Sunday, December 13, 2009

Berkaitan Teater


Bagi saya teater adalah suatu persembahan yang menarik bagi khalayak yang meminatinya.Persembahannya secara langsung dan hidup adalah kepuasan bagi khalayak untuk mengahayati secara mendalam.Ternyata teater merupakan suatu persembahan yang asli dan bersahaja dipersembahkan di hadapan khalayak untuk dinilai sejujur-jujurnya .Panggung Sari di Istana Budaya telah mempersembahkan teater Natrah buat tatapan umum mulai 30 November sehingga 9 Disember 2009.Pun atas sambutan yang luar biasa, pementasan itu berlanjutan sehingga 13 Disember 2009.Para pendukung watak terdiri daripada Maya Karin, Umie Aida, Remy Ishak, Samantha Schubert , Sofia Jane adalah nama besar yang berjaya menjiwai watak masing-masing.Ini ditambah dengan pengarah berkaliber Eirma Fatima.Saya tertarik membeli buku tulisan Fatini Yaacob seorang penulis hebat sejak menulis di Dewan Masyarakat.Buku yang berjudul Natrah (1937-2009) Nadra@Huberdina Maria Hertogh@Bertha Cinta.Rusuhan.Air Mata terbitan UTM Press begitu syahdu dibaca.Ini menguatkan lagi apa yang dipersembahkan di dalam teater amat menyentuh hati.Bersama Sheila dan Zira (Pada 7 Disember) yang menjadi peneman menonton teater, saya sering mengambil peluang untuk mendapatkan autograph pendukung watak teater natrah ini sebagai kenangan.Suatu masa saya terfikir untuk menjadi penulis hebat skrip untuk pementasan teater.Mungkin saya akan meminta penulis hebat seperti Rahimidin Zahari yang sudah banyak menulis untuk teater seperti Suzana@6o dan Mahsuri (sekadar menyebut dua sahaja) untuk memberi tunjuk ajar.

0 comments:

Post a Comment