Saya menyingkap majalah Mastika keluaran April 1990.Biarpun tidak memenangi hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank, sekurang-kurangnya tersiar juga karya di dalam majalah yang punya ramai pengikutnya sehingga kini.Nama Mastika begitu unik dan pengikutnya tetap setia.Sebagai salah seorang yang menghargai majalah Mastika dan juga pengarang yang sentiasa memberi ruang untuk orang seperti saya berkarya, memang ucapan terima kasih sahaja yang dapat dilontarkan.Apa yang indahnya antara penulis dan pengarang bukan saling mengenali.
Lumrah Kehidupan
Seringkali kita bermain kata-kata
ia hanyalah menjadi api
yang membakar segenap penjuru
kedukaan yang sedia ada
kerana setiap ingatan kita
kerap bercabang dan longlai
sesepi kedinginan yang menerjah
dalam hujan malam ini.
Belum pun aku mengatur bicara
terasa ucapan yang terangkum
mulai membelenggu amat mendalam
dan menghilangkan segala bahasa khabar
yang sepatutnya kucatat
bersama perjalanan waktu
kerana aku pun menyedari
kehidupan ini telah dilumrahkan
untuk memerangi perasaan sendiri
3 years ago
0 comments:
Post a Comment