Saturday, January 30, 2010

Tertarik & Menarik


Baru hari ini saya membeli naskhah novel Menunggu Cinta Tuhan.Tajuk yang unik.....Saya sebenarnya tertarik dengan judul dan sudah semestinya kerana penulisnya.....Memang judul memainkan peranan yang penting untuk diikuti.....Bila mengikuti blog Lily Haslina Nasir, ramai yang memuji novel ini.Ternyata novel ini amat menarik.....tentu Lily berpuas hati hasil usahanya berbaloi...Terngiang di telinga saya bila di telefon Lily menggesa saya menulis sepertinya..... Pada waktu itu bersemangat jadinya.....namun esoknya semangat jadi luntur.Masakan tidak bebanan kerja harian membelenggu diri.Mood pula separuh mati....Akhirnya saya akan katakan pada diri, "tengoklah nanti macam mana."
Selain Lily, saya tertarik juga dengan karya penulis wanita bernama Hanisah Othman dan Nisah Haron.Mereka juga tidak kurang hebatnya seperti Lily...Baguslah begitu......

Saturday, January 23, 2010

koleksi buku xvii


Nadhirah
Terbitan Oscar Book International, 2005
Karya Persendirian




Bahtera
Diselenggara Ismas Saring, Abu Hassan Ashari, Mohd Khairi Ahmad
Terbitan KEMUDI, 2005
Karya:Kemudi, Sepi, Hanya Tafsiran & Kepiluan



Antologi Puisi Selangor Di Bumi Bertuah Ini
Diselenggara Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Selangor, 2001
Karya: Selangorku, Dia Seorang Menteri, Sejarah, Bangsa Melayu, Mencanang Rentak

koleksi buku xvi

Misteri Kehilangan Busu
Terbitan Oscar Book International, 2000
Karya Persendirian

koleksi buku xv


Antologi Puisi Sumpah Setia Bahasa
GAPENA,1999
Karya:Bahasa Ibunda & Pencarian


Kehadiran Yang Dilupakan
Diselenggara Talib Samat
Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998
Karya: Berbunga Sebuah Harapan




Permata Bintang
Diselenggara R.Hamzah Dua
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1997
Karya:Maafkan Aku, Cikgu

koleksi buku xiv


Tawanan Bima Sakti
Terbitan Pinang Sdn.Bhd., 1997
Karya Persendirian

koleksi buku xiii


Rakam
Terbitan Badan Cemerlang Sdn.Bhd.,1997


Kebun Sayur Di Pinggir Bukit
Diselenggara Mazinah H.Y
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1997
Karya:Sumpahan Ulat Tanah




Johari Dan Kim
Diselenggara GNA
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1997
Karya:Sintayu

koleksi buku xii


Di Luar Sangkar Emas
Diselenggara Mazinah Mazinah H.Y
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.,1997
Karya: Bunga Teratai


Amalina Dan Swee Ping
Diselenggara GNA
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.,1997
Karya:Amalina Dan Swee Ping

koleksi buku xi


Si Hitam
Diselenggara GNA
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1996
Karya: Tuah Tukang Gilap Kasut




Misteri Sungai Baular
Diselenggara GNA
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1996
Karya:Kasih Dan Amanah








Syakirah
Diselenggara GNA
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1996
Karya:Taman Impian










Mencari Kawan Sejati
Diselenggara GNA
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.,1996
Karya: Bakti Teman Sedarjah

koleksi buku x


Cetera 94
Kelab Sastera DBP, 1994
Diselenggara A.Ghani Abdullah, Azmi Yusof & Naapie Mat
Karya Kebebasan




Mendung Pun Berarak
Diselenggara GNA
Terbitan Eastview Publications Sdn.Bhd., 1994
Karya:HSG

koleksi buku ix


Nostalgia
Diselenggara Dato' Profesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad &
Profesor Madya Dr.Zakaria Ali
Terbitan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.,1994
Karya:USM, Erti Kehilangan, Hanya Bebayang, Hanya Sebuah Terima Kasih, Dari Suara Keikhlasan




Puteri Lambaian
Diselenggara GNA
Terbitan Pustaka Delta Pelajaran Sdn.Bhd.,1993
Karya Penjual Nasi Lemak & Puteri Lambaian










Di Sini Cemerlang Bintangku
Diselenggara GNA
Terbitan Oscar Book International, 1991
Karya:Sintayu

koleksi buku viii


Esok Tetap Bersinar
Karya Persendirian
Terbitan Flo Enterprise Sdn.Bhd.,1993




Bagai Roda Pedati
Diselenggara GNA
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.,1993
Karya:Mencari Orang Berbudi

koleksi buku vii


Kehilangan
Terbitan Badan Book Store Sdn.Bhd, 1993
Karya: Kuntum Membuka Kelopak




Permainya Bumi Bertuah
Diselenggara GNA
Terbitan Pustaka Delta Pelajaran Sdn.Bhd., 1993
Karya: Perwira Yang Perkasa & Puteri Dewi Malam

koleksi buku vi

Permata Lembah Gersang
Karya Persendirian
Terbitan Oscar Book International, 1991

koleksi buku v


Amirul
Diselenggara GNA
Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.,1991
Karya:Puteri Teja Jelita & Album


Dagang Bertuah
Diselenggara Othman Puteh
Terbitan DBP, 1991
Karya:Musang Jadian


Si Kecil Penggubah Lagu
Diselenggara GNA
Terbitan DBP,1991
Karya:Mata Orang Kenit





Menjunjung Titah Mustahil
Diselenggara Hazalina
Terbitan Book International
Karya:Bota Dan Sekeping Hati










Epilog Sebuah Pencarian
Diselenggara Ghazali Sulaiman
Terbitan DBP, 1981
Karya Satu Pencarian

koleksi buku iv


Seindah Anggerik
Diselenggara Talib Samat
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1991
Karya:Seindah Anggerik




Malam Di Panar Laban
Diselenggara Othman Puteh
Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1991
Karya:Ingatan Buat Cikgu Fatini

koleksi buku iii


Selaut Kasih Mama Baru
Diselenggara GNA
Terbitan Oscar Book International, 1990
Karya:Sahabat Yang Curang & Putera Berkuda


Malangnya Nasib Bangsaku
Diselenggara Muhd Mansur Abdullah
Terbitan Oscar Book International,1991




Jiran Sekampung
Diselenggara GNA
Terbitan Oscar Book International ,1990
Karya:Geliga Hikmat










Panas Tidak Sepanjang Hari
Diselenggara GNA
Terbitan Oscar Book International, 1990
Judul:Bunga Teratai



















Pertemuan
Antologi Persendirian

Terbitan Flo Enterprise Sdn.Bhd.,1990

koleksi buku ii


Ambil Yang Jernih
Diselenggara GNA
Terbitan Oscar Book International, 1990
Karya:Jagung Emas dan Dukun Yang Bijak









Jauh Jalan Berliku
Diselenggara GNA
Terbitan Creative Publishing Sdn.Bhd.,1990
karya:Hujan Emas


Terima Kasih Kawanku
Diselenggara GNA
Terbitan Oscar Book International
Karya:Satu Pencarian






koleksi buku



Yang Tiada Padaku
Diselenggara GNA
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1990
karya: Pokok Ajaib







Tempayan Hikmat


Karya Perseorangan


Terbitan Prisma Sdn.Bhd, 1989




Sekayu (Antologi Hari Puisi Nasional 1988)
Terbitan PELITA, 1989 Catatan pemenang pertama















Impian Murni Diselenggara Ali Majod
Terbitan DBP, 1986.Judul karya:Bukit Dahan











































Biarkan Aku Sendiri
Diselenggara Ali Majod
Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1985
Karya :Daun-Daun Yang Menghijau











































































































Karya:Daun-Daun Yang Menghijau






























Baru hari ini saya melihat semula hasil karya saya yang telah dibukukan.

Wednesday, January 20, 2010

20012010

  • Betapa uniknya tarikh hari ini iaitu 20 januari 2010 atau singkatannya 20012010!Sebenarnya beberapa hari ini saya kehilangan semangat untuk membuat sesuatu yang terbaik khasnya menjelang 2010.Masakan tidak! saya tidak nampak perubahan yang benar-benar memberi kesan mendalam....atau sekurang-kurangnya saya keluar dari kepompong yang ada!Dalam banyak hal saya belum benar-benar berjaya!Kadangkala sudah tidak konsisten dengan penulisan pada hal inilah bidang yang diminati sejak dahulu.Lantas saya biarkan hari berlalu begitu sahaja......Apapun saya memang tidak lekang dari membaca....dan saya tertarik dengan buku U-Turn ke jalan lurus hasil nukilan zul ramli m.razali....dengan tajuk lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.Dalam buku itu tercatat...Ibrahim Adham menasihati seorang pemuda agar melakukan perubahan dalam hidupnya.Beliau menjelaskan betapa perlunya berhijrah meneroka sesuatu yang baru untuk merangsang perubahan berterusan.
Pemuda itu akhirnya bersetuju.Keesokan harinya dia datang untuk mengucapkan salam perpisahan kepada Ibrahim Adham.Dia akan keluar berkelana mencari ilmu dan pengalaman untuk suatu tempoh yang panjang.Selepas tiga hari berlalu pintu rumah Ibrahim Adham diketuk.Amat mengejutkannya kerana pemuda tersebut telah berada di hadapannya.Ibrahim Adham bertanya kenapakah dia pulang lebih awal daripada apa yang dirancang sebelum ini....
"Dalam perjalanan permusafiran itu aku telah melalui padang pasir yang luas dan melihat suatu keajaiban di sebuah lembah." Pemuda tersebut memulakan ceritanya bersungguh-sungguh.
"Di sana Allah memperlihatkan kepadaku satu pengajaran yang sangat berguna.Dengannya aku membuat keputusan untuk pulang segera," ujar pemuda tersebut dengan penuh yakin.
"Apakah pengajaran hebat itu?" tanya Ibrahim Adham menagih jawapan.
"Di sebuah lembah dalam perjalanan itu aku menemui seorang lelaki malang." Pemuda itu menyambung kembali cerita dengan lancar.
"Dia dirompak....lebih dahsyat lagi kedua-dua tangan serta kakinya dipotong.Dia berada dalam keadaan yang sangat daif."Dia berhenti tetapi nampaknya semangatnya tidak berhenti.
"Apa yang mengejutkan aku ialah lelaki malang ini dibantu oleh seekor burung helang yang sentiasa berulang-alik terbang membawakan kepadanya makanan sehingga dia boleh meneruskan hidup," ujar lelaki tersebut dengan nada takjub, matanya bercahaya.
"Apa yang aku lihat itu memberikan pengajaran.Walau selemah mana seseorang itu..rezekinya tetap dijamin oleh Allah," ujar lelaki itu membuat kesimpulan yang memberangsangkan.
Ibrahim Adham faham kedudukan sebenar dan dengan pandangan simpati dia melihat kepada pemuda itu dan berkata,"Wahai pemuda...ini sebuah cerita yang hebat.."
"Tetapi kenapa dalam penyaksian itu kamu hanya melihat dan membuat kesimpulan tentang lelaki daif yang kudung tangan dan kakinya, sebaliknya tidak melihat kepada burung helang yang memberikan bantuan kepada pemuda daif tersebut?" desak Ibrahim Adham memancing pemikiran pemuda naif tersebut.
"Allah sebenarnya mahu memberikan pengajaran supaya kita boleh berfikir bukan sekadar tentang jaminan rezeki tetapi bagaimana menjadi seorang manusia yang boleh membantu orang lain,"ujar Ibrahim Adham memperbetulkan perkara paling asas.Bukan cerita tetapi cara membuat kesimpulan.
"Kenapa memilih untuk menjadi orang daif yang hanya hidup bergantung kepada belas ihsan orang lain?Tidakkah datang semangat untuk menjadi seperti helang yang hebat dan berupaya membantu orang lain?"
Kepala pemuda itu terangguk-angguk faham.Dia tersentak.Ada lagi yang tidak disedari dalam pengembaraan hebatnya.Ada sesuatu yang silap, bukan apa yang dilihat tetapi kesimpulannya.
Benar , nasihat Ibrahim Adham itu masih lagi terpakai sehingga kini.Apa yang dilihat oleh seseorang itu belum tentu dapat memberikan manfaat.Begitulah juga dengan apa yang difikirkannya.Ramai orang diberikan peluang menjelajah di seluruh pelosok dunia dan melalui pelbagai pengalaman ajaib.Malangnya mereka ini tersalah dalam membuat tafsiran serta tersilap merangkum kesimpulan.Di hujung cerita , tiada pengajaran bererti.
Alangkah runginya, peluang melihat dunia yang sarat dengan pengajaran ini gagal dimanfaatkan hanya kerana tersalah membuat kesimpulan.
Oleh itu sentiasalah bersifat saksama dan sentiasa lihat balik apa yang kita lihat dan fikir-fikirkan apa yang kita fikir.
...........................................dalam banyak hal saya mendapat pengajaran dari cerita ini....bagaimana anda.......????Moga-moga hati kita kembali mendekati kebenaran....

Saturday, January 16, 2010

episod ii

cuaca panas terik....buat kunjungan mengejut