Sunday, April 25, 2010

Bengkel


Bersama Maizura (2 dari kiri)




Bukan senang zu nak dapat berposing dengan Nisah Haron dan Hanisah Othman




Hanisah Othman dan Nisah Haron...Dua orang penulis wanita yang menyerlah dan hebat


Sedang memberi penerangan
Maizura tidak jemu menitipkan ilmu pada hadirin



Bersama aida


Sudah agak lama saya tidak menyertai Bengkel Penulisan.Jika tidak kerana Hanisah Othman memberikan perangsang , mungkin saya masih bermalasan untuk ke Bengkel seperti dahulu untuk bertemu rakan-rakan penulis.Maka pada tanggal 25 April 2010 bertempat di Pusat Belia Antarangbangsa, Cheras, Kuala Lumpur bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.....maka berlangsunglah Bengkel Penulisan Skrip Drama TV.Pembimbingnya adalah Maizura Mohd Ederis.Penulis hebat ini telah menggegarkan dunia drama apatah lagi drama Nurkasih terbitan TV3 "meletup" dan diminati ramai.Saya adalah salah seorang yang meminati drama tersebut.Mungkin dengan menghadiri bengkel ini, akan membuahkan hasil untuk menulis skrip yang dapat diterima khalayak.






















Saturday, April 10, 2010

Prolog

Buku tulisan Hanisah

zu di samping buku-buku yang dijual


Buku-buku di Pesta Buku PWTC



Bersama Ade Irma Suriyani di PWTC 28 mac 2010
gaya yang sama

zu bergambar bersama Hanisah bertemu di Pesta Buku Antarabangsa pada hari Ahad 28 Mac 2010 bertempat di PWTC Kuala Lumpur.Pertemuan pertama setelah bertemu di Penemuan Penulis Nasional pada tahun 2005 dahulu di Tanjung Piai Johor.Lima tahun baru bertemu kembali....lamanya....

senyuman seorang bernama penulis...Noor Hanisah Othman memegang salah buku hasil tulisannya..........

Prolog ini saya petik dari novel Menuju Puncak karya sahabat saya -Noor Hanisah Othman

**********************Hamparan hidupku terasa sungguh sia-sia.Dahulu, aku tidak pernah membayangkan keadaan sebegini.Oleh itu, ada ketikanya aku terasa benar-benar kesal.Silapkah aku membuat pilihan?Perjalanan yang sudah terlorong ini ini benar-benar membelenggu diri.Bayangan hitam sering mengacau dan muncul pada saat-saat yang tidak diperlukan.Di manakah impian yang benar-benar indah?Di manakah harapan dan cita-cita?Di manakah segala perancangan kejayaan?Terlalu cepatkah aku berputus asa?Atau akukah yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat Tuhan?