Saturday, March 6, 2010

Bunga-Bungaan Taman































































































Koleksi khas setem Definitif Negeri adalah satu koleksi setem istimewa yang terhad, di mana kesemua 6 denominasi setem definitif bagi setiap negeri bertemakan Bunga-bungaan Taman yang telah dikeluarkan pada 31 Disember 2007 didapati berasingan di dalam 14 lembaran mini setem.Koleksi ini terdiri daripada 14 lembaran mini setem di dalam satu sampul khas bersama satu keping sampul surat hari pertama.
Setem 5 sen memaparkan bunga teratai yang merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang boleh tumbuh sehingga 6 meter tinggi bergantung kepada kedalaman sesuatu paya atau anak sungai tempat ianya tumbuh.Akarnya ditanam dengan padatnya di dalam tanah di bawah permukaan air manakala tangkalnya berwarna merah jambu kembang pada waktu pagi dan kuncup pada waktu tengah hari.Buahnya berbentuk kon dengan bijinya tersusun di dalam kelompang.Kesemua bunga, butir, daun muda dan rizom boleh dimakan, manakala daun besarnya yang matang boleh digunakan untuk membungkus makanan kukus.
Setem 10 sen memaparkan bunga tiga bulan yang merupakan sejenis tumbuhan herba jenis renik yang berdaun luruh dan membesar sehingga 3 meter tinggi.Daunnya berbentuk tirus ovoid ringkas hingga 20 sm panjang dengan birai bergigi kasar, manakala bunganya berwarna merah jambu, putih atau biru bergantung pada ph tanah.Pokok tiga bulan ditanam sebagai tanama hiasan.Bunganya tahan lama dan boleh dikeringkan.Setem 20 sen memaparkan bunga lili merah yang merupakan sejenis tumbuhan herba bebawang yang bertangkai montok tegak dengan tiga atau lebih kuntuk bunga berbentuk trumpe yang berukuran sehingga 3 inci diameter, berurat-urat dan berwarna merah.Daunnya berbentuk tali lebar tipikal berwarna hijau tua dengan jalur putih di tengah.
Setem 30 sen memaparkan bunga kertas yang merupakan sejnis tumbuhan memanjat dengan dahan yang berduri dan daun yang berbentuk ovat berselang-seli.Bunga-bunga kecil dikelilingi braktea seperti kertas besar.Bunganya biasanya berwarna putih, ungu, merah lembahyang dan oren.Pokok bunga ini boleh dibiarkan tumbuh bersendirian ataupun dibiarkan menjalar dan meliputi pagar ataupun pokok.

Setem 40 sen memaparkan bunga seri pagi yang merupakan sejenis tumbuhan memanjat dengan dahan yang lembut dan daun yang berbentuk jantung.Bunganya yang berbentuk tiub dan berwarna ungu kembang setiap pagi dalam gugusan 3-12 kuntum dan mula layu pada waktu tengah hari.Pokok bunga ini menarik dijadikan hiasan pagar.

Setem 50 sen memaparkan bunga raya yang merupakan sejenis tumbuhan renek dengan daun yang licau, bertekstur sederhana dan berwarna hijau tua.Bunganya mempunyai susunan kelopak selapis ataupun berlapis, berwarna terang seperti merah, merah jambu, kuning , oren dan berbunga sepanjang tahun.














0 comments:

Post a Comment