Sunday, February 21, 2010

kenangan lagi

Di dalam Februari ini saya cuba mengumpul koleksi lama yang masih di dalam simpanan untuk paparan.Kebanyakan di dalam gambar ini saya sudah tidak temui lagi...Majoriti kawan-kawan yang saya kenal ini sewaktu berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara, Petaling Jaya, Selangor selama empat tahun di Unit Kuiri bahagian membuat kad pengenalan sehingga tahun 1990.Sekarang bangunan pejabat ini digunakan sebagai kolej pengajian.Waktu bekerja di JPN pada hujung minggu saya akan pergi ke masjid negara untuk mengaji al-Quran dengan Ku Hanisah.Ustaz yang mengajar kami adalah Ustaz Abu Bakar Idris.Memang merdu suaranya.Saya ada membeli kaset mengaji Ustaz Abu Bakar sebagai rujukan masa kini.Kami belajar sehingga peringkat dapat Sijil....Kononnya bolehlah mengajar orang lain....Tapi Ku Hanisah lebih hebat daripada saya dalam bab mengajar ini....Di Unit Kuiri , bos saya Shahrizah (panggil Kak Iza) sahaja.Walaupun jadi pekerja sementara....saya seronok dapat ramai kenalan....popularlah juga di sini....tapi sayangnya saya sudah lupa beberapa nama kenalan yang pernah dikenali...Kalau terserempak semula, tegur jugalah.....Detik-detik terakhir punch card di JPN.....dapatlah hadiah kenangan yang masih disimpan sampai sekarang...Di mana agaknya mereka kini?
Detik-detik terakhir dan ucap selamat tinggal JPN.

Bersama kawan-kawan yang mesra


Nin duduk sebelah kanan dulunya ada kedai makanan.....



Bersama bos Kak Iza




Posing habis sebelum menitis air mata....





Kawan-kawan jumpa di surau JPN






0 comments:

Post a Comment