sesuai untuk membiak.Terdapat paku-pakis yang tumbuh menumpang dahan pokok, tanpa merosakkan pokok yang ditumpang(Dikenali sebagai epifit) manakala ada yang tumbuh dari lantai hutan ataupun menjalar atas batu.Di dalam hutan, pokok pakis adalah besar menyerupai payung gergasi di atas kayu setinggi 10 meter dengan daun sepanjang 4 meter.Paku pakis mudah dibezakan daripada tumbuhan lain kerana ia adalah tumbuhan tidak berbunga dan tidak mempunyai buah ataupun benih tetapi membiak melalui spora...........
.....................mengingatkan hutan dan paku-pakis....ingin rasanya menjadi pengkaji di hutan belantara sana....pun orang telah menerokanya.....masih adakah Si Badang yang gagah perkasa itu?????????????????????????????????????????????????

untuk renungan

Engkau masih kaya

Diceritakan bahawa ada seorang miskin yang hidup melarat telah mengadu kepada orang soleh tentang keperitan hidup yang dialaminya.
"Saya betul-betul hidup dalam kemiskinan, tidak punya apa-apa langsung," kata lelaki itu kepada orang soleh.
"Apakah kamu suka kalau diberi wang sepuluh ribu dirham tapi matamu dibutakan?" tanya orang soleh.
"Tidak mahu Syeikh," jawab lelaki itu.
"Apakah kamu mahu mempunyai wang sepuluh ribu dirham tetapi engkau menjadi bisu?"
"Tidak mahu."
"Apakah engkau suka kalau mempunyai wang sebanyak dua puluh ribu dirham tetapi kedua-dua tangan dan kakimu dipotong?" tanya Syeikh.
"Tidak mahu."
"Kalau sekiranya engkau menjadi gila dan diberi wang sepuluh ribu dirham, apakah engkau mahu?"
"Tentu tidak.Tidak seorang pun yang ingin jadi gila," jawab lelaki itu.
"Nah! kalau dikira semua, kamu masih punya wang lima puluh ribu dirham tetapi engkau berkeluh kesah di hadapan Tuhanmu.Apakah engkau tidak malu?" tanya lelaki soleh itu.

Sunday, March 21, 2010

satu perjalanan


Penanda buku rama-rama...
Disebabkan saya paling suka makan cili padi...inilah pokok yang saya beli ...kenang-kenangan dari Cameron Highlands....Kalau makanan tidak pedas.....tidak sedaplah jadinya....Sedapnya jadikan ulam......

Bantal strawberi





gambar diambil pada 29 September 2000




Ini adalah perjalanan kedua saya ke Cameron Highlands.Itupun kerana dipelawa shee.....maka tercatatlah catatan perjalanan saya pada 13 Mac 2010 hingga 15 Mac 2010.Kali ini saya tidak banyak mengambil gambar...tidak seperti shee yang mengambil gambar yang cantik dengan begitu banyak.Suatu ketika dulu saya memang rajin ambil gambar sehingga stok gambar saya teramat banyak....tidak tersimpan di dalam album lagi..Pertama kali saya pernah datang ke Cameron Highlands bersama Zil dan Iza.Saya masih ingat pada tanggal 28 September hingga 30 September 2000, kami merancang ke Cameron Highlands..Walaupun pada waktu itu saya sudah pandai memandu tetapi Zil dan Iza mengesyorkan agar kami naik bas sahaja.Pada pagi 28 September 2000 itu kami naik bas di Puduraya, Kuala Lumpur....sampai di Tapah kami naik bas ke Tanah Rata...Bayangkan pada hari itu sebaik sahaja sampai, baru kami mencari penginapan.Mujur ada juga bilik untuk menginap...harganya pun murah...lebih kurang RM30 semalam.Pada masa itu Zil dan Iza masih bujang...dan kami menghabiskan banyak masa melawat pelbagai tempat seperti Ladang Teh,Taman Rama-Rama , Ladang Strawberi......Banyak juga koleksi gambar yang diambil (masih dalam simpanan)... Wow! sudah sepuluh tahun masa berlalu...Sungguhpun saya anak kelahiran Perak, hendak menjejak kaki teramat kerap ke Cameron Highlands pun berfikir sepuluh kali.....Perjalanan kali kedua ini tetap menyeronokkan apatah lagi dengan kehadiran saudara shee dan anak-anaknya...terutama kimi yang di dalam perjalanan asyik bertanya bila hendak sampai untuk mandi kolam.......sayangnya tempat penginapan kami tidak ada kolam....mungkin lain kali boleh singgah di Lata Iskandar untuk menikmati air terjun yang nyaman.....

tengah petik strawberi pada 14 Mac 2010


























Monday, March 8, 2010

Kebebasan


Kebebasan


Bagai camar yang terbang

bagai warna lembayung

yang tetap kelihatan

dalam pandangan dan harapan

semuanya kian membuka ruang

di bumi Tuhan yang terbentang

dan tiada siapa ingin terpenjara

dalam kamar sendiri

dalam dunia kepura-puraan

semuanya bagai sebuah halilintar

ingin mermpertahankan martabat diri

mencari kebebasan hakiki.


-cetera 94 kelab sastera dbp

Saturday, March 6, 2010

Bunga-Bungaan Taman































































































Koleksi khas setem Definitif Negeri adalah satu koleksi setem istimewa yang terhad, di mana kesemua 6 denominasi setem definitif bagi setiap negeri bertemakan Bunga-bungaan Taman yang telah dikeluarkan pada 31 Disember 2007 didapati berasingan di dalam 14 lembaran mini setem.Koleksi ini terdiri daripada 14 lembaran mini setem di dalam satu sampul khas bersama satu keping sampul surat hari pertama.
Setem 5 sen memaparkan bunga teratai yang merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang boleh tumbuh sehingga 6 meter tinggi bergantung kepada kedalaman sesuatu paya atau anak sungai tempat ianya tumbuh.Akarnya ditanam dengan padatnya di dalam tanah di bawah permukaan air manakala tangkalnya berwarna merah jambu kembang pada waktu pagi dan kuncup pada waktu tengah hari.Buahnya berbentuk kon dengan bijinya tersusun di dalam kelompang.Kesemua bunga, butir, daun muda dan rizom boleh dimakan, manakala daun besarnya yang matang boleh digunakan untuk membungkus makanan kukus.
Setem 10 sen memaparkan bunga tiga bulan yang merupakan sejenis tumbuhan herba jenis renik yang berdaun luruh dan membesar sehingga 3 meter tinggi.Daunnya berbentuk tirus ovoid ringkas hingga 20 sm panjang dengan birai bergigi kasar, manakala bunganya berwarna merah jambu, putih atau biru bergantung pada ph tanah.Pokok tiga bulan ditanam sebagai tanama hiasan.Bunganya tahan lama dan boleh dikeringkan.Setem 20 sen memaparkan bunga lili merah yang merupakan sejenis tumbuhan herba bebawang yang bertangkai montok tegak dengan tiga atau lebih kuntuk bunga berbentuk trumpe yang berukuran sehingga 3 inci diameter, berurat-urat dan berwarna merah.Daunnya berbentuk tali lebar tipikal berwarna hijau tua dengan jalur putih di tengah.
Setem 30 sen memaparkan bunga kertas yang merupakan sejnis tumbuhan memanjat dengan dahan yang berduri dan daun yang berbentuk ovat berselang-seli.Bunga-bunga kecil dikelilingi braktea seperti kertas besar.Bunganya biasanya berwarna putih, ungu, merah lembahyang dan oren.Pokok bunga ini boleh dibiarkan tumbuh bersendirian ataupun dibiarkan menjalar dan meliputi pagar ataupun pokok.

Setem 40 sen memaparkan bunga seri pagi yang merupakan sejenis tumbuhan memanjat dengan dahan yang lembut dan daun yang berbentuk jantung.Bunganya yang berbentuk tiub dan berwarna ungu kembang setiap pagi dalam gugusan 3-12 kuntum dan mula layu pada waktu tengah hari.Pokok bunga ini menarik dijadikan hiasan pagar.

Setem 50 sen memaparkan bunga raya yang merupakan sejenis tumbuhan renek dengan daun yang licau, bertekstur sederhana dan berwarna hijau tua.Bunganya mempunyai susunan kelopak selapis ataupun berlapis, berwarna terang seperti merah, merah jambu, kuning , oren dan berbunga sepanjang tahun.