3 years ago
Saturday, March 26, 2011
kembara
Membaca karya Dato' Shahnon Ahmad tentang Kembara Seorang Hamba begitu menyentuh hati. Petikan muka surat 40...SAYANG! Manusia kebanyakannya tidak yakin dengan kebenaran yang dibawa oleh al-Quran. Malah ramai yang menafikan kesahihannya itu. Bagi yang menyanjungi, mereka menyimpannya di dalam kamar dengan penuh perhiasan. Segala perintah yang terkandung di dalamnya dipinggirkan. Ia hanya dimuliakan dengan menghiasi, membelai, mencium dan kadang-kadang diarak keluar untuk hanya mendendangkan irama yang terluah daripadanya khazanahnya. Segala inti yang penting telah diabai, disisih dan dibiarkan terkambus dalam lipatannya saja. Semacam tidak ingin difahami dan dihayati. Tidak juga pernah diamalkan sebagai satu gaya hidup dijamin kesejahteraan dan kebahagiaan abadi. Kalaupun wujud kefahaman, penghayatan dan amalan itu, ia hanya bersipi-sipi, beremeh-remeh dan berolok-olokan sahaja bagaikan al-Quran itu adalah mainan semata-mata. Al-Quran memang bersedih dan berduka lara dengan tindakan yang sedemikian rupa............................
Sunday, March 6, 2011
seingat saya (iii)
seingat saya kembali memaparkan koleksi sampul surat hari pertama dan setem berkaitan pelancongan tanah tinggi.....Paparan setem 50 sen Bukit Bendera terletak 6 kilometer dari George Town, Pulau Pinang. Ia merupakan satu destinasi pelancongan yang popular di Pulau Pinang..Ketinggiannya lebih kurang 830 meter dari aras laut. Selain cuaca yang dingin, pelancong dapat menikmati keindahan flora dan fauna serta pemandangan George Towan, Tanjung Bungah dan tanah daratan yang menarik. Paparan setem 60 sen...Manakala Cameron Highlands merupakan tempat pelancongan yang masyhur terletak lebih kurang 1500 meter dari aras laut di Negeri Pahang. Ia sangat terkenal dengan cuaca yang dingin. Terdapat kebun teh, kebun sayur-sayuran, kebun strawberi , taman bunga ros, lembah kaktus dan sebagainya. Selain itu terdapat juga air terjun, flora dan fauna yang unik...
Paparan setem 90 sen...Manakala Gunung Mat Cincang ialah gunung di utara timur Pulau Langkawi , Kedah. Walaupun ia cuma lebih kurang 710 meter tinggi, saiznya dapat memberikan latar belakang yang mengagumkan kepada Pulau Langkawi.....
Setem RM1 Kundasang merupakan sebuah kampung yang terletak lebih kurang 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu, Sabah dan terkenal dengan pasar sayur-sayuran...
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&7
Nota kaki: lama sudah tidak pergi melancong....................................tentunya bersebab....