Sunday, January 30, 2011

untuk renungan.............


kad tanda nama yang masih dalam simpanan......
ini adalah sebahagian koleksi yang masih tersimpan.....















antara koleksi tanda nama yang dikumpul
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

..................pepatah Melayu ada berkata "buruk-buruk hak kita, molek-molek hak orang ...yang mempunyai maksud iaitu milik sendiri itu tentu lebih kita sayangi....

memang kesihatan amat berharga...itulah bila diserang sakit, banyak perkara tergendala untuk dikerjakan...teringat pula tentang betapa kesihatan adalah harta yang tiada ternilai harganya.Begitulah kata sesetengah ahli fikir. Memang itu tidak dapat dinafikan dan tiada sesiapapun yang ingin sakit atau mencari penyakit. Akan tetapi sesetengah orang soleh merasa gelisah apabila sehingga beberapa bulan atau tahun tidak menerima musibah sakit. Ini kerana menurut mereka hati akan menjadi liar atau keras apabila terlalu lama tidak menderita sakit....

Monday, January 24, 2011

direktori


DBP, 2001

Direktori Penulis Malaysia edisi tambahan ini disusun dengan mudah iaitu mengikut abjad nama. Butiran yang diberi ialah nama sebenar penulis (tidak termasuk pangkat atau gelaran), diikuti dengan nama samaran jika ada, tarikh lahir bagi mereka yang memberikan maklumat tersebut, tempat lahir, alamat terkini di mana mereka boleh dihubungi, nombor telefon pejabat dan rumah, e-mel, bidang penulisan dan persatuan penulis yang mereka anggotai. Setiap entri adalah mengikut makluman / ejaan seperti yang telah diberikan oleh penulis berkenaan. Direktori ini juga memuatkan bersama gambar penulis mengikut bidang telah disediakan pada bahagian akhir direktori untuk kemudahan pencarian...
Menurut penyusun Direktori ini..hasil daripada pengumpulan ini kami telah berjaya mengumpulkan sejumlah lebih kurang 493 entri. Bagi kami jumlah ini tidaklah dapat dibanggakan kerana masih ramai lagi para penulis di negara ini yang tidak memberikan maklum balas tentang maklumat mereka kepada kami untuk dimuatkan ke dalam Direktori ini.........

Thursday, January 13, 2011

menyedari dan disedari


Sebelum detik 12.00 tengah malam semua orang sudah menanti. Wah! Tahun Baru menjelang lagi. Sudah tidak sabar semua orang menunggu. Macam-macam cara orang menanti saat bermulanya Tahun Baru. Kawan aku yang seorang ini pun sama. Tidak tahu bilakah hendak berubah. Katanya Tahun Baru cukup bermakna untuk disambut. Tahun Baru adalah permulaan baru yang baik. Aku tidak nampak apakah kebaikannya itu, jika disambut dengan cara yang tidak baik dan membuang masa dari malam sehingga ke pagi. Malah kawan aku ini masih belum insaf kerana asyik memikirkan keseronokan. Aku tidak nampak setiap tahun sejak dia menjadi rakan serumahku itu dia berubah menjadi baik. Hanya Islam pada nama dan anutan asal sedangkan dia memang jauh dari apa yang sewajarnya orang Islam wajar lakukan. Itu belum aku tanya sama ada dia boleh melafazkan khalimah syahadat atau menyebut nama Allah dengan lidah Melayunya.....................................................
*******cerita pendek di atas tidak habis lagi.....hmmm!!!inilah petikan sebahagian dari cerpen saya yang tersiar di majalah Muslimah..Tahun Baru Datang Lagi mungkin bermakna bagi kalian juga kerana menyedari dan disedari adalah suatu sikap yang perlu ada pada setiap diri kita.... dan percayalah "kalau tak kenal maka tak cinta".....

Monday, January 10, 2011

orang memberi kita merasa



Rasanya sudah seminggu hadiah ini berada di rumah...bagai yang dikata, orang memberi kita merasa....saya tetap menghargai sebuah pemberian....mungkin pada masa akan datang tuah akan menyebelahi kawan-kawan pula...bersabarlah...sebab di dalam perjalanan kehidupan ini sebenarnya kita semakin tua dan matang...bukan soal orang kaya bertambah kaya atau orang miskin bertambah miskin...kita ini sebenarnya sama sahaja...."rezeki yang datang kepada setiap orang ada berbagai bentuk dan pelbagai dugaan"...bersyukurlah setiap detik...dan berdoalah agar kita akan mendapat ganjaran yang lebih berharga dan setelah mendapatnya kelak jangan lupa untuk bersedekah.........dan saya sendiri suka judul yang berbunyi "tolong ingatkan aku".......

Saturday, January 1, 2011

1111 (satusatusebelas)- tahun baru


Selain mengagumi karya penulisan Hanisah Othman, Lily Haslina Nasir dan Nisah Haron, saya turut mengagumi karya Salina Ibrahim......sebenarnya saya baru membeli novelnya yang berjudul "Bukan Yang Pertama".........saya memetik ayat di muka surat 133..................Dia selalu membayangkan silaturahim itu umpama selembar benang. Hujung benang yang satu dipegang oleh seorang dan hujung benang yang satu lagi akan dipegang oleh seorang yang lain. Jika benang ditarik kuat atau dikerasi oleh salah seorang atau kedua-duanya, sudah pastilah benang itu akan putus...............................
Syabas Salina kerana terus melahirkan karya bermutu.................
Tahun Baru Masihi muncul juga.....Saya sendiri tidak banyak perancangan selain menutup diari lama dan menulis diari baru....
Apapun marilah kita renungi untaian kata hikmah ini:.....
Aku bersabar menghadapi takdir yang datang padaku. Jika tidak, ia pasti datang juga pada saat yang lain. Jika aku menyerah, maka kekasihku akan mati lebih dahulu sebelumku. Dan matinya orang-orang tercintaku sebelumku, akan menyusahkanku.................