Saturday, June 5, 2010

sekapur sirih


Saya ada menyimpan rakaman rancangan sekapur sirih terbitan TV3.Rakaman itu saya buat di dalam bentuk tape VHS.Masa dahulu tape bentuk VHS begitu popular dan ada sekali tape playernya.Malangnya sejak player yang saya miliki itu rosak, saya langsung tidak dapat melihat kembali rakaman itu.Pun kerinduan dan kegembiraan terserlah apabila seorang rakan yang pandai dalam bidang rakaman , telah menolong saya untuk menjadikan rakaman VHS itu ke dalam bentuk DVD.Maka pada 6.5.2010 , saya telah dapat menonton semula rakaman tersebut.Rakaman itu memang begitu berharga dan menjadi kenang-kenangan.Di dalam ruangan sekapur sirih itu ada ruangan sastera berjudul "sanggar sastera" di mana para penulis diperkenalkan dengan hasil karyanya sekali...Siaran sekapur sirih tanggal 27 September 1992 pada hari Ahad dari pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi (waktu siaran sekapur sirih), saya telah terpilih untuk ditemu bual dengan hasil karya Musang Jadian.Gembira juga apabila hasil karya sendiri terpilih untuk dilakon sebabak......Waktu itu pengacara yang mengendalikan rancangan sekapur sirih adalah, Nurfarahin Jamsari, Abd Razak Abdullah, Christine Ling dan Rabiah Othman .Manakala pada 4 Oktober 1992, di dalam rancangan yang sama juga saya telah merakam kisah dua beranak yang terkenal di dalam penulisan iaitu Hizairi Othman dan ayahnya Othman Puteh.Apabila saya melihat rakaman itu kembali , saya terkenangkan mereka berdua yang hebat di dunia penulisan yang telah pergi meninggalkan kita.Masa begitu cepat berlalu.Saya sendiri merasakan banyak benar kenangan manis apabila menerokai bidang penulisan..........Sayangnya rancangan seperti itu tiada lagi dan pastinya apa yang dilalui hari ini akan menjadi kenangan pada masa akan datang....Benar!Segalanya tinggal kenangan!!!!!

0 comments:

Post a Comment