Friday, June 25, 2010

renungan sejenak lagi


tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan
Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas.Di tengah-tengah perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran.Akibat tidak dapat mengawal perasaan dan memuncak kemarahannya, seorang telah memukul sahabatnya.Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir.
"Hari ini sahabat baikku telah memukulku."
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama-sama.Setelah lama berjalan, mereka sampai di sebuah lembah subur dengan tasik yang dingin.Tanpa berlengah, sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyejukkan tubuhnya.Tiba-tiba ia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar tasik.Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya.Setelah naik ke tepi tasik tersebut, dia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu tulisan:
"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku."
Sahabat bertanya,"Tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?" Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sehingga bila-bila...."
Begitulah dengan kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yang ditanggung, keperitan dan kegagalan dalam setiap keperitan, tulislah di atas pasir, biarkan ia singgah cuma sebentar dalam ingatan agar segera kita boleh melupakannya.Namun sebaliknya apabila kita mengecap nikmat daripada Allah atau menerima kebaikan daripada orang lain maka pahatlah ia dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila-bila..............................

0 comments:

Post a Comment