Friday, June 25, 2010

renungan sejenak lagi


tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan
Dua orang sahabat karib pergi mengembara melalui sebuah padang pasir yang terbentang luas.Di tengah-tengah perjalanan itu berlaku sedikit perbezaan pendapat yang membawa kepada pertengkaran.Akibat tidak dapat mengawal perasaan dan memuncak kemarahannya, seorang telah memukul sahabatnya.Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di atas pasir.
"Hari ini sahabat baikku telah memukulku."
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan bersama-sama.Setelah lama berjalan, mereka sampai di sebuah lembah subur dengan tasik yang dingin.Tanpa berlengah, sahabat yang kena pukul tadi terjun ke dalam tasik tersebut untuk menyejukkan tubuhnya.Tiba-tiba ia gagal mengawal diri dan mula tenggelam ke dasar tasik.Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya.Setelah naik ke tepi tasik tersebut, dia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu tulisan:
"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku."
Sahabat bertanya,"Tadi sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahat di atas batu?" Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin, aku memahat di atas batu supaya aku mengingatinya sehingga bila-bila...."
Begitulah dengan kehidupan ini, ada perkara yang menyedihkan, kesakitan yang ditanggung, keperitan dan kegagalan dalam setiap keperitan, tulislah di atas pasir, biarkan ia singgah cuma sebentar dalam ingatan agar segera kita boleh melupakannya.Namun sebaliknya apabila kita mengecap nikmat daripada Allah atau menerima kebaikan daripada orang lain maka pahatlah ia dalam hati agar kita terus kekal mengingatinya sampai bila-bila..............................

Saturday, June 19, 2010

Terus Berjuang


aksi-aksi heroin tarik tali sempena sukan jabatan di utusan bangi pada 6 jun 2010-inilah yang dikatakan, muafakat membawa berkat.....susah dan senang bersama.....


Berposing sebelum menunjukkan kebolehan masing-masing.......
####################################################################
Suatu renungan.....
Daku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan aku mencintai sanak keluargaku.Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur kebaikannya dalam keadaan suka mahupun duka.Jika itu kudapatkan , aku berjanji akan selalu setia kepadanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.Semakin banyak kuperoleh sahabat, aku semakin percaya diri.
####################################################################

Wednesday, June 9, 2010

ulang tahun











Hari ini kimi genap berumur empat tahun....pelbagai onak yang dilalui terutama kerap ditahan di wad ....Semoga ulang tahun memberi makna kepada hidupnya .Moga hari-hari mendatang menjadi kanak-kanak yang soleh.

Saturday, June 5, 2010

sekapur sirih


Saya ada menyimpan rakaman rancangan sekapur sirih terbitan TV3.Rakaman itu saya buat di dalam bentuk tape VHS.Masa dahulu tape bentuk VHS begitu popular dan ada sekali tape playernya.Malangnya sejak player yang saya miliki itu rosak, saya langsung tidak dapat melihat kembali rakaman itu.Pun kerinduan dan kegembiraan terserlah apabila seorang rakan yang pandai dalam bidang rakaman , telah menolong saya untuk menjadikan rakaman VHS itu ke dalam bentuk DVD.Maka pada 6.5.2010 , saya telah dapat menonton semula rakaman tersebut.Rakaman itu memang begitu berharga dan menjadi kenang-kenangan.Di dalam ruangan sekapur sirih itu ada ruangan sastera berjudul "sanggar sastera" di mana para penulis diperkenalkan dengan hasil karyanya sekali...Siaran sekapur sirih tanggal 27 September 1992 pada hari Ahad dari pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi (waktu siaran sekapur sirih), saya telah terpilih untuk ditemu bual dengan hasil karya Musang Jadian.Gembira juga apabila hasil karya sendiri terpilih untuk dilakon sebabak......Waktu itu pengacara yang mengendalikan rancangan sekapur sirih adalah, Nurfarahin Jamsari, Abd Razak Abdullah, Christine Ling dan Rabiah Othman .Manakala pada 4 Oktober 1992, di dalam rancangan yang sama juga saya telah merakam kisah dua beranak yang terkenal di dalam penulisan iaitu Hizairi Othman dan ayahnya Othman Puteh.Apabila saya melihat rakaman itu kembali , saya terkenangkan mereka berdua yang hebat di dunia penulisan yang telah pergi meninggalkan kita.Masa begitu cepat berlalu.Saya sendiri merasakan banyak benar kenangan manis apabila menerokai bidang penulisan..........Sayangnya rancangan seperti itu tiada lagi dan pastinya apa yang dilalui hari ini akan menjadi kenangan pada masa akan datang....Benar!Segalanya tinggal kenangan!!!!!