Saturday, July 31, 2010

fikirkanlah




kisah serumpun lidi yang diikat-ikat.....cantik di pandangan mata....menafsir dalam tafsiran...
puisi hasil karya saya yang telah diterbitkan di Berita Minggu..22.10.1995
tiada siapa lagi
tiada siapa lagi
berada di sini
menceritakan kebenaran
dan sebuah kecintaan
serta kesetiaan abadi
melainkan ingin pergi
siapakah yang akan mengerti
bila pengertian itu
sudah semakin dititipkan
hanyut ditelan hari
serta tertimbus ngeri
tanpa berbatu nisan
tanpa sebuah jejak
untuk mengingati
tiada siapa lagi
mahu menanti di sini
menyatakan kesediaan
mengharung badai
mengharung ketidakpastian
selain bersengketa dalam diri
tiada siapa lagi
menjenguk ke ruang ini
untuk menyapa!!!!

Sunday, July 18, 2010

Kemudi

BAHTERA II memuatkan hasil karya penulis KEMUDI dengan pelbagai tema telah diungkapkan , mempunyai gagasan nilai tersendiri dengan bahasa yang padat,
kental serta ditelusuri maknanya yang tersurat juga tersirat.... ternyata KEMUDI berjasa menyemarakkan lagi warisan kesusasteraan bangsa.
Puisi saya yang terhimpun dalam antologi ini termasuklah, MELAYARI BAHTERA, BERSATULAH DAN SUARA HATI...........
dengarlah suara hati
seorang penyair
melalui bahasanya
kerana itulah
lontaran perasaan
yang ingin dibicarakan
yang dapat dihayati
untuk didengari...............
..........................................................
................................................................
..............................................................
Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor atau singkatannya KEMUDI sehingga kini begitu aktif dan berjaya mengendalikan pelbagai aktiviti kepada para penulis.Bagi kami terutamanya para penulis berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terus menghidupkan KEMUDI.Paling terbaru aktiviti KEMUDI mengadakan Bengkel Motivasi Menulis Novel pada 18 Julai 2010 bersama penulis tersohor Saudara Ramlee Awang Murshid.Syabas kepada Hanisah Othman yang bersungguh-sungguh mendapatkan penulis ini untuk berkongsi ilmu.......................

Wednesday, July 14, 2010

catatan kenangan xxxx


Catatan autograph ini saya perolehi tika menyertai program Minggu Penulis Remaja anjuran DBP.Segalanya kini menjadi kenangan buat diri sendiri.........





























Monday, July 5, 2010

Pak Matlob

Tanggal 5 Julai adalah merupakan ulang tahun Mokhtar bin Talib atau lebih dikenali dengan Pak Matlob.Pak Matlob adalah salah seorang insan yang berhati luhur dan telah membimbing ramai penulis untuk berjaya melangkah lebih jauh....

''''''''''''Lewat pagi itu saya baru menemui Nombor telefon bimbit PM..Setelah sekian lama menyepi dengan khabar berita saya menghantar mesej buat pertama kalinya.Jika dahulu sayalah orang yang tidak lupa mengirim kad ucapan hari ulang tahun, hari guru dan hari raya.Zaman kerajinan saya itu tidak bertahan lama.Saya mula buat hal sendiri sedangkan terlalu ramai yang berada di dalam ingatan saya.Alangkah gembiranya hati apabila PM membalas sms saya berbunyi...."Syukur alhamdulillah.zu masih ingat PM.Didoakan sihat dan ceria selalu......"
Malamnya saya meringankan tangan menekan nombor PM untuk berbicara biarpun tidak panjang lebar......namun kerinduan tetap terubat!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, July 3, 2010

terkenang

pak matlob
adibah amin

mokhtar dahari


ismail sarbini



azean irdawaty




nasha aziz & fahrin




saya menyingkap kembali buku autograph yang masih dalam simpanan.....selain mengumpul lencana dan sampul surat hari pertama, saya juga suka mengumpul autograph orang ternama...ternyata saya meminati mereka.....

jamatul sabariah
Apa yang menarik pada 3 Julai 2010 inilah adalah sebuah pertemuan.Bayangkan setelah begitu lama saya menanti pertemuan yang mengambil masa lebih dua puluh tahun.....setelah berusaha mencari, menjejaki, akhirnya di Presint 14, Putrajaya saya bertemu Jamatul Sabariah Abd.Ghani yang dicari selama ini.Pertemuan ini tidak disulami air mata, malah kami kehilangan kata-kata.......tanpa banyak bicara sedangkan pada awalnya terlalu banyak yang ingin saya perkatakan......Itulah pertama kali saya dijamu dengan juadah yang sedap terutama sekali sambal belacan..wow!majlis yang sibuk dan memenatkan....sehingga saya terkedu dan tidak terfikir untuk bergambar bersamanya (wajah terkini)...memandangkan kamera saya masih berada di kedai pembaikian....dan saya terus berfikir bahawa kehidupan telah merubahkan kita untuk tidak menjadi seperti dahulu lagi....dan hanya terima kasih