Thursday, January 13, 2011

menyedari dan disedari


Sebelum detik 12.00 tengah malam semua orang sudah menanti. Wah! Tahun Baru menjelang lagi. Sudah tidak sabar semua orang menunggu. Macam-macam cara orang menanti saat bermulanya Tahun Baru. Kawan aku yang seorang ini pun sama. Tidak tahu bilakah hendak berubah. Katanya Tahun Baru cukup bermakna untuk disambut. Tahun Baru adalah permulaan baru yang baik. Aku tidak nampak apakah kebaikannya itu, jika disambut dengan cara yang tidak baik dan membuang masa dari malam sehingga ke pagi. Malah kawan aku ini masih belum insaf kerana asyik memikirkan keseronokan. Aku tidak nampak setiap tahun sejak dia menjadi rakan serumahku itu dia berubah menjadi baik. Hanya Islam pada nama dan anutan asal sedangkan dia memang jauh dari apa yang sewajarnya orang Islam wajar lakukan. Itu belum aku tanya sama ada dia boleh melafazkan khalimah syahadat atau menyebut nama Allah dengan lidah Melayunya.....................................................
*******cerita pendek di atas tidak habis lagi.....hmmm!!!inilah petikan sebahagian dari cerpen saya yang tersiar di majalah Muslimah..Tahun Baru Datang Lagi mungkin bermakna bagi kalian juga kerana menyedari dan disedari adalah suatu sikap yang perlu ada pada setiap diri kita.... dan percayalah "kalau tak kenal maka tak cinta".....

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam zue,apa lagi scan ler penulisan zue dlm blog boleh share dgn kami semua.

zusha said...

zil...terima kasih kerana mengikuti perkembangan..Insya-Allah.....tungguuuuuu

Post a Comment