Tuesday, February 23, 2010

Tentang mak

Mak di pusara abah yang pergi meninggalkan kami pada 4 Mac 2004.Begitu cepatnya masa berlalu bererti sudah enam tahun pemergian abah...Apa pun yang tinggal hanyalah kenangan.....saya masih menyimpan buku autograph yang dicatat abah pada tanggal 3.2.1977 berbunyi: Belajar bersungguh agar sampai cita yang murni".Arwah tahu saya meminati bidang penulisan tetapi agak tercicir dalam bidang akademik....jadi semuanya bergantung pada saya.Kalau pandai pun saya kalau sebaliknya pun adalah saya.Sebagaimana yang saya perkatakan tadi semuanya tinggal kenangan.Mak juga tabah menghadapi kehidupan dengan perangai anak-anak dan cucu-cucu yang pelbagai ragam.Beberapa hari lepas mak menerima kehadiran seorang lagi cicit .....memang gembira sekali mak...cita-cita hendak menengok anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya terus menikmati kehidupan dengan sempurna...

Sunday, February 21, 2010

kenangan lagi

Di dalam Februari ini saya cuba mengumpul koleksi lama yang masih di dalam simpanan untuk paparan.Kebanyakan di dalam gambar ini saya sudah tidak temui lagi...Majoriti kawan-kawan yang saya kenal ini sewaktu berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara, Petaling Jaya, Selangor selama empat tahun di Unit Kuiri bahagian membuat kad pengenalan sehingga tahun 1990.Sekarang bangunan pejabat ini digunakan sebagai kolej pengajian.Waktu bekerja di JPN pada hujung minggu saya akan pergi ke masjid negara untuk mengaji al-Quran dengan Ku Hanisah.Ustaz yang mengajar kami adalah Ustaz Abu Bakar Idris.Memang merdu suaranya.Saya ada membeli kaset mengaji Ustaz Abu Bakar sebagai rujukan masa kini.Kami belajar sehingga peringkat dapat Sijil....Kononnya bolehlah mengajar orang lain....Tapi Ku Hanisah lebih hebat daripada saya dalam bab mengajar ini....Di Unit Kuiri , bos saya Shahrizah (panggil Kak Iza) sahaja.Walaupun jadi pekerja sementara....saya seronok dapat ramai kenalan....popularlah juga di sini....tapi sayangnya saya sudah lupa beberapa nama kenalan yang pernah dikenali...Kalau terserempak semula, tegur jugalah.....Detik-detik terakhir punch card di JPN.....dapatlah hadiah kenangan yang masih disimpan sampai sekarang...Di mana agaknya mereka kini?
Detik-detik terakhir dan ucap selamat tinggal JPN.

Bersama kawan-kawan yang mesra


Nin duduk sebelah kanan dulunya ada kedai makanan.....



Bersama bos Kak Iza




Posing habis sebelum menitis air mata....





Kawan-kawan jumpa di surau JPN






Friday, February 19, 2010

kenangan iii


Gambar ini diambil pada 20 Oktober 2000 di Pusat Belia Antarabangsa Cheras sewaktu bengkel penulisan kreatif.Ramai yang hadir, termasuk Hariza, Noraini, Abd Rahman (sekadar menyebut beberapa nama) ......Paling menarik tika sesi bersama penulis tersohor Khadijah Hashim........








Wednesday, February 17, 2010

kenangan.........











Gambar kenang-kenangan semasa perhimpunan Penulis Generasi Baru di Puncak Genting Highlands pada 24 November 1998...

Antara yang turut serta adalah Ijamala, Shukri, Rahimidin, Shamsudin,Uthaya, Rosie Haslina (Sekadar menyebut beberapa nama)........Tujuan para penulis generasi baru tetap membangkitkan azam dan semangat untuk terus maju di dalam dunia penulisan tanah air.


Pergi Tidak Kembali

Pada pukul 12.58 pagi saya menerima mesej berbunyi:Salam.suami stella telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.20 tadi.Ya, seorang lagi insan pergi menghadap Ilahi........Memanglah saya tidak mengenali rapat insan ini, namun bila ada hari keluarga atau trip yang melibatkan kakitangan membawa pasangan iaitu suami atau isteri masing-masing , waktu itulah semuanya dapat mengenali di antara satu sama lain.Arwah memang seorang peramah dan berbudi bahasa...Paling tidak sewaktu saya mengadakan kenduri kesyukuran untuk berangkat ke Makkah, kak stella dan arwah turut sama hadir.Saat kesedihan pada 17 Februari ini.....memang memilukan....namun ketabahan dan kesabaran begitu menebal buat insan bernama stella yang akan terus mengharungi kehidupan ini.......Mungkin semuanya jadi berubah...Moga keimannya terus menebal....apa yang pasti, kehidupan ini bersifat sementara.....kita juga akan pergi menemuiNya.Al-Fatihah

Tuesday, February 16, 2010

Pengharapan

Sebelah tengah hari saya sengaja memandu ke Selayang Pandang.....tujuan saya hendak mencari tiga orang kenalan lama yang sudah lama tidak bertemu.Selayang Pandang bukannya jauh sangat.....Namun di mana silapnya......sudah berpuluh tahun tidak menemui dengan tiga orang kenalan ini......Saya tidak memiliki nombor telefon mereka.Sekadar alamat yang masih kuat di ingatan......Wow!sudah lama saya tidak menjenguk kawasan ini.......Banyak kelainan...saya rasa macam baru balik dari luar negara....baru menjenguk ke kampung halaman sendiri....Baru hendak mencari orang berkenaan....atas alasan apa ingin saya berikan?Saya hendak sangat berjumpa mereka......bertanya khabar kerana saya merasakan diri saya pun semakin dimamah usia.....manakan mungkin akan bertemu lagi jika tidak waktu ini tika ingatan masih kuat.......Cuma dua tempat ingin saya cari...Pertama penghuni jalan 8 dan kedua penghuni jalan 4......Saya ingat sangat penghuni jalan 4, ulang tahun akan disambut pada 7 April.Penghuni Jalan 4, bernombor 18 & 20.Tetapi bila saya sampai di jalan 4, tidak ada kelibat langsung yang boleh ditanya apa-apa....Sebaliknya saya bertuah kerana di Jalan 8, saya bertemu dua orang insan yang sedang berbual.......saya bertanya adakah kenal dengan penghuni no 115-A........alangkah sedihnya bila mereka kata penghuninya telah berpindah...tetapi mereka bersedia menunjukkan rumah adiknya yang tidak jauh dari situ..Maka saya telah menemui adik kawan saya itu.....dan inilah pertama kali setelah sekian lama saya dapat bercakap dengan jamatul sabariah menerusi telefon bimbit......Syukur! alhamdulillah....Harapan saya ingin mencari kawan-kawan di Selayang Baru pula........

Petikan Untuk Penghayatan

Saya membuka majalah lama urtv mei 2000 di mana cerpen saya berjudul "Harapan Yang Pudar " tersiar.Antara lain berbunyi:
Aku juga bukanlah manusia yang sempurna.Segala kesempurnaan itu bukanlah sesuatu yang mudah datang dengan sendiri.Tiada manusia yang sempurna.Namun dalam seribu kelemahan sepatutnya kita wajar memperbaiki diri.Aku mahukan perubahan di dalam dirinya.Jika tidak menjadi seperti orang yang kuimpikan biarlah terdetik di hatinya untuk menerima pengertian di dalam kehidupan ini.Aku terlalu mengharap pengeritan itu di dalam dirinya............
.........sesungguhnya pengertian itu amat bermakna .....adakah kita menemuinya??????

Monday, February 15, 2010

Prahara di Padang Karbala


Pada hari Jumaat 12 Februari 2010 lalu baru saya dapat menatap buku "Himpunan Suara Rasa Keamanan".Terima kasihlah kepada Abd.Rahman Sokran yang bersusah-payah mendapatkannya daripada Lim Swee Tin dan mengeposkan kepada saya untuk tatapan dan simpanan.Kumpulan Puisi Keamanan dan Kemanusiaan Malaysia (Prahara di Padang Karbala) adalah terbitan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Penerbitan Pustaka Nusa Sdn.Bhd. 2003.Penyelenggaranya adalah Arbak Othman, Lim Swee Tin dan Aripin Said.Manakala pengantarnya adalah Prof.Dr.Shaik Md.Noor Alam S.M. Hussain.Kata pengantar....katakan "TIDAK" kepada peperangan..."Bahawa walaupun suara-suara tentangan kita tidak mungkin merobohkan sebuah negara gergasi namun, kita adalah orang-orang yang prihatin terhadap keamanan dan kesejahteraan sejagat.Suara-suara kita bukan untuk menentang Amerika, bukan untuk menentang Britain, dan bukan untuk menentang semua orang yang gila perang tetapi adalah untuk mengajak semua orang melihat apakah kesan peperangan terhadap peradaban dunia.Negara Iraq adalah tempat bermulanya peradaban duni ayang patut kita hargai.Di sini tempat bermulanya perkembangan ilmu yang dilandasi oleh Islam pada satu ketika dahulu.Jika Iraq musnah bermakna semua khazanah ini akan musnah, dan kita bakal kehilangan warisan peradaban yang tidak ternilai yang berguna untuk semua orang.Oleh sebab itu , kita menentang peperangan.Peperangan memusnahkan tamadun bukan sekadar manusia, nyawa, harta benda dan monumen.Tetapi perang menghancurkan peradaban.Membina peradaban memerlukan pemikiran dan masa.Membina peradaban memerlukan pemikiran yang kuat dan besar.Membina peradaban memerlukan masa dari zaman ke zaman.Suara-suara kita menentang peperangan demi untuk kelestarian dan pembinaan peradaban bagi kesejahteraan manusia sejagat.....Katakan "TIDAK " kepada perang.
"Keamanan Yang Luput"
Bilakah AS akan menyedari
Erti kemanusiaan?
Erti penderitaan?
Erti kesengsaraan dalam peperangan
Yang ngeri ini?
Harga nyawa menjadi begitu murah
Di matanya tanpa belas ihsan
Tanpa memahami setitik darah begitu berharga!!!
Iraq terus menjadi mangsa
Tetapi sampai bila?
Kematian bagaikan permainan
Si sang gila kuasa......
Tanpa berhati perut
Tanpa pengertian
Keamanan terus luput
Kedamaian begitu menjauh.

Saturday, February 13, 2010

Jejaki Teman

Dari kiri salina, mek, zu dan zarina. kali terakhir bertemu pada 1981 di selayang baru. kenalan pergi solat terawih.....
Noraina Ahmad.....Kenalan melalui surat-menyurat....Kali terakhir jumpa di USM Pulau Pinang pada 1989.....

Norita Abas dan Kharida Ramli.....Teman Sekolah Rendah...Kali terakhir bertemu pada tahun 1975......


Nor Ain Abd.Aziz...Kenalan menerusi Kelab AKS di akhbar Utusan Pelajar....Sering berutus surat......Kali terakhir bertemu 1989....di USM



Rozita sebelah Kanan bersama kawannya (tidak diketahui nama kawannya itu) .....Kenalan yang dianggap adik angkat juga.....Perkenalan sekitar tahun 1980........Kali akhir bertemu di Selayang Baru tahun 1982.....




Jamatul Sabariah Abd.Ghani....Teman Sekolah yang rapat....Satu sekolah di Sekolah Menengah Raja Ali, Kuala Lumpur.....Kali terakhir bertemu sekitar tahun 1983.....





Salmah dan Rosmah.....Teman di Sekolah Menengah.......Kali terakhir bertemu sekitar tahun 1982




Zuraihan Abd.Kassim......Kenalan masa tuisyen di Jalan Ipoh....Pertemuan terakhir...sekitar 1983.....

Nor Azah Azas & Rafidah Khusaini.....Menjadi adik-adik angkat sekitar tahun 1980........Pertemuan terakhir sekitar 1985.........





Pada suatu ketika dulu.....hendak dapatkan sebuah kamera pun susah...Bila dapat pinjam kamera, mulalah posing untuk mengambil gambar kenangan......Masa zaman persekolahan dahulu, memang menyeronokkan.....saya paling suka jadikan beberapa orang kenalan yang lebih muda sebagai adik angkat....namun semuanya tidak lama....bila kami semua meninggalkan alam persekolahan.....hubungan itu terputus begitu sahaja.Saya masih ingatkan Jamatul Sabariah yang memang bercita-cita tinggi.Mungkin bidang perguruan sesuai dengan perwatakan Jamatul yang lembut.....Kami kadang-kadang menghabiskan masa bersama....paling tidak tempat yang kami suka pergi....muzium negara......mungkin otak kami sekepala untuk mengkaji apa yang patut......Begitu juga dengan An.....Bila An masuk Maktab Perguruan Kinta...dapatlah kita berjumpa di Ipoh.....Disebabkan tugasan dan kerjaya kami yang berbeza.....sudah lama tidak berhubungan.Nor Azah pula khabarnya menjadi Cikgu....Dulu pernah mengajar sebagai guru pelatih di ACS Ipoh , masakan tidak....cara kebetulan anak buah menjadi anak murid Nor Azah....Rafidah pula....sering menjadi pendiam.....Ita pun tidak banyak cakap....dahulu selepas bertukar sekolah sering mengutus surat....selepas itu senyap saja.Salmah yang tekun belajar....Begitu juga dengan Rosmah......Jika ruangan ini boleh dikategorikan sebagai menjejak kasih....harap-harap dapat bertemu dengan mereka.....Teringat pula bila bertemu Nor Aina di USM....katanya tidak sangka sebab susah juga persahabatan terjalin semata-mata menerusi surat-menyurat..Ohh! zaman tahun 80-an, saya memang rajin menulis surat.......tidak hairanlah Nor Aina paling lama menjadi sahabat pena sebelum kami bertemu secara realiti.....Tulisan tangannya begitu cantik......Begitu juga dengan Ain yang lembah-lembut....bila berkarya.....umpph!harap dapat menjejak mereka yang masih dalam ingatan ini..........


Add Image
Nor Azah & Rafidah ....