Wednesday, March 24, 2010

untuk renungan

Engkau masih kaya

Diceritakan bahawa ada seorang miskin yang hidup melarat telah mengadu kepada orang soleh tentang keperitan hidup yang dialaminya.
"Saya betul-betul hidup dalam kemiskinan, tidak punya apa-apa langsung," kata lelaki itu kepada orang soleh.
"Apakah kamu suka kalau diberi wang sepuluh ribu dirham tapi matamu dibutakan?" tanya orang soleh.
"Tidak mahu Syeikh," jawab lelaki itu.
"Apakah kamu mahu mempunyai wang sepuluh ribu dirham tetapi engkau menjadi bisu?"
"Tidak mahu."
"Apakah engkau suka kalau mempunyai wang sebanyak dua puluh ribu dirham tetapi kedua-dua tangan dan kakimu dipotong?" tanya Syeikh.
"Tidak mahu."
"Kalau sekiranya engkau menjadi gila dan diberi wang sepuluh ribu dirham, apakah engkau mahu?"
"Tentu tidak.Tidak seorang pun yang ingin jadi gila," jawab lelaki itu.
"Nah! kalau dikira semua, kamu masih punya wang lima puluh ribu dirham tetapi engkau berkeluh kesah di hadapan Tuhanmu.Apakah engkau tidak malu?" tanya lelaki soleh itu.

0 comments:

Post a Comment