Saturday, December 31, 2011

pengakhir disember 2011





Buku ini amat menarik... hasil buah tangan Prof.Dr. Muhaya Muhamad amat bermakna....saya tertarik membaca di helaian 44 di mana memperkatakan Azam Tahun Baru...

Setiap kali apabila menjelangnya tahun baru manusia biasanya akan menanam azam . Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Namun jika diteliti, alangkah baiknya jika perubahan yang ingin kita lakukan itu dilaksana secara segera yang boleh. Kenapa perlu menunggu untuk sampai ke satu masa yang ditetapkan barulah kita ingin berubah?Bukankah lebih baik jika perubahan itu dimulakan sekarang?Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2011 ke tahun 2012. Ini adalah angka berubah. Tetapi harus diingat bahawa angka tersebut tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Sebenarnya apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Untuk memastikan segala azam kita tercapai, lakukanlah perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh minda kita sendiri....................................................


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

catatan sendiri: ayuh kawan-kawan....


Wednesday, December 21, 2011

detik itu.....


****ini adalah koleksi semasa berada di tembok besar china 5 tahun yang lalu...sengaja dipaparkan koleksi ini...jika koleksi begini boleh dijual dan mendapat imbuhan yang setimpal...alangkah bagusnya...dan saya sendiri suka berpuisi untuk menyedarkan diri sendiri....

detik itu
adalah kenangan
yang akan diabadikan
dan pastinya tiada berulang
detik itu
adalah kenangan
yang sukar dilupakan
persis angin yang menyapu di dahi
dan meninggalkan jejak di tangga batu...
detik itu
hati diburu resah
dan menyimpul erti payah

Thursday, November 17, 2011

kedamaian




kedamaian....

kucari kedamaian itu di pantai ini

suara ombak tetap menderu

menyapa di telingaku

menyentuh sanubariku

daku datang di pantai ini

mencari kedamaianmu

yang telah tersisih dalam diri

mencari hakiki dan kebesaran Ilahi

kutemui erti diri

bahawa perjalanan ini

bagai ombak memukul pantai

bagai siang berganti malam

kedamaian itu rupanya menghilang

dalam kenangan yang berlalu

kedamaian itu pastinya bukan milikku

sebab aku terus mencari

dan dipersoal untuk menilai

harga sebuah diri..........






Saturday, October 22, 2011

peti pos




Peti pos adalah peti yang digunakan orang awam untuk meletakkan surat yang hendak dihantar keluar yang akan dikutip bagi pengeposan oleh perkhidmatan pos sesebuah negara. Di Malaysia, surat dikutip, diproses dan dihantar oleh perkhidmatan pos nasional, Pos Malaysia Berhad.

Terdapat pelbagai jenis peti pos di Malaysia seperti:

*Peti pos yang diletakkan dengan tiang lampu atau di atas tiang

*Peti pos yang berdiri bebas di atas tanah

*Peti pos yang ditanam di dalam dinding batu ataupun tiang batu

Sebagaimana perkhidmatan pos lain, Pos Malaysia mempunyai peti pos yang berlainan untuk jenis surat yang berlainan, seperti surat biasa, Mel Udara, Pos Ekspres dan juga untuk surat dalam dan luar negara mengikut alamat (diasingkan mengikut poskod).

Walaupun peti pos di seluruh dunia dicat dengan beberapa warna berlainan seperti warna merah, hijau , kuning dan hitam, semua peti surat di Malaysia dicat dengan warna merah, melainkan peti surat Pos Ekspres yang dicat dengan warna kuning.

Peti pos yang dipaparkan di dalam setem menunjukkan perkembangan reka bentuk peti pos dari zaman pemerintahan British sehinggalah era kemerdekaan, kemudian menuju ke Malaysia terkini dan juga kepelbagaian reka bentuk peti pos yang menarik. Peti pos pada awalnya dikeluarkan di Great Britain dengan memaparkan huruf pertama pemerintahan pada masa itu bersama mahkota ataupun jata pemerintah tersebut.

Peti pos ini terdapat di seluruh negara Malaysia tetapi kebanyakannya telah diganti oleh peti pos yang lebih terkini yang memaparkan Jata Negara Malaysia dan logo perkhidmatan pos yang relevan pada masa tersebut.
********************************************************************************
*******************komen: sebagai peminat setem, saya meminati mengumpul koleksi ini...moga minat ini akan berterusan...

Sunday, October 9, 2011

mulut




tidak dinafikan mulut merupakan anggota yang penting di dalam kehidupan kita...mulut adalah segalanya...di mulut letaknya bibir untuk mengulum senyuman....bacalah kisah mulut di majalah muslimah keluaran oktober...anda pasti seorang yang sentiasa sayangkan mulut...

percayalah.."orang yang tidak sayang mulut atau suka bawa mulut akan menerima akibatnya"..

......apa yang pasti hidup jangan bawa mulut tidak tentu fasal...jangan cari fasal ....sebab mulut yang tidak berlesen sekadar mencalar luka di hati pendengarnya....

;;;;;bersediakah anda untuk sedar sebelum mulut anda digam buat selama-lamanya....

Sunday, September 25, 2011

indahnya dunia penulisan




...memetik kata-kata yang ditulis di Tunas Cipta...jangan amalkan suka meminjam bahan bacaan dan lokek untuk mengeluarkan belanja membeli bacaan sastera yang bermutu. Kempen membaca bahan sastera perlu diadakan secara berterusan dan media berpengaruh seperti televisyen perlu berbuat sesuatu agar setanding dengan rancangan realiti berbentuk hiburan.


...Saya sering bertanya adakah saya mampu untuk menulis seumpama buku cerita yang saya baca itu?

....bacalah majalah bermutu keluaran DBP....

Monday, September 12, 2011

september oh september



jemaah mendengar khutbah hari raya


........september ini sudah tentulah bercerita tentang raya....tahun ini pun saya beraya dengan penuh gembira di kampung halaman di ipoh...makanan memang bermacam-macam...tidaklah sampai bazir bak orang kata "sold out" ...chef pakar masak saya siapa lagi kalau bukan mak. semuanya cukup rasa macam iklan di tv tu.....tetamu yang datang memuji bagai meletup-letup telinga saya mendengarnya...bukan apa....tunggu saya buat sesedap masakan emak sampai kucing bertanduk belum tentu menjadi...macam saya belajar dulu, cikgu kata teori dan praktikal itu perkara yang berbeza...bila saya buat yang teori sahaja maka praktikal terasa teramat payah...macam belajar fizik dan kimia...fikiran entah ke mana...patutlah tidak jadi ahli sains pun...sekadar jadi tukang sain sahaja....

bulan syawal yang jatuh bulan september penuh dengan rumah terbuka....makanan yang dihidang pun begitu lazat....bak kata orang "rezeki jangan ditolak", bala jangan dicari.......

Monday, August 29, 2011

minggu terakhir ogos....




ayam menjadi barangan tumpuan di pasar tani....




tidak banyak catatan menarik dapat dicatatkan...semuanya berjalan seperti biasa...dalam pada itu hanya tiga keping kad ucapan sahaja dicatat dan diposkan....manakala selebihnya sekadar mengirim sms dan ucapan di fb....,menjelang raya nanti buat pertama kalinya bercuti panjang tanpa perlu memikirkan hal kerja...(pada saya kerja itu menyeronokkan) apatah lagi apabila mendapat ganjaran...segalanya boleh dibeli dan keperluan kehidupan dapat dipenuhi...pun tetap memuaskan hati biarpun berpenat lelah .....dan tetap menanti apa yang dihajati kini.....


bila pergi ke pasar tani minggu terakhir ogos...daging dan ayam menjadi tumpuan...maklumlah hendak dimasak rendang dan pelbagai lagi..hinggakan gerai penjual ikan tidak kelihatan langsung pada hari itu???hari raya orang tidak makan ikankah????disebabkan mak lebih suka ikan daripada daging dan ayam....terpaksalah dicari ikan di pasar raya...mujur ada........pada saya sendiri kalau dapat ikan gelama masin atau ikan bilis bercili pun sudah memadai....raya memang tetap meriah... pada akhir ramadan ini saya masih mengunjungi pasar raya yang masih sesak.saya pun bukan hendak membeli apa sekadar keperluan biasa....biasalah kalau syawal yang sewajarnya dirayakan sehari dirayakan sampai sebulan....sana-sini rumah terbuka....biarpun tradisi lemang , ketupat, nasi himpit , kuah kacang dan lodeh serta rendang menjadi makanan kemestian pada hari raya, saya lebih suka kalau ada laksa atau bihun goreng ............................ biarpun saya bukan pakar di dalam bidang masakan...saya selalu berterima kasih kepada teman (pakar masak) yang selalu mempelawa saya merasa masakannya......sudah semestinya Ummmpphhh....


bukan makan sebarang makan


makanan dimasak dengan teliti


kita hidup tak pernah melupakan


segalanya tersimpan di dalam hati.................

Monday, August 22, 2011

minggu ketiga ogos.......


sedang membungkus bubur lambuk yang sudah dimasak

bubur lambuk sedang dikacau...masak selama empat jam

Bila menjelang 15 ogos....sibuk dengan membeli kuih raya ...tunjuk sana dan sini sahajalah...membuatnya jauh sekali.....janji ada duit untuk dibeli...namun tidaklah sampai membazir...
16 ogos...saban tahun majikan adakan jamuan berbuka puasa dengan anak-anak yatim...apalagi dapatlah merasa berbuka di hotel armada, petaling jaya...ada yang sudah ucap selamat ulang tahun lebih awal semasa di hotel itu..... maklumlah esok selangor cuti kerana nuzul quran terima kasih
17 ogos...awal pagi sudah terima mesej ucap selamat....terima kasih azah, ju, aisha, fusya, zira, iza, zil, che su, sham, ina, shamsudin, azie, rok, mida, ida, jelita hani, lily haslina nasir, dewi, raza, milah dan ramai lagi yang tidak disebutkan nama mereka....berbuka puasa malam itu ditaja oleh sheil..............apalagi terima kasih daun keladi.....
18 ogos....tetap menerima hadiah sebagai kenang-kenangan......kesibukan sentiasa melanda
19 ogos...biasalah dengan tugas harian sehingga ada yang masih belum terlaksana.....malam ini dipelawa pula berbuka puasa di hotel singgah sana, petaling jaya...menu di sini ternyata membuka selera kerana masakan kampung, termasuk ada kerang bakar, kumpulan rabbani tetap menyampaikan nasyid semasa berbuka......
hari sabtu 19 ogos...jarang berbuka di rumah...hari ini berbuka di rumah sahaja..\
20 ogos ..selepas habis kerja...pergi membantu mengagihkan bubur lambuk di masjid tun abdul aziz...

Saturday, August 13, 2011

minggu kedua ogos....



tetap sesak...

8 ogos ....memang cantik angka ini iaitu lapan hari bulan lapan...tiada yang menarik selain catatan perjalanan harian kehidupan..teringatkan hari ulang tahun rok..sekadar memberi ucapan.....teringat pada kawan-kawan lama yang tidak dihubungi..apatah lagi dalam ramadan ini begitu malas untuk mengirim kad ucapan selamat hari raya..membelinya pun malas...

biasalah bila dilanda keletihan pada bulan puasa..itu belum lagi bekerja di bawah terik mentari, mengangkat batu dan simen....ini bekerja di bawah lampu terang dan dikelilingi udara nyaman....................tetap letih...

begitu juga dengan 9 dan sepuluh ogos,,,aktiviti banyak dihabiskan dengan kerjaya mencari rezeki...ingat hendak kumpul wang boleh beli apa yang dihajati...........teringin sangat belum dapat...entah kenapa bila balik malam selepas terawih, jalan raya tetap sesak....manusia dan kenderaan tidak boleh dipisahkan............."ingatan" pada musibah kemalangan yang saya alami tetap tidak pernah luput....

yang menarik pada sebelas ogos, belum lagi hari ulang tahun sudah dapat hadiah kejutan ....bukan main hebat tanpa disangka ...rezeki datang bergolek dari dbp...apapun alhamdulillah syukur...terima kasih daun keladi buat yang sudi mempromosi....

12 ogos..hari jumaat...penuh dengan segala harapan, tanpa rasa bosan........bererti 12 ramadan yang dilalui dengan penuh kesyukuran..dengan segala pemberian dan dugaan....pukul enam bergegas ke ampang untuk berbuka puasa di samping meraikan perpisahan dengan has .

....................................................malam yang syahdu....................................

13 ogos................selain ke pasar tani membeli sayur dan ikan............hari ini tetap ke bengkel kereta kerana ianya perlu dirawat.....tetap menerima kad ucapan awal sempena ulang tahun dihantar posmen...............tidak kisahlah menerima ucapan awal pun. terima kasih kepada teman penulis yang sentiasa ingat....dan semestinya terlalu indahnya menanti 17 ogos yang jatuh pada 17 ramadan..............................................angka 7 memang cukup disukai..................amin

..................

Sunday, August 7, 2011

catatan dalam seminggu -ogos


sebahagian daripada para jemaah di Masjid Wilayah , Jalan Duta, Kuala Lumpur.Menunggu waktu untuk menunaikan solat terawih



di luar masjid Wilayah.....




Tie sedang membayar zakat fitrah...............
Alhamdulillah...Ogos muncul lagi..banyak perkara penting dan istimewa di dalam bulan Ogos ini. Sudah pastinya umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan...Kali ini 1 Ramadan 1432 H bersamaan 1 Ogos 2011.....Pada bulan yang mulia ini....tentunya kita tidak melepaskan peluang menunaikan solat terawih...saban tahun pilihan saya ke Masjid Bulat di Pj ..Di samping tidak melepaskan peluang ke Masjid Wilayah Jalan Duta....pada 7 Ramadan, antara jemaah yang saya temui adalah seorang kawan lama yang sudah bertahun tak ketemu...zainon nampaknya tidak berubah dan kami masih saling mengenali....di dalam ramai jemaah itu juga saya lihat selebriti wardina turut datang membawa anak-anaknya....memang orangnya cantik bila dilihat dari dekat....


menu berbuka puasa beberapa hari ini mesti ada kerang bakar dan sambal belacan...di samping ikan bilis bercili....tamar sebiji dua.............lidah ini kalau tidak dicilikan macam tidak sempurna sahaja.................."bukan mencari penyakit""""""""""""""""""""""""""""""""""""biarpun orang selalu berkata """""""""""""""tepuk dada tanyalah selera"""""""""""""""dan jangan "cari penyakit""""""""""""""






Saturday, July 30, 2011

catatan julai (ii)





13-15 julai....banyak habiskan aktiviti harian di samping memenuhi tuntutan kerja yang ada...tentunya kalau buat panggilan pada 15 julai....bersembang dengan aza sampai larut malam...

16-17 julai....balik kg datuk ahmad said di ipoh....habiskan masa cuti hujung minggu... julai ini musim buah durian menjadi-jadi....terlampau banyak makan durian...pening juga dibuatnya...bukan penyakit yang dicari....


18 julai....pagi ini bila kerja...kereta rasa tidak stabil...jadi pergilah servis macam biasa....semuanya kena buat sendiri....penat juga..


19 julai...catatan hambar...pejabat pun lengang..


20 julai....tetap mencatat catatan.....


21 julai...editor tunas cipta (sdr. ruslan abdull raffar) dari dewan bahasa dan pustaka hubungi menerusi telefon minta biodata ....terima kasih juga kepada penulis hebat salina ibrahim kerana mengesyorkan nama saya pada editor pada mei lalu....


22 julai...pagi lagi dah rasa lain bila memandu kereta....6.30 petang baru tergesa-gesa ke bengkel ...ternyata ada paku besar melekat di tayar....


23 julai ...sampai di pejabat mendapat berita sedih...seorang pekerja di pejabat meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya...baru tiga hari lepas terserempak dengan beliau di dalam lif dan berbual-bual ...Al-Fatihah....



24 julai....catatan hambar...sebuah ingatan kenangan



25 julai...hari yang hambar..



26-27 julai....memenuhi kehidupan ....tentunya bersama tersayang....




28 julai...di pejabat ada kenduri tahlil ....sebak juga mendengar ustaz hasnil berbicara dan seterusnya membaca surah yassin...malam pula di masjid tun abdul aziz ada kenduri juga...........ramai juga orang di masjid biarpun malam itu ada perlawanan bola sepak antara malaysia vs singapura....di bukit jalil dan siaran langsung di tv...



malam ini juga baru dapatkan novel tuhan masih mencintaiku di pasar raya yang buka sampai larut malam.....bukan apa setelah sekian lama menanti daripada lily...(bukan minta percuma pun)




29 julai.....pagi yang meriah dengan makanan..terima kasih sheila....moga terus dimurahkan rezeki................jumaat terakhir bagi syaaban 1432 hijrah...indah di mata dan indah di hati




30 julai...hujan lebat ...pergi pasar tani.....



....masa rehat menatap majalah muslimah julai....terima kasih kerana diberi peluang menjadi "opah moden" dalam ngomel sikit...



31 julai......pastinya tidak sabar menyambut kehadiran ramadan al-mubarak....hanya doa agar segalanya berjalan lancar...amin





Wednesday, July 27, 2011

catatan julai

teater mak dara nyonya















azah dan sam di bangkok house






menu ikan bakar







kek pulut untuk mak


Biarpun membisu dengan catatan di blog..sebenarnya terlalu banyak catatan yang ingin diperkatakan...mungkin untuk ingatan diri sendiri juga...pun apa yang dipaparkan dianggap menarik di dalam diri...2 julai :satu majlis menyambut hari ulang tahun diadakan di rumah kakak di cheras ...majlis diadakan untuk menyambut hari ulang tahun anak saudara...pun turut diadakan majlis "sulung" iaitu buat pertama kali meraikan ulang tahun mak...ada hiasan pulut istimewa dibuat anak saudara..



3 julai....sedapnya menikmati ikan bakar dengan tie di segambut.....hmmmm tidak boleh lupa kuah asam yang sedap


....biarpun perkhidmatan pos tidak dibuka pada 3 julai....pun kirimkan juga kad ucapan kepada Pak Matlob sempena hari ulang tahunnya pada 5 julai....pada 6 julai PM menghubungi mengatakan kad ucapan telah diterima....seperti biasa hanya sekadar kad tanpa hadiah yang dapat diberikan...


9 julai....hari yang paling sesak bila memandu ke ibu kota....biarpun keluar pagi sekatan jalan raya telah dilakukan gara-gara ada perhimpunan bersih...risiko lambat sampai ke pejabat.


8.00 malam , 9 julai ...menjamu selera di bangkok house dengan aza dan sam yang datang dari perak....memang sedap menu yang dipesan hari itu...


kami berpuas hati ......


10 julai 8.30 malambersama zira ke matic...agak lama tidak menonton teater....menarik juga mengikuti kisah mak dara nyonya ...ada pengajaran di sebalik kelucuan...


12 julai...9.30 malam di seksyen 13 shah alam..terima kasih Pak Matlob (datang dari Semerah, Johor) yang sudi belanja saya makan nasi ayam dan bagi buah tangan pula.....bukan senang hendak dapat bertemu penulis hebat seperti PM ini.......alhamdulillah ....

Monday, May 23, 2011

ruang dan peluang



Ruang dan peluang adalah dua perkara yang berlainan...kerap pula saya ditimpa pelbagai kesibukan tika peluang itu datang...jadi kerap pula ruang dan peluang itu terlepas begitu sahaja...perjalanan yang jauh itu terasa semakin singkat...jika ada ruang yang dapat diisi, saya merasa bersemangat untuk meneruskan perjalanan ini...sebenarnya ada ruang dan peluang....dalam seribu insan.....tetap ada teman yang cuba menunjukkan arah perjalanan itu...semuanya bergantung pada diri.....dalam diri terus mencari ruang dan peluang...............sudah terlalu banyak persoalan yang bermain di bibir....masih adakah peluang kedua atau sekadar peluang terakhir??????????????????

Sunday, May 15, 2011

tsunami

keadaan tsunami.....





Sudah lama saya tidak membuat catatan di blog....Sdr.Rahman ada juga bertanya kenapa? Rasa-rasanya perasaan saya pun dilanda tsunami sehingga tiada catatan hendak dibuat....malahan terus dilanda "pelbagai rasa" bercampur aduk. Sememangnya boleh dikatakan sebagai rojak campur yang terkurang resipi.....ada yang tidak kena...beginilah kehidupan kita yang dilanda pelbagai hal...apa yang penting segalanya kita serahkan kepada takdir Yang Maha Berkuasa.

Tsunami perasaan akan melanda sesiapa juga.....................cuma persoalan yang sering bermain di fikiran.....tsunami begini akan merubahkan keadaan asal menjadi keadaan baru yang amat menyedihkan...jadi adalah tidak menghairankan jikalau kita dihormati suatu ketika dulu, tidak mustahil perubahan itu akan berlaku untuk menjadi sebaliknya pula....Kita mungkin tidak mengharapkan terlalu dihargai melainkan meminta pengertian yang cukup mendalam....Kita belum terlambat biarpun tsunami telah melanda diri kita....tapi tidak bolehkah memberi sekelumit pengertian sebagaimana dahulu kita boleh melakukannya??????????????? tsunami....usah engkau hampiri.......................

Saturday, March 26, 2011

kembara


Membaca karya Dato' Shahnon Ahmad tentang Kembara Seorang Hamba begitu menyentuh hati. Petikan muka surat 40...SAYANG! Manusia kebanyakannya tidak yakin dengan kebenaran yang dibawa oleh al-Quran. Malah ramai yang menafikan kesahihannya itu. Bagi yang menyanjungi, mereka menyimpannya di dalam kamar dengan penuh perhiasan. Segala perintah yang terkandung di dalamnya dipinggirkan. Ia hanya dimuliakan dengan menghiasi, membelai, mencium dan kadang-kadang diarak keluar untuk hanya mendendangkan irama yang terluah daripadanya khazanahnya. Segala inti yang penting telah diabai, disisih dan dibiarkan terkambus dalam lipatannya saja. Semacam tidak ingin difahami dan dihayati. Tidak juga pernah diamalkan sebagai satu gaya hidup dijamin kesejahteraan dan kebahagiaan abadi. Kalaupun wujud kefahaman, penghayatan dan amalan itu, ia hanya bersipi-sipi, beremeh-remeh dan berolok-olokan sahaja bagaikan al-Quran itu adalah mainan semata-mata. Al-Quran memang bersedih dan berduka lara dengan tindakan yang sedemikian rupa............................

Sunday, March 6, 2011

seingat saya (iii)


seingat saya kembali memaparkan koleksi sampul surat hari pertama dan setem berkaitan pelancongan tanah tinggi.....Paparan setem 50 sen Bukit Bendera terletak 6 kilometer dari George Town, Pulau Pinang. Ia merupakan satu destinasi pelancongan yang popular di Pulau Pinang..Ketinggiannya lebih kurang 830 meter dari aras laut. Selain cuaca yang dingin, pelancong dapat menikmati keindahan flora dan fauna serta pemandangan George Towan, Tanjung Bungah dan tanah daratan yang menarik. Paparan setem 60 sen...Manakala Cameron Highlands merupakan tempat pelancongan yang masyhur terletak lebih kurang 1500 meter dari aras laut di Negeri Pahang. Ia sangat terkenal dengan cuaca yang dingin. Terdapat kebun teh, kebun sayur-sayuran, kebun strawberi , taman bunga ros, lembah kaktus dan sebagainya. Selain itu terdapat juga air terjun, flora dan fauna yang unik...
Paparan setem 90 sen...Manakala Gunung Mat Cincang ialah gunung di utara timur Pulau Langkawi , Kedah. Walaupun ia cuma lebih kurang 710 meter tinggi, saiznya dapat memberikan latar belakang yang mengagumkan kepada Pulau Langkawi.....
Setem RM1 Kundasang merupakan sebuah kampung yang terletak lebih kurang 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu, Sabah dan terkenal dengan pasar sayur-sayuran...
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&7
Nota kaki: lama sudah tidak pergi melancong....................................tentunya bersebab....

Sunday, February 20, 2011

seingat saya (ii)


Ini adalah catatan autograph shukri yang tercatat pada tanggal 15.9.1985 masa MPR dulu. Saya paparkan kembali setelah disapa beliau menerusi blog...agak lama juga tidak bertanya khabar...pun benar katanya hidup...adalah perjalanan yang panjang menuntut pergelutan...

Wednesday, February 16, 2011

seingat saya (i)



Seingat saya inilah telefon bimbit pertama saya gunakan. Tika itu saya lupa mencatatkan bilakah tarikhnya sebab memang pada tika itu saya tidak anggap telefon bimbit penting sangat di dalam kehidupan. Saya milikinya pun tika mesyuarat ahli Kelab Sastera Dewan (DBP) diadakan sekitar tahun 1999, tika itu Pengerusi KSD (Omar) menanyakan sama ada saya ingin membeli telefon bimbit itu dengan harga yang paling murah (tika itu pun saya anggap mahal juga)!!!Pun selepas itu saya mula seronok menggunakan telefon bimbit....kini telefon bimbit menjadi barangan penting di dalam kehidupan..biarpun bentuk dan saiz telefon bimbit seumpama ini tiada lagi...tapi saya tetap simpan di dalam almari sebagai kenangan ....

Saturday, February 12, 2011

petikan cerita pendek


majalah yang lain daripada yang lain.....

keranamu mama


Aku sebenarnya cukup hairan melihat sikap Mama sejak akhir-akhir ini. Dia begitu lama menyiapkan diri di hadapan cermin. Merenung cermin lama-lama bagaikan melihat sesuatu di dalam cermin itu. Kalau dilihat jam tidak kurang daripada satu jam. Mama menghadap cermin. Bagaikan puteri yang sedang dilamun cinta. Selepas satu jam itu, aku lihat wajah Mama sudah berubah betul. Mungkin orang akan kata Mama aku itu macam kakak aku sahaja. Betulkah begitu? Aku sekadar tersenyum dan berkata di dalam hati, "Memang tidak boleh jadi macam ni...Dah lawan taukeh nampaknya....Macam mana Mama lebih cantik daripada aku?"
Masakan tidak, Salim tunanganku asyik memuji kecantikan Mama. Ini menimbulkan rasa iri hati pula bila Salim memuji berlebihan. Sampaikan aku ada mengeluarkan perkataan, "Dah terpikat dengan Mamakah pula? Asyik-asyik bila jumpa bertanyakan Mama sahaja sedangkan tunangan di depan mata buat tidak endah...Eiiii...lelaki pantang melihat wanita berdahi licin."
"Orang memuji bakal mak mentua sendiri pun , awak dah melenting," tempelak Salim.
"Pujian awak tu macam ada makna lain tahu! Mama tu pun satu, dah tua buat cara dah tualah. Ini tidak, masih melawa...Macam artis, bila pula hendak sedar pakai tudung tutup aurat!"
"Tak sangka pula awak ni asyik membebel! Bila dah kahwin nanti tak tahu macam mana pula. Yang awak nak mengata Mama awak tu tak bertudunglah..Tak itulah...Yang awak tu sendiri macam mana?"
"OOhhh....awak tu janganlah hendak cari fasal pula. Awak tu berkenan dekat saya sebab awak berkenan tengok rambut mayang mengurai saya ini...Lepas itu awak kata kalau hendak pakai tudung pun biarlah selepas kita dapat anak..."
"Saya ada cakap macam itukah pada awak? Eh! Lupalah, banyak sangat yang saya fikirkan ini.."
"Lupa atau terlalu ramai teman wanita selain saya dalam ingatan awak itu?"
"Eh! Mana ada teman wanita lain kecuali awak yang istimewa dalam kamus hidup saya. Tidak percaya...hah tengok di dalam telefon bimbit dan dompet ini, hanya ada gambar awak..."
"Lelaki bukan boleh dipercayai seratus peratus."
"Dengan lelaki lain awak jangan percaya. Percayalah pada kanda yang seorang ini. Kalau tak percaya ambillah kapak belahkan dada."
"Eh! Meluatnya bila dengar falsafah basi itu," gerutu aku.
########################untuk kisah cerita pendek ini seterusnya ikutilah di dalam majalah Muslimah Februari.........................................

Wednesday, February 2, 2011

02022011


sijil yang diberi tika mengikuti bengkel penulisan novel anjuran KEMUDI....
bagi saya sijil yang diperoleh begini akan menaikkan semangat untuk lebih maju
lagi dalam bidang yang diceburi....tanpa menyimpan prasangka.............................

Sunday, January 30, 2011

untuk renungan.............


kad tanda nama yang masih dalam simpanan......
ini adalah sebahagian koleksi yang masih tersimpan.....















antara koleksi tanda nama yang dikumpul
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

..................pepatah Melayu ada berkata "buruk-buruk hak kita, molek-molek hak orang ...yang mempunyai maksud iaitu milik sendiri itu tentu lebih kita sayangi....

memang kesihatan amat berharga...itulah bila diserang sakit, banyak perkara tergendala untuk dikerjakan...teringat pula tentang betapa kesihatan adalah harta yang tiada ternilai harganya.Begitulah kata sesetengah ahli fikir. Memang itu tidak dapat dinafikan dan tiada sesiapapun yang ingin sakit atau mencari penyakit. Akan tetapi sesetengah orang soleh merasa gelisah apabila sehingga beberapa bulan atau tahun tidak menerima musibah sakit. Ini kerana menurut mereka hati akan menjadi liar atau keras apabila terlalu lama tidak menderita sakit....

Monday, January 24, 2011

direktori


DBP, 2001

Direktori Penulis Malaysia edisi tambahan ini disusun dengan mudah iaitu mengikut abjad nama. Butiran yang diberi ialah nama sebenar penulis (tidak termasuk pangkat atau gelaran), diikuti dengan nama samaran jika ada, tarikh lahir bagi mereka yang memberikan maklumat tersebut, tempat lahir, alamat terkini di mana mereka boleh dihubungi, nombor telefon pejabat dan rumah, e-mel, bidang penulisan dan persatuan penulis yang mereka anggotai. Setiap entri adalah mengikut makluman / ejaan seperti yang telah diberikan oleh penulis berkenaan. Direktori ini juga memuatkan bersama gambar penulis mengikut bidang telah disediakan pada bahagian akhir direktori untuk kemudahan pencarian...
Menurut penyusun Direktori ini..hasil daripada pengumpulan ini kami telah berjaya mengumpulkan sejumlah lebih kurang 493 entri. Bagi kami jumlah ini tidaklah dapat dibanggakan kerana masih ramai lagi para penulis di negara ini yang tidak memberikan maklum balas tentang maklumat mereka kepada kami untuk dimuatkan ke dalam Direktori ini.........

Thursday, January 13, 2011

menyedari dan disedari


Sebelum detik 12.00 tengah malam semua orang sudah menanti. Wah! Tahun Baru menjelang lagi. Sudah tidak sabar semua orang menunggu. Macam-macam cara orang menanti saat bermulanya Tahun Baru. Kawan aku yang seorang ini pun sama. Tidak tahu bilakah hendak berubah. Katanya Tahun Baru cukup bermakna untuk disambut. Tahun Baru adalah permulaan baru yang baik. Aku tidak nampak apakah kebaikannya itu, jika disambut dengan cara yang tidak baik dan membuang masa dari malam sehingga ke pagi. Malah kawan aku ini masih belum insaf kerana asyik memikirkan keseronokan. Aku tidak nampak setiap tahun sejak dia menjadi rakan serumahku itu dia berubah menjadi baik. Hanya Islam pada nama dan anutan asal sedangkan dia memang jauh dari apa yang sewajarnya orang Islam wajar lakukan. Itu belum aku tanya sama ada dia boleh melafazkan khalimah syahadat atau menyebut nama Allah dengan lidah Melayunya.....................................................
*******cerita pendek di atas tidak habis lagi.....hmmm!!!inilah petikan sebahagian dari cerpen saya yang tersiar di majalah Muslimah..Tahun Baru Datang Lagi mungkin bermakna bagi kalian juga kerana menyedari dan disedari adalah suatu sikap yang perlu ada pada setiap diri kita.... dan percayalah "kalau tak kenal maka tak cinta".....

Monday, January 10, 2011

orang memberi kita merasa



Rasanya sudah seminggu hadiah ini berada di rumah...bagai yang dikata, orang memberi kita merasa....saya tetap menghargai sebuah pemberian....mungkin pada masa akan datang tuah akan menyebelahi kawan-kawan pula...bersabarlah...sebab di dalam perjalanan kehidupan ini sebenarnya kita semakin tua dan matang...bukan soal orang kaya bertambah kaya atau orang miskin bertambah miskin...kita ini sebenarnya sama sahaja...."rezeki yang datang kepada setiap orang ada berbagai bentuk dan pelbagai dugaan"...bersyukurlah setiap detik...dan berdoalah agar kita akan mendapat ganjaran yang lebih berharga dan setelah mendapatnya kelak jangan lupa untuk bersedekah.........dan saya sendiri suka judul yang berbunyi "tolong ingatkan aku".......

Saturday, January 1, 2011

1111 (satusatusebelas)- tahun baru


Selain mengagumi karya penulisan Hanisah Othman, Lily Haslina Nasir dan Nisah Haron, saya turut mengagumi karya Salina Ibrahim......sebenarnya saya baru membeli novelnya yang berjudul "Bukan Yang Pertama".........saya memetik ayat di muka surat 133..................Dia selalu membayangkan silaturahim itu umpama selembar benang. Hujung benang yang satu dipegang oleh seorang dan hujung benang yang satu lagi akan dipegang oleh seorang yang lain. Jika benang ditarik kuat atau dikerasi oleh salah seorang atau kedua-duanya, sudah pastilah benang itu akan putus...............................
Syabas Salina kerana terus melahirkan karya bermutu.................
Tahun Baru Masihi muncul juga.....Saya sendiri tidak banyak perancangan selain menutup diari lama dan menulis diari baru....
Apapun marilah kita renungi untaian kata hikmah ini:.....
Aku bersabar menghadapi takdir yang datang padaku. Jika tidak, ia pasti datang juga pada saat yang lain. Jika aku menyerah, maka kekasihku akan mati lebih dahulu sebelumku. Dan matinya orang-orang tercintaku sebelumku, akan menyusahkanku.................