Monday, July 16, 2012

Tetap kagum





Ini adalah antara tiga buah novel kanak-kanak yang saya minati. Sumpah Lubuk Batu karya Rubaidin Siwar , Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini dan Sayang Si Tina karya Ali Majod. Saya amat menyenangi ketiga-tiga orang penulis ini. Mereka tidak lokek berkongsi pengalaman di dalam penulisan. Sikap mesra mereka bertiga memang tidak pernah dilupakan. Mereka bagaikan permata dunia penulisan. Apakan daya Allah lebih menyayangi mereka terlebih dahulu. Biarpun mereka telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, namun jasa mereka tetap abadi dalam kenangan. Al-Fatihah!
Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta, Ipoh.
Dulu dikenali Sekolah Kebangsaan Jalan Connolly, Ipoh.
Sekolah Kebangsaan Kg. Gelam, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Port Dickson, NS.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Batu, Kuala Lumpur.
Cenderamata Sekolah Menengah Kg. Batu, 1980
Sekolah Menengah Raja Ali , Kuala Lumpur.
(Dulu Sekolah Menengah Kg. Batu)

Koleksi Lencana Sekolah yang masih di dalam simpanan.

Saturday, April 21, 2012

usia dan usaha


Gambar sewaktu berusia lima belas tahun. Sekadar mengambil gambar di kedai gambar kerana tidak dapat membeli kamera yang canggih tika itu.


Inilah sajak berbahasa Inggeris yang pertama saya tulis dan hantar ke ruangan Utusan Pelajar, waktu itu ruangan berbahasa Inggeris dikendalikan Pak Sako. Gembira juga dibuatnya biarpun ada perkataan yang diperbetulkan menjadi betul.

Bacaan Bermanfaat








Majalah Dian dan Era Muslimah sebenarnya bukanlah majalah asing di pasaran. Antara paparan menarik untuk keluaran keempat *Bernyala Kembali Sebatang Lilin *Pegangan Hidup*Anda Tanya Kami Jawab*Fikrah*Bimbingan Solat* Di Bawah Naungan Al-Quran*Sunnah Nabi*Kuliah 5 Minit* Fiqh Sunnah* Maqasid Syariah*Akhlak*Membelek Arkib*Sebuah Pesanan*Fiqh Muslimah*Wasiat Nabi*Jenayah Syariah*Kembara Iman*Dari Meja JAKIM*Muamalat*Ulumul Quran*Ulumul Hadis*Seputar Dakwah*Secebis Kisah*Kamus Al-Quran/Hadis*Kenali Sahabat Rasulullah*Diari Mahkamah Syariah*Ulama Pewaris Nabi*Aliran Pemikiran*Warkah Kampus*Dari Mimbar Masjid*Suara Siswi*Manakala Era Muslimah tidak kurang taringnya dengan judul-judul yang menarik . *Anekdot, bicara editor, topik , tarbiyah aulad, tafakur, bimbingan agama, muhasabah, dari hati kecil wardina, ibadah , travelog iman, minda pelajar, maizura menulis, sirah, ibdah, sana sini , tazkirah, celik minda, diari keluarga, generasiku, meniti hidup, hidayah, ulama wanita, sri kandi islam, tips sihat, ngomel sikit, dekorasi, panduan rumah tangga, DIY, petua opah, selera rasa, cerpen.



Anda pasti tidak kecewa apabila memiliki bahan bacaan yang bermanfaat ini. Belilah dan jangan lokek berbelanja demi menambahkan ilmu.





Sunday, January 15, 2012

catatan kenangan januari


bergambar kenangan bersama lily haslina nasir di level 2, kl sentral..





Akukah Cinderella Itu?





buku hasil karya lily berjudul Aku, Dia & Coklat....terbitan PTS

mungkin rezeki juga untuk bertemu lily semula...biarpun setelah sekian lama, lily pernah menghubungi menerusi telefon tetapi kami tidak pernah bertemu semula sejak minggu penulis remaja pada tahun 1986..pada masa itu lily memang betul-betul remaja yang menunjukkan bakat luar biasa. buktinya setelah tahun berganti tahun..segala usaha yang dicita-citakan telah dapat dilaksanakan......lily akan menyapa sekali-sekala di fb saya...kesibukannya dengan pelbagai tugas sebagai isteri, ibu dan sekali gus sebagai penulis wanita yang amat gigih....sebagai menyokong usaha penulis seperti lily, saya syorkan setiap daripada kita janganlah lokek untuk mengeluarkan wang membeli buku..janganlah meminjam atau ingin dapatkan percuma sahaja.........saya begitu menghargai pemberian lily hasil karyanya ini..mungkin kerana ini pertemuan pertama yang tidak disangka-sangka...maklumlah saya ini ada masanya jadi begitu malu dan merendah diri....terharu juga bila ada catatan di dalam novel tersebut....pertama, "saya begitu bersemangat untuk terus menulis," kedua, "saya juga mahu segigih lily" ketiga, "selain lily saya tetap mengagumi karya nisah haron dan hanisah othman"......dan pastinya saya masih mengagumi karya khadijah hashim dan adibah amin....
................lily, terima kasih daun keladi, lain kali terimalah pemberian diri ini pula...
@@@@@@@@@@@@@@@@ @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Monday, January 2, 2012

kenangan lagi...




kenangan membuat layang-layang....

mengimbau zaman kanak-kanak.. layang-layang merupakan permainan tradisional yang menarik sekali..waktu itu permainan layang-layang bukan hanya dimainkan oleh budak lelaki...malah kami kanak-kanak perempuan turut sama bermain..benangnya pula disapu dengan gam yang dicampur dengan kaca yang telah dihancurkan halus. Kononnya benang itu akan menjadi kuat dan bila layang-layang yang diterbangkan itu bertembung dengan tali layang-layang orang lain...pasti talinya tidak mudah putus...


catatan kaki......layang-layang yang telah disiapkan ini belum tentu terbang tinggi di awan.....apa pun perkara pokok yang dapat dipelajari adalah kerjasama untuk menyiapkan sesuatu akan membuahkan hasil....pepatah Melayu ada mengatakan "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing................"

###########Semoga tahun baharu 2012 ( yang sudah masuk hari kedua) membawa kejayaan kepada semua insan yang bercita-cita tinggi....bukan seperti layang-layang yang terputus talinya...


Sunday, January 1, 2012

1 Januari 2012


Aksi kenangan sebelum berakhirnya 2011.....semuanya kelihatan ceria



team one mission.................bukan senang nak menang




team kasi pecah

team thunder.......................























bekerjasama amalan mulia....ohhh! boleh tahan beratnya....


...dayung jangan tak dayung...


iza, zil & fusya tengah memikirkan sesuatu.....hmm bajet 2012 harap-harap berkembang segar...

Hari ini sudah masuk tahun baharu 2012..kenangan di sepanjang 2011 begitu banyak. Alhamdulillah melalui FB , saya dapat bertemu kembali dengan teman-teman lama terutama sekali telah terpisah kerana masa dan keadaan. Banyak juga yang telah dilaksanakan dengan jayanya. Syukurlah kerana kita mengisi kehidupan ini dengan berfaedah. Biarpun banyak perkara telah berubah, namun tujuan dan matlamat dalam bekerjasama terus terjalin. Pokoknya semuanya perlu belajar dari setiap kesilapan. Biarlah segala yang baik dimanfaatkan.