Saturday, August 29, 2009

Makkah










D Jabar Rahmah dgn Maz























bergambar dengan sepupu





















semasa lawatan ziarah ke ladang unta





penulis bergambar di ladang unta









dalam khemah semasa di Mina

Saya telah berangkat ke Makkah pada 21 Nov 2008 dengan penerbangan KT 58. Saya merasa bertuah kerana telah terpilih untuk menunaikan fardhu haji pada tahun tersebut. Saya mengikuti rombongan pakej haji Asia Oriental Travel. Pengalaman sampai di Makkah cukup mengharukan apatah lagi dapat menunaikan haji dalam usia yang muda.
Pelbagai kenangan dilalui semasa mengerjakan ibadah haji terutamanya semasa melontar
di tiga jamrah. Pun syukur kehadrat ilahi kerana saya berjaya menyempurnakan segalanya
tanpa ada halangan. Saya kembali ke tanah air pada 31 Disember 2008.


Wednesday, August 26, 2009

Pengalaman

Beratus surat bagai bermusim:
Saya sering teringatkan tentang aktiviti surat-menyurat.Saya akur bahawa dahulu saya "teramat" rajin mengutus berita kepada teman-teman, tetapi segala-galanya amat terbatas.Saya tidaklah seghairah dahulu dalam surat-menyurat.Keghairahan surat-menyurat itu dahulu telah mencetuskan idea dalam bentuk karya yang pernah tersiar dalam Dewan Siswa beberapa tahun yang lampau berjudul "Satu pencarian buat Arniah".
"Sewaktu aku menerima surat Arniah sebulan yang lalu, aku sengaja memerapkan suratnya tanpa mengirim balasan.Maklumlah ada ketika-ketikanya aku kehilangan modal untuk berbicara di dalam surat." Tulisku dalam kisah itu.
Ternyata karya "Satu pencarian buat Arniah" begitu mengesankan terhadap diriku sehingga saat ini.Walaupun aktiviti surat-menyurat dengan teman-teman agak berkurangan, tetapi tidak bermakna pula saya berhenti dari berkarya.Sekiranya boleh, saya akan menumpukan pada bidang penulisan sahaja.Entah kenapa saya sering menggunakan perkataan "PENCARIAN".Pastinya ada perkara menarik dalam istilah pencarian itu sendiri.Pada hakikatnya saya merasakan saya masih terus mencari sesuatu dalam kehidupan ini.Begitu pun saya yakin kenangan dalam hidup dan mencari keredaan Ilahi adalah amalan baik dan lebih bermakna dalam segala-galanya.
Dalam beberapa waktu ini saya masih merasa keseronokan dalam menjalani kehidupan.Namun perasaan adalah berubah-ubah bagai musim di dunia ini.Apakah perasaan kita pun macam empat musim?Musim yang bermusim.Persoalan yang tentunya ada jawapan.

Tuesday, August 25, 2009

kenangan

saya teringat catatan penulis yang saya kagumi iaitu Pak Matlob di dalam Utusan Zaman bertarikh 18 Februari,1990.Katanya kerja penulis bukan hanya menulis.Menarik bukan?Apa sah.aja yang kerja yang kita buat, elakkan diri daripada mengatakan kerja itu mudah.Tidak ada kerja yang mudah pun dalam dunia ini.Makan yang sudah sedia pun susah hendak dimakan .Ada berbagai syarat baru boleh mendapatkan manfaat.Kalau kita makan pastilah hendak memberikan manfaat.Selain dari itu kita seronok makan makanan yang sedap, Begitu jugalah dengan kerjaya menulis.Bahan-bahan yang perlu disediakan dulu, bahan-bahan ini hendaklah yang betul, benar dan bukan hanya diada-adakan.
kenangan seterusnya:
Waktu menuntut di Pusat Seni USM, saya ada menghantar karya ke Berita Minggu bertarikh 30 oktober 1988
Permintaan
Mahsuri, air mata telah lama berderai
dimakan waktu yang semakin terasing
dalam sejuta wajah nantinya kelainan
untuk meminta terus hidup, sesekali
dalam pernafasan yang amat berbeza
harapan setinggi gunung memendam
bara yang masih tersimpan - entah
bila akan menyala untuk membakar
segenap penjuru perasaan seorang
wanita yang masih tertekan
dengan kehambaran dan kepiluan

Saya teringat kawan-kawan yang berkursus di Pusat Seni USM seperti Rohaidah Yon , Norsaida Sadhana (Penolong Editor Mangga yang telah kembali ke rahmatullah).Maarof Seman, Salleh Yaacob, Rahimidin Zahari dan beberapa orang lagi.Di samping yang juga mengenali beberapa student USM, Pulau Pinang waktu itu seperti Achik, Zanariah, Ani, Wan dan ramai lagi.