Saturday, May 29, 2010

aktiviti v


Bersama editor majalah muslimah-nik fauziah nik hussin...sesekali saya meluangkan masa bersamanya....kami sudah saling mengenali sejak 1990 sehingga kini....banyak yang saya pelajari daripada beliau...semangat, kegigihan dan pengertian!!!!

Untuk renungan

Saya tertarik membaca kisah lelaki yang menyelamatkan bulan dipetik dari buku bermulanya dengan Tup!Tap! terbitan DBP.

Seorang lelaki yang lurus telah melihat ke dalam perigi dan ternampak bayangan bulan di permukaan air.
"Ya Tuhan, bulan sudah jatuh ke dalam perigi," katanya dengan terharu lalu terus mengambil penyangkuk yang terikat pada seutas tali panjang.Cepat-cepat dia mencampakkan penyangkuk itu ke dalam perigi.Penyangkuk itu mencecah air, terus tenggelam ke dasar perigi dan tersangkut pada seketul batu.Memikirkan yang dia sudah dapat menyangkuk bulan, lelaki itu pun menarik naik tali dengan sekuat hati hingga tali terputus.Dia jatuh terlentang ke bumi dan hampir pengsan.Benda yang pertama dilihatnya setelah dia sedar kembali ialah bulan yang ketika itu sedang mengambang di langit.Lelaki itu mengerang kesakitan tetapi dia berpuas hati.
"Belakangku patah, tetapi syukurlah ya Tuhan, bulan dapatku selamatkan."

Iran.terjemahan ke Bahasa Malaysia oleh Mahani Che Ibrahim...

aktiviti



Saya memang tidak meminati bidang sukan...Sekadar menjadi penonton sekali-sekala bolehlah...Pun dek kerana pihak jabatan tempat saya bekerja menganjurkan sukan dan tiada pilihan.....saya turut serta juga..Ada banyak koleksi gambar sukan yang diambil kawan-kawan.Gambar di atas diambil sempena Karnival SukanUMES di antara Tingkat pada tahun 2009.Untuk ini sahaja saya sertai permainan bola jaring mendapat tempat kedua, badminton tempat kedua,futsal wanita tempat kedua dan ping pong tempat kedua.Sementara itu saya telah sertai permainan futsal wanita antara Jabatan pada tahun 2005 dengan mendapat tempat kedua...Manakala menjadi juara apabila menyertai badminton.Manakala pada tahun 2007 mendapat tempat ketiga apabila menyertai tarik tali di antara jabatan.Pada tahun 2008, menyertai suakan tenis pada tahun 2008 mendapat tempat kedua.Dalam tidak meminati itu, nampaknya saya mengumpul juga cenderamata yang saya simpan di dalam almari cermin sebagai kenangan.

Sunday, May 16, 2010

zaman ini


Saya menyelak kembali buku hadiah daripada Nor Ain Abd.Aziz bertajuk 'Gelombang' karya Usman Awang yang dihadiahkan pada saya pada tahun 1985 sempena hari ulang tahun saya.Kiranya itulah hadiah terakhir dia buat saya yang masih dalam simpanan.Sehingga kini saya sudah terputus hubungan tanpa khabar berita.Saya kira Ain memang meminati puisi seperti saya.Namun hingga kini saya tidak nampak karya-karyanya menghiasi mana-mana penerbitan.Pun saya berharap akan bertemunya kembali.....
Di dalam Gelombang saya petik karya Usman Awang berjudul:
"Zaman Ini"
Zaman ini serba pahit terasa
Hanyir darah masih membalut udara
Segala suara mati di rongga tak bernada.
Hati-hati bila bicara di muka siapa,
Kering mata menyisip antara ruang penjara.
Engkau penyair akan menulis segala cerita,
Penamu tajam boleh mengiris segala derita!
Zaman ini mengajarmu hidup berpura-pura,
Atau sekadar menyelamatkan diri menganggukkan kepala.
Engkau wartawan kutip berita antara manusia,
Penamu tajam dapat mencungkil keburukan mereka!
Engkau diam mengikat tangan di bawah meja,
Zaman ini memaksamu menulis yang baik belaka.
Semua menekan kerana di atasnya besi berpadu,
Segala menjemukan kerana padanya palsu-palsu.

Sempena hari guru hari ini saya memang ingin menghadiahkan setulus doa keikhlasan buat Pak Matlob yang saya anggap guru segala-galanya di dalam bidang penulisan khasnya.Jasanya teramat besar tika saya sedang bertatih mencari pegangan.Begitu cepat masa berlalu sehingga terasa bagaikan semalam sahaja segala ilmu itu dititipkan.Pada rakan-rakan penulis seperti Hanisah Othman,Shamsudin Othman , Tie Camar diucapkan Selamat menyambut hari guru dengan hati yang gembira.Pun istimewa juga pada ibu saya yang tidak menjawat apa-apa jawatan di jabatan swasta atau kerajaan kecuali sebagai suri rumah sepenuh masa....biarpun tiada ucapan hari ibu dititipkan kepadanya, saya rasa dialah juga ibu guru yang jasanya tidak terbalas oleh diri saya........