Monday, February 15, 2010

Prahara di Padang Karbala


Pada hari Jumaat 12 Februari 2010 lalu baru saya dapat menatap buku "Himpunan Suara Rasa Keamanan".Terima kasihlah kepada Abd.Rahman Sokran yang bersusah-payah mendapatkannya daripada Lim Swee Tin dan mengeposkan kepada saya untuk tatapan dan simpanan.Kumpulan Puisi Keamanan dan Kemanusiaan Malaysia (Prahara di Padang Karbala) adalah terbitan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Penerbitan Pustaka Nusa Sdn.Bhd. 2003.Penyelenggaranya adalah Arbak Othman, Lim Swee Tin dan Aripin Said.Manakala pengantarnya adalah Prof.Dr.Shaik Md.Noor Alam S.M. Hussain.Kata pengantar....katakan "TIDAK" kepada peperangan..."Bahawa walaupun suara-suara tentangan kita tidak mungkin merobohkan sebuah negara gergasi namun, kita adalah orang-orang yang prihatin terhadap keamanan dan kesejahteraan sejagat.Suara-suara kita bukan untuk menentang Amerika, bukan untuk menentang Britain, dan bukan untuk menentang semua orang yang gila perang tetapi adalah untuk mengajak semua orang melihat apakah kesan peperangan terhadap peradaban dunia.Negara Iraq adalah tempat bermulanya peradaban duni ayang patut kita hargai.Di sini tempat bermulanya perkembangan ilmu yang dilandasi oleh Islam pada satu ketika dahulu.Jika Iraq musnah bermakna semua khazanah ini akan musnah, dan kita bakal kehilangan warisan peradaban yang tidak ternilai yang berguna untuk semua orang.Oleh sebab itu , kita menentang peperangan.Peperangan memusnahkan tamadun bukan sekadar manusia, nyawa, harta benda dan monumen.Tetapi perang menghancurkan peradaban.Membina peradaban memerlukan pemikiran dan masa.Membina peradaban memerlukan pemikiran yang kuat dan besar.Membina peradaban memerlukan masa dari zaman ke zaman.Suara-suara kita menentang peperangan demi untuk kelestarian dan pembinaan peradaban bagi kesejahteraan manusia sejagat.....Katakan "TIDAK " kepada perang.
"Keamanan Yang Luput"
Bilakah AS akan menyedari
Erti kemanusiaan?
Erti penderitaan?
Erti kesengsaraan dalam peperangan
Yang ngeri ini?
Harga nyawa menjadi begitu murah
Di matanya tanpa belas ihsan
Tanpa memahami setitik darah begitu berharga!!!
Iraq terus menjadi mangsa
Tetapi sampai bila?
Kematian bagaikan permainan
Si sang gila kuasa......
Tanpa berhati perut
Tanpa pengertian
Keamanan terus luput
Kedamaian begitu menjauh.

0 comments:

Post a Comment