Saturday, December 19, 2009

Harapan Baru

Sempena Maal hijrah 1431, saya dengan rasa rendah diri memohon agar segala yang kita lakukan akan menuju ke satu matlamat....buat keluarga yang sering mengerti, moga kehidupan kita terus dilimpahi rahmat dan hidayahNya.Buat sahabat yang ada kala mencalar perasaan,moga terus sukses....ada masa saya juga tersilap membuat percaturan......percakapan dan hatta tindak-tanduk.Buat dia yang saya hormati selama ini dan kagumi....mungkin di sini berakhirnya catatan dan noktah......saya beralah dan mengaku kalah......biarpun rasa sayang tak pernah pudar...Pergilah dengan rasa bangga!Pergilah tanpa merasa apa-apa!semuanya akan jadi episod kenangan dalam babak tanpa penyudah.

Ingatan kembali




















Setiap penulis yang berjiwa penulis, tidak patah semangat untuk menulis. Barangkali biarpun tidak menjadi penulis hebat, namun penanya tidak tumpul. Itulah yang sering disebut-sebut oleh Johan Jaffar (sekarang bergelar Dato') terhadap kaum penulis remaja.

Bermula menulis dari rebung sehinggalah menjadi buluh.Begitu cepatnya masa berlalu...dan semestinya pertemuan yang diadakan hari ini menjadi sejarah bagi penulis minggu remaja dahulu dan terkini.Ini bukan masalah dilupakan....atau terlepas pandang, semestinya penulis yang kental akan tetap merasa kagum kerana ramai penulis hebat telah dilahirkan dari hasil usaha DBP yang banyak berjasa.Pendayung ada di tangan kita.Ke arah mana kita pergi......

Terima kasih daun keladi..........Jadilah penulis yang berwawasan dan berbudi pekerti......


Sunday, December 13, 2009

Berkaitan Teater


Bagi saya teater adalah suatu persembahan yang menarik bagi khalayak yang meminatinya.Persembahannya secara langsung dan hidup adalah kepuasan bagi khalayak untuk mengahayati secara mendalam.Ternyata teater merupakan suatu persembahan yang asli dan bersahaja dipersembahkan di hadapan khalayak untuk dinilai sejujur-jujurnya .Panggung Sari di Istana Budaya telah mempersembahkan teater Natrah buat tatapan umum mulai 30 November sehingga 9 Disember 2009.Pun atas sambutan yang luar biasa, pementasan itu berlanjutan sehingga 13 Disember 2009.Para pendukung watak terdiri daripada Maya Karin, Umie Aida, Remy Ishak, Samantha Schubert , Sofia Jane adalah nama besar yang berjaya menjiwai watak masing-masing.Ini ditambah dengan pengarah berkaliber Eirma Fatima.Saya tertarik membeli buku tulisan Fatini Yaacob seorang penulis hebat sejak menulis di Dewan Masyarakat.Buku yang berjudul Natrah (1937-2009) Nadra@Huberdina Maria Hertogh@Bertha Cinta.Rusuhan.Air Mata terbitan UTM Press begitu syahdu dibaca.Ini menguatkan lagi apa yang dipersembahkan di dalam teater amat menyentuh hati.Bersama Sheila dan Zira (Pada 7 Disember) yang menjadi peneman menonton teater, saya sering mengambil peluang untuk mendapatkan autograph pendukung watak teater natrah ini sebagai kenangan.Suatu masa saya terfikir untuk menjadi penulis hebat skrip untuk pementasan teater.Mungkin saya akan meminta penulis hebat seperti Rahimidin Zahari yang sudah banyak menulis untuk teater seperti Suzana@6o dan Mahsuri (sekadar menyebut dua sahaja) untuk memberi tunjuk ajar.

Sunday, December 6, 2009

apa kata hati


Tentu kita saban hari akan terasa sibuk sahaja.Apakah tiada masa terluang untuk sesuatu yang lebih terbaik?Membaca misalnya adalah satu tabiat yang baik.Majalah Muslimah misalnya adalah bahan bacaan yang begitu bermutu biarpun tidak terserlah begitu hebatnya.Tidak tahu di mana silapnya majalah ini seperti tenggelam dan terpinggir.Dahulu apabila diterajui oleh insan bernama Ruhana Ahmad...majalah ini memang begitu disegani....Isinya lain daripada yang lain.Bukan calang-calang tokoh diperkenalkan....Ini termasuklah Dr.Rosnani Hassan, Prof.Madya Pn.Asma Bee Md Noor, Ustazah Ros Izanuri , Ustaz Zahazan Mohamed,Maizura Mohd Ederis dan beberapa orang lagi yang sudah ternama.Suatu ketika dulu Ustaz Zulkifli Yusof (sekarang Dato' Prof. Dr) sering menulis dengan Muslimah.Biar pun sudah berada di atas tetapi Dr.Zul tetap peramah seperti dahulu.Biarpun telah diambil alih oleh Nik Fauziah Nik Hussin, majalah ini memang tetap unik dan lain daripada yang lain.....Di tangan Nik Fauziah, majalah ini kembali bercahaya apabila dibantu penulis berdedikasi seperti Jamilah Aini yang saban waktu juga mencari bahan tanpa jemu.Saya kagum dengan insan berdua ini yang saban waktu kembali menyajikan bahan di majalah Muslimah biarpun umpama "hidup segan mati tak mahu."Bukan senang untuk mendapat kepercayaan orang ramai.Dalam dunia yang serba moden, cubalah kita membantu menjadi insan pembaca yang tidak lokek untuk mengorbankan wang membeli majalah yang bermutu.Mungkin sambutan di luar dugaan akan kembali menyinar majalah ini dengan kesungguhan pembaca menyokong usaha yang murni.Harap-harap segala yang ikhlas akan terus berkekalan.
Bila saya disuruh menulis cerpen, ada satu cerita bertajuk Pedasnya cili....masih dalam ingatan Antara dialog yang tidak boleh saya lupakan berbunyi...
"Betulkah doktor tak dapat mengesan penyakit kawan saya itu?" soal dia dengan cemas.
"Betul!Inilah penyakit yang pertama kali berlaku tanpa dapat dikesan."
"Agaknya doktor tu masih baru, tak dapat mengesan apa penyakit pesakit?"Dia bertanya dengan jururawat itu dengan ragu-ragu.
"Ohh!Dialah doktor pakar di sini.Tak ada sesiapa yang dapat menandingi kebolehannya."
"Kalau dah pakar kenapa tak dapat dikesan?" tanya dia kepada jururawat itu lagi.
"Itulah yang peliknya penyakit kawan awak tu.Tapi doktor ada menjumpai sebiji cili padi di kerongkongnya."
"Cili padi?"
"Ya cili padi.Mungkin cili padi telah merosakkan segala sistem badannya.Mungkin cili padi itu menjadi punca segala-galanya."
"Tidak mungkin.Kawan saya dah bertahun-tahun makan cili padi itu.Dia tidak merasa sakit.Tidak pernah mengatakan cili itu pedas biarpun di kalangan kawan-kawan akan mengatakan cili itu teramat pedas.Lidahnya kebal.Perutnya kebal.Malah dia tidak pernah merasa sakit gara-gara memakan cili padi....Tidak mungkin......"

Beginilah kehidupan, apabila saya bertemu dengan Nik,saya sering mendoakan agar dia tidak patah semangat dengan tujuan yang murni.Pada 30.11.2009, apabila bercerita kisah lama.....Nik asyik menyebut nama Lily Haslina.Saya tahu sudah berpuluh tahun saya tidak bersua muka dengan yang empunya diri.Tika Nik memberi nombor telefon bimbit Lily, itulah pertama kali saya mengirim mesej padanya......Seperti orang lain yang menanti, saya tetap menanti balasan sms itu........masa mungkin tidak mengizinkan.....pada hari yang sama .....saya tidak pernah lupa untuk berjumpa seseorang ............wassalam